ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: NASI ARAB PELENGKAP USRAH KAMI ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....


Daripada Anas bin Malik, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila kamu lalu di taman syurga, hendaklah kamu masuk bersiar-siar dan menikmati segala yang ada dalamnya. Dikatakan apa taman syurga itu? Sabda Baginda: Itulah majlis zikir
(Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Alhamdulillah, sekali lagi penulis dan sahabat2 seperjungan diberi peluang untuk menghadiri Usrah Bulanan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia ( PAPISMA) pada hari sabtu yang lepas. Usrah PAPISMA kali ini diadakan di Taman Empangan, berhadapan dengan PICC, PutraJaya..Jom layan aksi2 penulis sblm usrah bermula..hee.....





Seperti biasa, usrah diteruskan dengan kupasan hadith 40 Imam An Nawawi sebaik sahaja ia dimulakan dengan sedikit tazkirah oleh Dr Syed Khaliq, Exco Pusat PAPISMA yang mengingatkan kembali peranan kita sebagai Pengamal Perubatan ISLAM yang perlu meletakkan ISLAM sebagai tonggak gerak kerja. Kini, usrah kami telah memasuki hadith yg ke-25...nak tau ape??..jom layan......


Mafhum hadith tersebut:

Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan):
Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW:

Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka.
Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala. Hadis riwayat al-lmam Muslim



Jom kita ambil pengajaran daripada hadith ni:

(1) Para sahabat Rasulullah SAW telah menunjukkan suatu teladan yang baik di mana mereka sering berlumba-lumba mahu melakukan kebaikan.

(2) Setiap amalan soleh mempunyai nilaiannya yang tersendiri di sisi Allah SWT dan ia tidak akan dipersia-siakan sama sekali.

(3) Banyak amalan soleh yang boleh dilakukan bagi menambahkan pahala kebajikan seperti bertasbih iaitu mengucap ( سبحان الله ), bertahmid iaitu mengucap ( الحمد لله ), bertahlil iaitu mengucap لا إله إلا الله , menyuruh orang berbuat ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Semuanya diberikan pahala sedekah sehinggakan melakukan hubungan intim bersama isteri pun dianggap sedekah! Kerana kalau dia berzina, dia dianggap berdosa dan akan menerima azab. Alangkah indahnya ajaran lslam.

(4) Bagi orang-orang kaya yang mempunyai lebihan harta, mereka hendaklah selalu bersedekah, lebih-lebih lagi kalau mereka terlalu sibuk dengan urusan harta sehingga kurang masa untuk melakukan amal ibadat sunat yang lain.

(5) Seorang kaya yang suka bersedekah dan rajin pula melakukan ibadat sunat seperti berzikir yang dianjurkan dalam hadis ini, dia sudah tentu akan mendapat ganjaran dan darjat yang lebih tinggi di sisi Allah SWT.

Wallahua'lam









Alhamdulillah...sebaik sahaja selesai Usrah dan menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah, kami terus bergerak ke Restoran Saba a.k.a Restoran Nasi Arab..Ha, klu nk tau, nie adalah antara Restoran Kegemaran penulis..Bese penulis pergi ngan kawan2 or bile ade event jerk...x berani nk g sorang2...hehewalaupon agak jauh, kat Cyberjaya, tp berbaloi pergi...Nasi Arab die memang terbaik la...!!!Terima kasih Dr-Dr dan Ustaz Jamir kerana sanggup support makanan kami...Alhamdulillah, moge Allah murahka rezki kalian.....Jom layanzz....







Itu lah kisahnya.....wassalam.

BERBAKTI SELAGI MAMPU

0 comments: