ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: TAHNIAH DAN TAKZIAH ::

Oleh: Pria Malaya

Pertama-tama kalinya, tahniah diucapkan kepada kedua-dua calon BN yang menang di Galas dan Batu Sapi..suatu kemenangan yang 'sudah dijangka' oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga penulis sendiri..

Pada calon Pakatan Rakyat, dan saf kepimpinan Pakatan Rakyat umumnya, 'takziah' diucapkan...anggap ini adalah satu ujian untuk perbetul mana yg salah, perbaiki mana yang silap, perkemas mana yg kurang...ini perluang untuk muhasabah diri..

Kalau asik menang je susah jugak kan, nanti mudah lupa diri, alpa dan leka dgn kemenangan..so, yakinlah, pasti ada hikmah disebalik kejadian, demi suatu yg baik di masa hadapan...

Pada rakan-rakan seperjuangan, perjuangan tidak terhenti setakat ini...masihkah anda ingat kekalahan demi kekalahan yg 'dicipta' parti-parti Pakatan Rakyat sebelum PRU Mac 2008 yang lalu?...

Ya, disebalik kekecewaan, wujud perasaan dan semangat yang berkobar-kobar untuk terus berjuang dan berjuang, sehinggalah kemenangan besar yang tidak dijangka-jangka pada tarikh keramat 8 Mac 2008...

Jadi, istilah 'kekalahan' sebenarnya tidak timbul di sini..betul dak?...yang penting kena buat kerja dari sekarang...

Untuk yang terakhirnya, insyaAllah jika ada masa, penulis akan mengulas atau membuat analisis ringkas dari keputusan 2 PRK kali ini, menurut perspektif penulis la, secara individu..mungkin ada yg akan terasa nanti...

Akhir kalam...kita jumpa lagi mcm biasa..lawan tetap lawan, Allahuakbar...wallahua'lam..


Sumber : http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/11/batu-sapi-dan-galas-tahniah-dan-takziah.html

0 comments: