ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Pemuda : Make a History OR Become a History ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua..

Alhamdulillah, penulis panjatkah rase syukur ke hadrat Allah SWT kerana hari ini, 18 Disember 2009 , bersamaan 1 Muharram 1431 H, penulis dan teman2 di beri peluang untuk meraikan hari kebesaran dan keagungan ISLAM, yang sepatutnya menjadi batu loncatan kepada kita semua untuk “Berhijrah” kepada yang lebih baik dari segenap aspek kehidupan. Penulis tidak berhasrat untuk bercerita mengenai ape peristiwa di sebalik Awal Muharram ini kerana penulis yakin dan percaya bahawa teman2 semua sudah sedia maklum tentang peristiwa hijrah Rasullah. Suke untuk penulis menyambung semula entry berkenaan dengan “REMAJA, PEMUDA dan MAHASISWA” . Jikalau pada entry2 yang lepas penulis sentuh berkenaan dengan REMAJA, insyaAllah utk entry kali ini penulis akan berbicara mengenai PEMUDA.

Jom kita “flash back’” tentang sirah Nabi, dikatekan sepertiman teman2 sedia maklum, sebelum agama Islam muncul di muka bumi, para nabi dan rasul telah diutus untuk menyampaikan wahyu Allah SWT dan syari’at-Nya kepada umat manusia. Para rasul itu adalah orang-orang terpilih dari kalangan pemuda. Di antara mereka ada yang diberi kemampuan luar biasa dalam pelbagai aspek perwatakan.


Nabi Ibrahim a.s., misalnya, seperti dijelaskan dalam Al-Qur’an, adalah pemuda yang sering berdebat dengan kaumnya, menentang peribadatan kepada patung-patung yang tidak dapat berbicara, memberi manfaat dan mudharat (QS Al-Anbiya:60-67). Kita juga ingat kisah Ashabul Kahfi – yang tergolong pengikut Nabi Isa a.s. Mereka adalah anak-anak muda yang menolak kembali agama nenek moyang mereka, menolak menyembah selain Allah SWT dan banyak lagi kisah2 Nabi yang majoritinya berlaku sewaktu alam PEMUDA.

Kita renung pula kate2 Presiden Indonesia yang pertama iaitu Soekarno :

“Berikan Aku 10 Pemuda maka akan kugoncang dunia”

Jadi teman2 semua, satu persoalan yang ingin penulis lontarkan, apakah istimewanya golongan PEMUDA ini? Dan yang lebih utama, siapakah sebenarnya golongan PEMUDA ini?. Secara ringkas dapat penulis definasikan PEMUDA adalah golongan manusia yang berumur antara 15 tahun hingga 40 tahun, ataupon ringkasnya kitalah golongan itu . Seperti yang kita biasa dengar, Pemuda merupakan penentu masa depan sebuah bangsa. Kita merupakan elemen yang penting dalam membawa setiap perubahan yang ada, contohnya, proses kemerdekaan,pergantian orde lama, orde baru bahkan orde reformasi tidak lepas dari peranan seorang Pemuda.


Seorang lagi pemuda Indonesia, Bung Karno pernah mengucapkan ucapan yang berbunyi :

"Beri aku para Pemuda, maka akan kuubah dunia",

Ucapan ini ditujukan khas untuk membangkitkan semangat dan heroisme pelajar, mahasiswa dan kaum muda Indonesia untuk membangun bangsa pada era kemerdekaan, Bahkan Rasulullah pernah bersabda

“Perjuangan Aku didukung oleh PEMUDA, oleh sebab itu wasiat yang baik untuk mereka”

Nah, nampak jelas betapa Pemuda sangat menentukan masa depan sesebuah Negara. Ada ulama yang kemudian menyimpulkan bahawa pemuda memiliki tiga peranan, iaitu:

  1. Sebagai Generasi Penerus (AthThur:21); meneruskan nilai-nilai kebaikan yang ada pada suatu masyarakat.
  2. Sebagai Generasi Pengganti (Al Maidah:54); menggantikan kaum yang memang sudah rosak dengan akhlaq mencintai dan dicintai Allah, lemah lembut kepada kaum mu’min, tegas kepada kaum kafir, dan tidak takut celaan orang yang mencela.
  3. Sebagai Generasi Pembaharu (Maryam:42); memperbaiki dan memperbaharui kerosakan yang ada pada suatu masyarakat.

Masa muda adalah waktu keemasan bagi setiap manusia. Inilah waktu di mana jiwa itu sangat berkobar-kobar dan bersemangat dalam melakukan apa pekerjaan pun. Hal ini juga diakui oleh para pemimpin kita apabila mereka sangat menekankan tentang perlunya modal insan.

Tetapi realitinya sangat berbeza dengan apa yang sepatutnya berlaku. Tenaga pemuda di sia-siakan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Musuh-musuh Islam berusaha melemahkan jiwa pemuda dengan melakukan pelbagai bentuk serangan pemikiran, dari pelbagai sudut kehidupan melalui muzik, filem, internet dan sebagainya. Hal ini berterusan berlaku sehingga secara realitinya, para pemuda kini lebih menyukai kehidupan hedonism (bergembira sampai tak ingat akhirat) dan terus lalai dari memikul tugas dan amanah yang sepatutnya dipikul oleh seorang manusia.Tidak salah untuk berhibur kerana Rasulullah juga pernah berhibur dengan Aishah, ttp perlu diingat janganlah sampai hiburan itu melalaikan kita.

Ingatlah sabda Rasulullah yang mengatakan

"Seorang mukmin yang kuat, lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada seorang mukmin yang lemah, walaupun keduanya sama-sama baik (karana keimanannya)." (H.R. Muslim).


Maka bangkitlah wahai Teman2 PEMUDA, singsingkan lengan baju kalian dan tingkatkanlah potensi kalian dan jadilah Pemuda Pilihan, tidak ada yang menghalangi kalian bersenang senang, namun jangan biarkan kesenangan itu menenggelamkan kita dari tugas kita sebagai Khalifah di bumi ini. Kita mampu untuk bangkit dan bersama membuat sejarah namun kita juga mampu diam dan hanya menjadi sejarah. Pilihan ada di tangan kita wahai pemuda Make a History or Become a History..

p/s : Selamat Menyambut Maal Hijrah buat semua...

3 comments:

Anonymous said...

SALAM maal hijrah saif al nidham~
yup!!setuju cgt dgn ape yg awk kupaskn isu pemuda!honestly,terasa cgt diri ni tidak manfaatkn lg usia sbg pemuda..memang x dinafikan tenaga yg ade pd sseorang pemuda byk yg boleh disumbangkn utk maanfat bersama n ISLAM!tetapi,ble keinginan hati ni utk ke arah tersebut seringkali ada shja halangan2 yg boleh di elakn mahupn tidak..ssguhnya,jiwa pemuda begitu kental n bsmgt waja sekiranya berjaya ditarbiyak fahaman ISLAM syumul yg sbrnnya..kn>?mg diri ini n shbt2 pemuda pemudi d luar sana di campakkn jiwa pejuang,dan di beri hidayah n jalan oleh ALLAH utk sama2 manfaatkn usia sbg PEMUDA utk menuju ke jalan yg diredhaiNYA..insyallah!amin..

~pinkmuslimahdehearty09~

saif al nidham said...

X de manusia yang perfect..
semua ade kelemahan dan kelebihan masing2..
tp terpulang pada PEMUDA/I itu sendri dalam mengawal kelemahan dan menggunakan kelebihan yang ade pada diri utk ke arah kebaikan..

InsyaAllah, jikalau kita ade semgant dan azam ukt melakukan perubahan dalam hidup, Allah akan beri kekuatan pada kita.

Sama2 lah kita berusaha utk menjadi lebih baik dan berbakti pada ISLAM... :)

btw, thanx sbb sudi komen :)

Anonymous said...

salam...yup!betul kata awk tu~tiada yg sempurna kn..tapi x mustahil bagi kte n pemuda2 di luar sana utk berusaha menuju ke arah kesempurnaan tersebut pun sudah mencukupi~Huhu

insyaallah~mg sama2 dapat berbakti pada ISLAM!
ALLAHUAKBARRR!!

~pinkmuslimahdehearty09~