ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Pemuda : Agent Of Change ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua….


Ramai yang tertnye2 kenape penulis tidak mengeluarkan entry berkenaan dengan MAAL HIJRAH. Bahkan ade yang mempersoalkan, adakah hanye dengan entry Doa akhir dan Awal Tahun sudah memadai untuk menyambut Hari Kebesaran Umat ISLAM ini?? Wah, satu tamparan hebat buat penulis. Tersentak dan ketawa sinis penulis bila mendengarnya. Satu anologi ringkas, kita lihat pada sambutan BESDAY. Kebiasaannya yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini bila mane ingin menyambut BESDAY teman2 kita, seolah2 menjadi satu KEWAJIPAN mesti kena ade Jamuan ataupon setidak-tidaknya Kek, dan jikalau salah satu drp ini tiada, bukan sambutan BESDAY namenya. Penulis tidak mengatakan salah utk kita sambut BESDAY dengan jamuan atau kek, ttp sambutan BESDAY masih bley berlaku jikalau due bende itu tiada. Itulah jwpn ringkas kepada persoalan di atas.


Bagi menambahkan lagi koleksi tema entry REMAJA, PEMUDA dan MAHASISWA penulis, entry kali ini sekali lagi ingin penulis mengupas tentang PEMUDA. Ringkas karekter seorang PEMUDA dapat penulis gambarkan ialah kita punya jati diri, keberanian dan kekuatan yang mampu menggegarkan dunia. Kita punyai potensi yang besar dalam diri yang belum lagi dapat kita terokai. Percayalah teman2 semua, kita mampu untuk bergelar AGENT OF CHANGE.


Kita lihat kepada sirah nabawiyah. Ia bukan sekadar kisah-kisah kosong. Sahabat-sahabat Rasulullah adalah pemuda. Abu Bakar lebih muda tiga tahun daripada Baginda s.a.w. Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islam berumur dua puluh tujuh tahun. Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w.Manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua. Begitu juga Abdullah bin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair dan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalah PEMUDA!!!


Kita lihat pula Sultan Muhammad Al-Fateh, pembuka Constantinople. Dia cuma berumur 21 tahun ketika itu. Setahun lebih muda sahaja dari penulis. Betapa besarnya potensi pemuda itu. Di Indonesia, Suharto dijatuhkan oleh oleh gerakan Mahasiswa yang semuanya terdiri dari PEMUDA. Di Malaysia, para pemuda pernah luas pengaruhnya!!! Cakap sahaja dimana ceruk dunia,pasti ade yang takut dengan kehadiran mereka.



Tapi sayang, kita tak sedar Potensi kita disalah salurkan. Potensi kita disalah gunakan. Satu hadith Rasullullah yang bermaksud :


“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya

tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya ,hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukandengannya.”


Masa muda bukan lah masa untuk bersuka ria. Bukanlah masa untuk bersenang-senang.

Bahkan ketika masa kosong dan lapang itulah sebenarnya pintu kemaksiatan dan panggilan nafsu rancak membuak. Tutuplah pintu kemaksiatan itu.


Kita lihat realiti PEMUDA sekarang. Ramai yang diatas kamar pengantin sebelum nikah!!! Ramai yang bercouple, malah ade yang tanpa segan silu bercium peluk dianggap macam perkara biasa, dan menjangkakan adalah asing dan pelik jika seseorang itu tidak ada kekasih hati!!!


Kenapa masalah ini berlaku. Secare berani penulis nyatakan PUNCANYA cuma SATU, dan di sebabkan punca inilah merebaknya kepada yang lain iaitu tiadanya KEFAHAMAN terhadap ISLAM yang sedang di anutinya ini! Tiada kefahaman yang sempurna!!! Kita fikir, kita dah solat lima waktu penuh, baca Quran, puasa ramadhan, itu dah cukup. Kita juga ada result yang baik. Itu dah cukup.


Teman2 ku, itu bukan lengkapnya Islam. Islam ini sempurna. Satu sistem yang lengkap. Jangan kita asingkan ibadah dan aktiviti seharian dengan ISLAM. Bahkan aktiviti itu adalah ibadah!! Seronokkah anda duduk, cuma bersolat, penuhkan pelajaran tetapi sahabat di luar sana jauh daripada Islam? Apa anda ingin jawab kalau Allah tanya:


“Aku telah berikan kau ilmu untuk bawa ummat ini kepada Ku. Adakah telah kau tunaikan??”


Masyarakat sekarang makin rosak. Ini tugas kita!!! APA PERLU KITA BUAT???

Tanggungjawab besar terletak pada kita. Rasulullah bersabda :


Maksudnya: Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.


Lihat betapa Rasulullah melihat potensi pemuda itu. Kerana pada PEMUDA itulah ada tenaga yg besar. Ada kekuatan dan hati serta jiwa raksasa. Tapi dia perlu dipandu, bukan dijatuhkan semangatnya!!! Pemuda ini perlu diberi kefahaman apa itu Islam. Apa itu sempurnanya Islam sebagai system dan betapa perlunya Islam itu diletakkan sebagai Ustaziyatul Alam.


Itulah sepatutnya kita penuhkan pada diri kita: KEFAHAMAN. Kerana dengan kefahaman itulah baru terbinanya kekuatan untuk bergabung. Untuk bergerak, supaya jati diri tidak goyah. Untuk perjuangannya hanya untuk Allah. Bukan untuk nasionalisme, sifat kebangsaan atau ape2 selain perjuangan menegakkan Kalimah Allah.


Marilah wahai teman2ku semua, kite perkuatkan KEFAHAMAN kite tentang ISLAM. Janganlah nampak ISLAM itu hanya sekadar agama, ttp nampaklah ia sebagai CARA HIDUP. Ayuh PEMUDA semua kita persiapkan diri dengan kekuatan yang sebenar…!! Semoge Allah kurniakan kekuatan MAAL HIJAH utk kita BERUBAH melakar sejarah AGENT OF CHANGE..

2 comments:

Anonymous said...

SUBHANALLAH!!
sgt bersemnagt ...
being influenced by this entry.
agent of change .. haiyyak!! (ala2 ninja skit)
bermanfaat, jzklh

saif al nidham said...

:)
yeahh..!!!!
Meger terus bersemangat utk Melakukan Perubahan..
:)