ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: PERKONGSIAN UNTUK SEMUA ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

Alhamdulillah, syukur penulis panjatkan pada Allah SWT kerana masih lagi memberi kekuatan pada penulis untuk terus bergiat cergas dalam arena bloggers ini. Jutaan terima kasih juga penulis rakamkan pada teman2 yang senantiasa memberi sokongan dan komen2 yang membina setelah hampir setahun penulis menceburi diri dalam arena ini.

InsyaAllah, pada entry kali ini penulis ingin berkongsi dengan teman-teman berkenaan satu artikel yang ditulis oleh salah seorang bloggers jugak tetapi atas permintaan darinya, identiti sebenar penulis artikel ini terpaksa penulis rahsiakan demi keselamatan negara..haha :) Mungkin agak simple penulisannya, tetapi bagi penulis, ia penuh bermakna, khususnya buat insan-insan bernama LELAKI yang pernah terjerumus dalam kancah " CINTA MONYET ", tetapi telah Allah buka kan hati mereka untuk BERHIJRAH dalam mencari " CINTA HAKIKI" .Jom layan....

" AWAK......SEBENARNYA JUST NAK TANYE......JUST NAK AWAK JAWAB JE....MGKIN WAKTU TU KITA MUDA....TAPI SAYA NAK PENJELASAN DARI AWAK....DAH LAMA NAK TANYE TAPI...DULU PERNAH AWAK CAKAP...AWAK AKAN JELASKAN NAPE HUBUNGAN KITA BERAKHIR MACM TU SAJE....SAYA NAK PENJELASAN DARI AWAK...TU JE SY NAK TH....SETELH HAMPIR BERTAHUN SY TGGU....K " .


Saya hampir mengalirkan air mata apabila membaca msg yang terpapar di skrin laptop saya ketika kami ber"YM". Tidak saya sangka rupa-rupanya masih ada lagi persoalan yang belum terjawab setelah peristiwa yang berlaku selepas kami menjalani PLKN bersama2 pada suatu masa dahulu. Kepada kawan saya yang bertanye, jawapan pada persoalan yang ditanya akan saya huraikan dalam cerita di bawah ini. Hm, Mungkin saya boleh bagi sedikit gambaran kasar mengenai kami. Sebenarnya, kami pernah bersama-sama menjalani Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) beberapa tahun yang lepas. Dalam masa itu juga, kami berada dalam satu kumpulan yang sama iaitu BRAVO. Hampir 3 bulan kami menjalani Latihan ini. Memang menyeronokkan tetapi setelah mengenang kembali, itu hanyalah keseronokan dunia yang penuh dengan tipu daya.

Pada masa itu, maklum lah, baru sahaja menamatkan SPM, tambahan pula diri saya pada waktu itu boleh dikatakan agak " nakal " dan masih lagi tidak mengetahui ERTI SEBENAR MENGAPA SAYA DILAHIRKAN KE DUNIA, jadi, segala keseronokan yang ingin dirasai oleh seseorang yang bergelar REMAJA di turuti. Memang saya akui, sebelum saya kenal DUNIA yang sedang saya lalui sekarang ini, hidup saya penuh dengan keseronokan nafsu. Langsung tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk memikirkan soal AGAMA yang saya anuti ini. Lagsung tidak pernah terlintas untuk berakhlak seperti akhlak MUSLIM. Apatah lagi tentang perkara2 yang bersifat Amar makruf, Nahi Mungkar, untuk menyampai kebenaran a.k.a DAKWAH pada masyarakat. Jauh sekali untuk saya berfikiran sedemikian pada waktu itu. Walaupun pada waktu sekarang, saya bukanlah sempurna dari segala aspek, tetapi untuk jawapan yang pertama pada soalan awak, saya sekarang masih lagi dalam proses PENGHIJRAHAN diri menuju ke arah manusia yang ingin tahu APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM.


Dipendekkan cerita, seperti REMAJA lain, saya juga mempunyai perasaan untuk menyanyangi dan disayangi. Satu istilah yang saya rasa sinonim dengan dunia sekarang ini ialah " COUPLE ". Akhirnya saya terjatuh dalam perangkap syaitan laknatullah untuk bercouple ngan si dia. Tanpa menyedari hakikat yang sebenar bahawa ini hanyalah hasutan syaitan untuk menyesatkan lagi Hamba2 Allah, saya terus lalai dengan si dia ( tp tak ade la buat perkare2 yang tidak senonoh, just sekadar jupe, borak2 dan makan sesame jer.Naseb baik waktu tu ade la lagi iman dalam diri untuk tidak terjerumus dalam perkara2 hardcore ).


Akhirnya, setelah hampir 3 bulan, PLKN pon melabuhkan tirainya. Hari terakhir, pelbagai ragam manusia yang saya dapat saksikan. Ada yang gembira sebab dapat balik umah, tetapi tidak kurangnya ada yang bersedih sebab terpaksa berjauhan dengan pasangan baru yang dapat semasa 3 bulan dan salah seorang kumpulan yang bersedih itu adalah saya. Ya Allah,bila di kenang kembali, terasa amatlah bodoh dan hina diri ini kerana sanggup menangis dan bersedih oleh sebab seorang perempuan. Bodohnya diri ini sebab air mata yang mengalir itu bkan tangisan keinsafan di atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan, malah tangisan yang menjauhkan lagi diri ini dari PENCIPTANYA...Ya Allah, ampunkan segala dosaku..Sungguh aku lalai dan alpa dalam mengingatiMu dalam setiap perkara yang aku lakukan suatu ketika dahulu...


Beberapa bulan selepas itu, kami masih lagi berhubung. Tetapi, selepas memasuki MATRIKULASI, perhubungan kami mulai renggang. Akhirnya setelah tamat matrikulasi saya kira, saya mengambil keputusan untuk tidak lagi berhubung dengan si dia. Saya tidak tahu kenapa, tetapi yang pastinya, pada waktu itu, saya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dalam hidup saya.Hinggalah saat saya berjaya melangkah ke salah sebuah Universiti di Malaysia, hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun, akhirnya saya bersyukur pada Allah kerana memberi hidayah dan membuka pintu hati saya berakhlak sebagai seorang MUSLIM, khususnya dalam perhubungan dengan wanita yang belum disusuli dengan akad nikah yang sah.


Jadi, inilah sedikit perkongsian hidup saya yang menyebabkan tercetusnya persoalan di atas. Iya, kepada kawan saya yang bertanye diatas, mmg saya pernah katakan bahawa saya ingin menamatkan perhubungan kita, tetapi tidak bermaksud menamatkan segala-galanya., hanya sekadar menamatkan " Perhubungan Terlarang oleh Allah" ini. Buktinya, saya masih lagi berhubung dengan awak, tetapi sebagai seorang kawan biasa. Saya ingin perbetulkan semula kesalahan yang pernah kita lakukan.


Secara ringkas, mungkin inilah penjelasan utama yang saya dapat berikan kenapa saya mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan " Perhubungan Terlarang " ini. Pada hemat saya, berdasarkan penulisan artikel saye ini, mungkin awak dah boleh kenal siapakah diri saya yang sebenar pada waktu ini. Alhamdulillah, kefahaman dalam menghayati ISLAM dalam hidup saya telah Allah campakkan. Saya bersyukur sangat2. Walaupun perubahan dalam diri saya pada waktu ini tidak la ketara sangat, tetapi insyaAllah dengan ilmu dah pendidikan yang saya dapat di alam Universiti ini, saya akan berusaha untuk menjadi insan yang lebih memahami tentang perhubungan antara lelaki dan wanita...


Mungkin awak kenal dengan Ustaz Hasrizal kan? yang ade blog
saifulislam.com tu. lagi seorang Uztaz Pahrol ( klu nak tgk, bley klip kat namenya, saya dah link). Sebenarnya, Dua blog inilah yang banyak mengajar saya ERTI CINTA yang sebenarnya. Kesimpulannya, inilah penjelasan ringkas yang dapat saya berikan. Tidak salah untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang, tetapi biarlah perhubungan itu berlandaskan syariat yang telah di tetapkan oleh AGAMA ISLAM itu sendiri.Kadang-kadang, perlu ada pengorbanan untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Bagi saya, inilah pengorbanan paling besar yang pernah saya lakukan dalam hidup saya dalam mencari CINTA HAKIKI. sekian



Ha, itulah artikel nya. Mungkin ade teman2 yang pelik, mane tidaknya, artikel di atas ditulis oleh seorang lelaki. Iya, memang penulis artikel ini adalah seorang lelaki, sebab itulah penulis kagum dan mengambil keputusan untuk meletakkan artikel ini dalam blog penulis juga. Penulis tertarik dengan kate2 terakhir artikelnya iaitu " Kadang-kadang, perlu ada pengorbanan untuk kita berubah ke arah yang lebih baik " . Penulis 100% bersetuju dengan ungkapan ini. Memang akan ade perkare yang perlu kita korbankan bilamana bercakap mengenai soal perubahan.

Jadi, ayuh teman2 semua, kita jadikan ISLAM sebagai Cara Hidup kita. Berbahagialah pada hati2 yang Allah berikan hidayah dan kasih sayangnya dalam kehidupan yang penuh dengan keseronokan ini. Doa penulis agar Allah SWT juga mengurniakan kekuatan kepada penulis dan teman2 untuk terus istiqamah dalam Perjuangan ini. wassalam...


0 comments: