ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN

Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Selamat Kembali semua..

Salam sayang buat semua..

Selamat kembali ke 'alam persekolahan' penulis tujukan kpd semua teman2 setelah hampir seminggu kita 'off' untuk menyambut hari kemenangan dan kebesaran Umat Islam a.k.a "Aidil Fitri". Tidak terlambat lagi bagi penulis untuk mengucapkan Salam Lebaran buat semua.Penulis berharap agar teman2 semua bergembira dan telah mencapai 'target' puasa kita, walaupon kita tak mengetahui samaada "ijazah TAQWA" yang Allah sediakan telah mampu kita capai atau tidak, namun biarlah ada penghijrahan kita ke arah yang lebih baik berbanding hari2 yang lalu. Walaupon perubahan yang kita alami tidak dapat di kesan oleh teman2 lain, ttp dapat di rasai oleh diri kita sendri, tahniah penulis ucapkan kepada anda! Teruskan istiqamah dengannya dan ingatlah sentiasa, Allah alwaiz be there for u ..!! :)

Ha, sebelum penulis lupe, penulis nak rakamkan jutaan tahniah pada teman2 yang lulus dengan jayanya posting yang lepas.Moge kejayaan yang di berikan dapat memberi kekuatan untuk terus berjuang menuju cita2 sebagai seorang Dr Mukmin :) di samping dapat mendekatkan diri kepada Allah.Kepada teman2 yang kurang bernasib baik( senasib ngan penulis), tersangkut satu atau due posting, ingat lah bahawa ini bukan lah petunjuk bahawa anda seorang yan gagal, tetapi percayalah ini adalah ujian yang Allah berikan pada kita untuk menjadi Hambanya yang tabah dalam kehidupan. Penulis tertarik ngan satu msg yg di kirimkan oleh salah seorng sahabat penulis "Percayalah ini adalah satu ujian Allah bagi orang2 yang di sayangi Nya, Kamu ade kelebihan yang orang laen tiada pada mereka".


Dan satu lagi msg dr akak yang penulis sayang sgt2 sebagai seorang akak di medan perjuangan ini ialah "All these obstacles ar apart of tarbiyyah n kiffarah, insyaAllah if u keep on husnuzon ilallah,at da end of da journey dik..u will see how beatiful HIS planning upon us all with da eye's of iman inside" - Syukron penulis ucapkan atas ucapan2 ini Moge2 dapat memberi kekuatan pada penulis dan sahabat2 laen untuk meneruskan perjuangan ini. :)



So, sebagai penutup entry penulis pada kali ini, ske untuk penulis pesan pada diri penulis dan teman2 semua sebelum kita memulakan posting baru bermula esok (28/09/09) berkenaan dengan satu perkara. Penulis percaya mungkin teman2 semua sudah biasa mendengar pesanan ini, namun tidak salah untuk penulis sekali lagi memberi ingatan kepada semua kerana dalam satu Firman Allah yang bermaksud:

"Dan berilah kamu aka peringatan, Sesungguhnya peringatan itu adalah berguna kepada orang2 yang beriman"

Apa yang ingin penulis pesan kat sini ialah berkenaan dengan niat kita.Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan tidak lupe untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran atau mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang sejenisnya, maka Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya :


“Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau sorga pada hari kiamat”.( HR: Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah

Tetapi kalau ada orang yang mengatakan bahawa saya ingin mendapatkan pangkat (MA atau Doktor, misalnya ) bukan kerana ingin mendapatkan dunia, tetapi kerana sudah menjadi peraturan, kalau seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya menjadi lebih didengarkan orang dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar (berdakwah). Niat ini, insya Allah – termasuk niat yang benar. wassalam

p/s : Kepada adik2 dan sahabat2 3rd year yang bakal menempu exam bermula esok, penulis berdoa semoga anda semua dipermudahkan Allah semua nya..Berusaha selagi masih ade waktu :)



Perutusan Aidilfitri 1430 H


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.


Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Ikhlas, Presiden PAS

Bekerja Untuk ISLAM.

Dialog dan iftar bersama Ayahanda Tercinta.....


Salam sayang buat semua...


Akhirnya, terlepas jugak rindu penulis selepas sekian lama penulis tak berjumpa ngan ayahanda penulis yang penulis kagum dan hormati..Klu dulu semasa berada di terengganu, hampir tiap2 minggu penulis berpeluang berjumpa, bersalam dan mendengar kuliah dan jugak ceramah beliau di Masjid Rusila..tetapi sejak penulis berhijrah ke negeri orang demi perjuangan masa depan penulis untuk mengejar cita-cita bergelar seorang Dr Mukmin pada suatu hari nanti insyaAllah,, amat jarang sekali penulis dapat berjumpa dengan beliau.Klu berjumpa pon,ade la setahun tu skali...

Tetapi,Alhamdulillah..dengn perancangan yang telah di aturkan oleh Allah, semalam penulis dapat bukan sahaja bertemu, tetapi mendengar sedikit amanat daripada beliau untuk di jadikan kekuatan kepada diri penulis untuk terus gagah dan kuat berada di Medan Dakwah ini.. Program yang di beri nama "Liqa' Mawaddah" telah mempertemukan kami dan juga beberapa lagi sahabat2 penulis dari seluruh kampus bukan sahaja dalam negara, bahkan ade juga dari luar negara yang sanggup hadir semata2 untuk mendengar amanat yang akan di sampaikan oleh beliau..


Mungkin disini penulis dapat berkongsi dengan sidang pembaca sekalian mengenai apa yang penulis dapat.Secara umumnya, pada permulaan ucapa yang di sampaikan, beliau mengingatkan sidang dewan untuk same2 menghabiskan sisa-sisa ramadhan yag ade dengan mempertingkatkan amal ibadah, lebih2 lagi pada 10 malam yang teakir yang mane kita sedia maklum terdapat malam Al Qadar. Seterusnya beliau mengingatkan jugak tentang peranan Al Quran yang mane di turunkan pada bulan ramadhan adalah untuk dijadikan sumber rujukan dan panduan kpd manusia dalam segenap aspek kehidupan...



Seterusnya beliau mengimbau sejarah perjuangan nabi2 terdahulu. Kesungguhan para anbiya melaksanakan segala titah perintah Allah walau menghadapi segenap bentuk tribulasi adalah menjadi lumrah dalam perjuangan untuk menegakkan agama Allah SWT, atau ia dikenali dengan istilah asam garam dalam berdakwah.

Kisah perjuangan para anbiya dalam menjalankan tugas sebagai para utusan daripada Allah diabadikan dalam al-Quran agar ia menjadi rujukan dan inspirasi kepada ummah hari ini untuk menjalankan tugas masing-masing sebagai golongan hamba Allah yang berhak meraih pahal sekali gus dijanjikan syurga Allah pada hari akhirat.

Firman Allah menerusi ayat 104 surah Ali Imran yang bermaksud:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan(ummah) yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

Melihat realiti yang berlaku pada hari ini, khususnya remaja-remaja perempuan yang mendedahkan aurat begitu berleluasa khususnya di kalangan anak-anak orang Islam. Ia bagaikan mereka seolah-olah tidak mempunyai kedua ibu bapa yang sepatutnya menasihati mereka, membonceng motosikal dengan penunggang lelaki ke hulu dan ke hilir tanpa matlamat hidup yang jelas.

Justeru, bagi ahli-ahli gerakan Islam, ia merupakan satu tugas besar serta tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Kerahan tenaga perlu digiat dan dilipat-gandakan bagi menyelamat mereka yang telah tersasar matlamat hidup mereka yang sebenar,

Jika tugas dakwah tidak disampaikan, dikhuatiri ummah akan hanyut dalam arus kebendaan yang menjanjikan seribu pembohongan untuk berjaya, kerana kejayaan sebenar adalah menyampaikan 'amar makruf nahi mungkar' seperti dijelaskan dalam ayat di atas.

Jadi, penullis rase sekadar itu saja yang mampu penulis kongsi bersam teman2 semua. Mudah-mudahan kita di beri kekuatan oleh Allah untuk terus berjuang menegakkan Agama Islam bukan sahaja di kampus, negara, tetapi matlamat yang harus kita tetapkan ialah mewujudkan kembali "khilafah Islamiyyah"..InsyaAllah...

p/s : Entry ini di tulis sebelum penulis berlepas untuk mengikuti program " Ekspedisi Dak'wah MUjahideen Tegar bersama Us. Riduan Mat Nor di Perkampungan orang asli "



Bukak Pose kat PutraJaya

Salam sayang buat semua....

Hm, kat bwah nie penulis upload beberape gambar penulis bersama sahabat2 seperjuagan penulis sewaktu kami berbuka puasa di Putra Jaya 2 ari lepas..Sekadar untuk berkongsi dengan teman2 semua kegembiraan penulis setelah berjaya menamatkan final exam sem 1 di samping terus mengeratkan ukhwah fillah penulis dengan sahabat2 penulis yang penulis sayang sgt2... :)

nei mase memula sampai, naseb smpt smp sblm bukak poser..hanya tinggal beberape minit je lg, tp smpt lagi ambik gambar..hehe

Alamak, x ready lagi..hehe

Mungkinkah salah seorang daripada kami akan berada di dalam bangunan hijau di belakang tu pada suatu masa nanti??? :)

Aii??..tu je ke makanan bukak pose?kenyang x tu??..hehe

Nie lepas abis terawih..

Sebelum blk, smpt la jugak bergambar kenang-kenangan di sekitar PJ

Bahagia yang berpanjangan

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat yang sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.."

"Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda tersebut. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian"

p/s : Untuk pengetahuan sidang blogers semua, bermula entry kali ini dan seterusnya, saya akan menggunakan kata ganti diri sabagai "penulis" untuk mengganti 'saya" atas beberapa faktor tertentu. Perubahan perlu dalam kehidupan kita andai kita andai kata ia membawa kebaikan :)