ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: SALAM AIDILADHA 1431H ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....


“Perumpamaan mereka yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah laksana satu biji yang membuahkan tujuh tangkai. Setiap tangkai mempunyai 100 biji. Allah menggandakan (ganjaran) kepada siapa yang dikehendaki-Nya.” (Al Baqarah: 261)


Bilamana berbicara mengenai Aidiladha ataupon lebih dikenali sbg Hari Raya Qurban, tidak dapat tidak kita akan mula mengingati kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail as. Penulis tidak berhajat untk menceritakn semula kisah Junjungan Agung Nabi Allah ini kerana penulis yakin dan percaya teman2 sudah sedia maklum. Tetapi apa yang ingin penulis kupaskan dalam entry pada kali ini adalah sedikit Ibrah @ Pengajaran dan mungkin lebih kepada praktikalnya erti sebuah PENGORBANAN, tidak hanya berfokus pada korban lembu dan seumpama denganya....

Suka untuk penulis memulakan entry ini dengan sebuah pertanyaan, pernahkah kita Berkorban untuk Islam.??? Berkorban memberi apa yang kita suka, pernahkah?? Memberi apa yang kita sayang, pernahkah??? Memberi apa yang kita miliki, pernahkah??? Memberi sesuatu yang kita simpan, pernahkah??? satu persoalan penulis lontarkan untuk difikirkan bersama....Jom kita layan satu firman Allah yang bermaksud :
Wahai mereka-mereka yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat melepaskan kamu daripada azab yang pedih? Iaitu hendaklah kamu beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan jiwa raga kamu. Itulah yang paling baik jika kamu orang yang mengetahui.” (As Saf: 10-11)

Ringksnya, ape yg kita faham bahawa PERNGORBANAN itu tidak hanya tertumpu pada harta benda shj, seperti lembu, unta ect, ttp ia juga termasuk jiwa raga kita. Ini termasuklah tenaga dan masa yg kita ada. Mungkin ramai yg sudah memahami ape itu perngobanan harta bende dan wang ringgit, ttp berapa ramai yg masih lagi belum faham dan yakin bahawa pengorbanan tenaga dan masa yang kita ade jugak salah satu saham kita untuk memiliki syurga Allah.

Dewasa ini, ramai yg terlepas pandang untuk mengorbankan sedikit masa dan tenaga hanya untuk ISLAM. Sebagai satu contoh, lihat sahajalah berapa ramai yang sanggup meluangkan masa untuk membuat kerja2 ISLAM..berapa ramai yang sanggup untuk bersama2 dalam program2 mencegah maksiat daripada terus berleluasa.....Alasan yang biasa kta dengar " alah, aku byk kerja la...ala, xde masa la nk buat kerja2 nie...ala, banyak lagi la x study.....ala, bukannya dapat name klu wat kerja2 islam....." ..Contoh paling dekat penulis ambik, cube lihat disekeliling kita, masyarakt kampus khususnya, berapa ramai yang sanggup join usrah dan menghadiri kuliah2 agama?...tepuk dada, tnyer iman....


Salah satu faktor yg dpt penulis simpulkan ialah, kurangnya keyakinan kita dengan ISLAM yang kita anuti. Rasenya acap kali kite dengar Firman Allah yang berbunyi :

Hai orang-orang mukmin, jika kamu bantu agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ( Surah Muhammad; 47:7)


Ringkasnya, apa yg cuba penulis sampaikan ialah, dengan kehadiran Aidiladha ini, Ayuh, kita berusaha untuk BERKORBAN untuk ISLAM. Tidak kiralah dalam apa bentuk pengorbanan sekalipon, ttp yg penting, ikhlas untuk Allah dan Islam. Janganlah rase rugi untuk korban MASA dan TENAGA apabila kita dipanggil untk membantu Agama Allah. Walau sesibuk mane sekali pon kita dengan urusan dunia, jangan sesekali kita tinggalkan Urusan Akhirat kerana hanya ini sahajalah bekalan yang akan kita bawa menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi...

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka. Mereka berkorban untuk jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar.” (At Taubah: 111)

Ayuh kita sama-sama berkorban dari yang kecil. Segala yang besar dimulai dari yang kecil. Cubalah untuk berkorban sedikit demi sedikit. Berkorban tenaga, waktu dan kesempatan untuk Islam. Kemudian meningkat dengan berkorban harta. Karena diri kita ini perlu untuk dididik. Apalagi jiwa yang kita miliki, biasanya akan cenderung kepada nafsu. Maka harus selalu dijaga dan diarahkan menuju kepada kebaikan.


Terlibatlah dalam urusan kaum muslimin. Ringankanlah beban mereka. Cubalah untuk melakukan sesuatu dimana kamu sangat bermanfaat di bidang itu. Jangan takut, jangan ragu atau malu. Inilah saatnya, Islam adalah adil untuk semua. Jom perbanyakkan TAKHBIR, memuji kebesaran Allah di hari kemenangan ini.....

Ketaqwaan IBRAHIM patut dicontohi,...
kesetiaan SITI HAJAR x dapat ditandingi...
ketaatan ISMAIL perlu diteladani...
dalam menghayati pengorbanan sejati...

SALAM EIDUL ADHA 1431H...


p/s :
  • sedih x dpt balik kmpung beraye bersama keluarga...uwaaa.......cam ne nk makan daging masak merah nie......
  • nway, thanx pada kawan2 yang bg support, terutamanya tinesh,..i copy here what hv u said to me " setiap pengorbanan ada balasan.. god will pay u back..sabar ek" ...
  • Pada kawan2 yg senaseb ngan penulis, x dpt pulang beraye di kmpg, sekali sekai marase beraye kat perantau apa salahnyerkan....best per..hee...
  • InsyaAllah penulis akan menyambut Aidiladha dan solat sunat di Shah Alam, di Masjid Salahudin Abdul Aziz shah.....

BERBAKTI SELAGI MAMPU

0 comments: