ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: KENANGAN HIMPUNAN BANTAH ADAM LAMBERT GAY ::


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, mereka itulah orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran, ayat 104).

Sekilas kenangan penulis ketika menyertai

" Program XPDC Dakwah dan Himpunan Bantahan Konsert Adam Lambert Gay "


Program dimulakan dengan Solat Magrib berjemaah di Surau Al Hidayah, Bukit Jalil dan seterusnya disusuli dengan Solat Hajat Perdana yang diimamkan oleh YB Ustaz Nasruddin Hassan,..

Selesai memohon hajat kepada Allah agar memudahkan dan memberi kekuatan kepada kami untuk bertemu golongan sasaran, sedikit taklimat tentang pergerakan dan aturcara Program diberikan oleh Ustaz Nasa dan juga Pimpinan GAMIS tentang pergerakan Mahasiswa.


Antara anak-anak muda yang sanggup meninggallkan sekejap nota2 di kuliah dan kampus demi untuk menyelamatkan golongan muda dan masyarakt daripada terus hancur dengan budaya2 songsang yg merosakkan nila2 murni seorang MUSLIM dan etika seorang manusia..

Opps kasih sayang mendekati golongan2 remaja dan sasaran dimulakan dan mendapat sambutan yang agak baik di kalangan masyarakt yang ada. Berkenalan dan beramah mesra adlah kunci kepada Modul Dakwah ini....


Anak-anak muda, pejuang Agama Allah yang turut serta dam Program ini. Inilah medan Jihad yang sebenar...tidak hanya berteori semata-mata, ttp inilah realiti untuk menguji sejauh mana keyakinan dan kemampuan diri tentang ERTI SEBUAH PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMA ALLAH.

Tidak ketinggalan Srikandi Muslimah ISLAM yang turut serta dalam Program Ini. Demi Atas satu matlamat ingin melihat ISLAM kembali didaulatkan dan diamalkan secara sepenuhnya di Malaysia di samping menolak segala bentuk Hiburan yang melalaikan, apatah lagi merosakkan jiwa2 remaja ISLAM..



Program diteruskan lagi dengan sudut pidato oleh Pimpinan-pimpinan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia(GAMIS)..

" Kawan baik" yang sentiasa menemani kami. Terima kasih pada encik2 FRU yang sudi mendengar Ucapan dan menjaga keselamatan kami...


Program diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Ustaz Nasa dan sebagai tanda BANTAHAN, simbolik dibuat dengan memijak dan mengoyak poster-poster Penyanyi Gay ini..!!!

Take Home Msg :
  • ISLAM tidak menghalang kita untuk berhibur, buktinya penganjuran Konsert Maher Zain amatlah disokong..Tetapi ISLAM menentang segala bentuk HIBURAN yang MELAMPAU, apatah lagi HIBURAN LUCAH yang akhirnya boleh merosakkan akhlak dan maruah MUSLIM khususnya dan Masyarakt Malaysia secara amnya.
  • ISLAM tidak menentang artis2, ttp ISLAM menentang budaya dan perangai artis2 yang dibawa ketika konsert yang mendedahkan aurat serta melakukan aksi diluar etika seroang manusia yang jelas bertentangan dengan nilai moral seorang MUSLIM
  • Adam Lambert secara terang-terangan telah mengaku dia adalah seorang yang gay dan telah ditentang sebilangan masyarakt Amerika..Beliau juga pernah mengatakan ketika ditemual bual di Malaysia" Selain mempromosikan muziknya, die juga mahu mebawa budaya Gay ke Malaysia "...Ini pengakuan yg jelas oleh Manusia Gay ini...
  • Kerajaan sibuk mengatakan untuk melahirkan Modal Insan yang berintegri dan berketerampilan, membanteras maksiat dengan mewujudakan sekolah Hamil, TETAPI DALAM MASA YANG SAMA, TANPA SEGAN DAN SILU MEMBENARKAN BUDAYA-BUDAYA SONGSANG DAN KONSERT HIBURAN YANG MELALAIKAN SETERUSNYA MEMBUKA PINTU-PINTU MAKSIAT KEARAH KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA MALAYSIA...APAKAH INI SEMUA?????? CAKAP LAIN, BUAT LAIN..!!!! INGIN MEMBINA RUMAH, TETAPI DALAM WAKTU YANG SAMA MEROBOHKAN TIANG-TIANG YANG ADA..SAMPAI KE SUDAH RUMAH TIDAK AKAN SIAP...!!!!!!!
“Hai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah, Rasul dan pemimpin di kalangan kamu.” (An-Nisa’: 59)

Tetapi, haruslah diingat, ketaatan pada Pemimpin tidak mutlak seperti taat pada Allah dan Rasul. Ini keran jikalau Pemimpin itu telah melakukan dan membenarkan maksiat bermaharajalela, maka tidak wajib lagi kita untuk taat pada mereka seperti hadith ini :


“Tidak ada ketaatan pada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah.” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Ringkasnya, sebagai rakyat, menjadi tanggungjawab untuk kita bersuara demi mencegah Pemimpin kita daripada terus melakukan maksiat..Jikalau tidak berkesan, maka tibalah masanya untuk kita MENOLAK KERAJAAN YANG TERUS MEMBENARKAN MAKSIAT dan DIGANTI DENGAN KERAJAAN BARU YANG JELAS INGIN MEMBAWA ISLAM KE DALAM UNDANG-UNDANG NEGARA..!!! AYUH, LAKUKAN PERUBAHAN...!!!!!!

" ISLAM ADIL UNTUK SEMUA "

0 comments: