ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: ORANG MUDA GENG KITE ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....

“Kami tidak menurunkan Al-Qur'an ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah; melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah), diturunkan dari (Allah) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.” [Thaahaa: 2-4]


Apakah yang ummah harapkan daripada kita semua para pemuda?Pemuda Islam mempunyai tugas besar lagi berat untuk membangunkan ummah. Teringat saya akan tulisan Profesor Dr Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya

“ Membangun Ummah; Satu Kenyataan Bukan Khayalan” menegaskan “Sesungguhnya, seorang muslim yang bertanggungjawab adalah juga seorang nasionalis sejati; mencintai tanah air dan bangsanya sepenuh hati dan sentiasa berkorban untuk membela dan menjaga maruahnya; juga seorang yang bersifat antarabangsa yang tulen.”


Rentetan daripada ini, seorang pemuda muslim mestilah menjadi warganegara yang baik, di samping menjadi hamba Allah yang taat dan anak yang soleh. Pemuda muslim mestilah mempunyai jati diri muslim yang kental sebagaimana yang diungkapkan dalam al-Quran:


Maksudnya “ Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk” Surah al-Kahfi: 13

Sebagai generasi Islam yang punya tanggungjawab terhadap agama dan ummah, maka nilai Islami mestilah benar-benar menjiwai kehidupan para pemuda. Para pemuda perlu membina keunggulan keperibadian dan kepimpinan ummah. Para pemuda mestilah menjadi dirinya, ruh jihad dalam jasad ummah kini bagi mencetuskan kesedaran baru tentang ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan; politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan peradaban.



Marilah kita mengkaji pemimpin belia mutakhir yang mampu menelurkan idea yang bernas, merangka program dengan rapi dan menjalankan tugas membina kesedaran baru, membangunkan Islam dan membina kekuatan ummah. Pemuda itu tidak lain dan tidak bukan iaitu Hassan al-Banna dan gerakan Ikhwanul Muslimin.

Saya menyeru sahabat-sahabat pemuda, peranan kita ialah memperlengkapkan diri dengan ciri-ciri budaya cemerlang secara kombinasi dan bersepadu ; kecemerlangan iman, kecemerlangan ilmu, kecemerlangan akal, kecemerlangan fizikal, politik, ekonomi, professional. Natijahnya, jika kita memmiliki keunggulan ini, ummah akan perkasa dan wibawa.

Jadilah usrah sebagai medan untuk kita semua dalam menjalankan tanggungjawan dan peranan agama yang ditaklifkan ke atas pundak kita sebagai pemuda Islam

Ikhlas Khas untuk u-jam : nukilan Ustaz Nazeli



" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

0 comments: