ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: DPPP BERSAMA MANGSA2 BANJIR KEDAH ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan dengan merasai kelaparan , dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Al-Baqarah: 155-156












Jadikanlah ujian, musibah dan bencana yang dihadapi hari ini sebagai titik-tolak atau langkah permulaan bagi kita meneruskan kehidupan dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Dialah tuhan yang menjadikan kita, Dialah yang mengatur keseluruhan system alam semesta, Dialah yang mengetahui setiap apa yang dilakukanNya. Justeru, sudah semestinya ada hikmah dan pengampunan disebalik apa yang telah berlaku. Di sisi Allah S.W.T dilipatgandakan nilainya bagi orang-orang yang bersabar.

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

0 comments: