ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: SURAT SAYANG DARI ALLAH SWT ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...


Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan
berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun
hanya sepatah kata meminta pendapatKU
atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi
dalam hidupmu hari ini atau kemarin .......

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan
diri untuk pergi bekerja ........
AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU
tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti
dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk ..........

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama
lima belas menit tanpa melakukan apapun. Kemudian
AKU
Melihat engkau menggeerakkan kakimu. AKU berfikir
engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari
ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk
mendengarkan kabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU
menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua
kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk
mengucapkan sesuatu kepadaKU.

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang
sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk
berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau
tidak
menundukkan kepalamu.
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan
melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut
namaKU dengan lembut sebelum menyantap rizki yang
AKU
berikan, tetapi engkau tidak melakukannya ........
masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau
akan
berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang
kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang
harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,
engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari
didepannya,
tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg
ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat
engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi
kembali kau tidak berbicara kepadaKU ..........

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu,
kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa
sepatahpun namaKU, kau sebut. Engkau menyadari bahwa
AKU selalu hadir untukmu.

AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sadari.
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar
terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap
hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, pikiran atau
syukur dari hatimu.

Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan
kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari
ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU
........Tapi yang KU tunggu ........ tak kunjung tiba
...... tak juga kau menyapaKU.

Subuh ........ Dzuhur ....... Ashyar ...........
Magrib .......... Isya dan Subuh kembali, kau masih
mengacuhkan AKU .....
tak ada sepatah kata, tak ada seucap do'a, dan tak
ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk
bersujud kepadaKU ...........

Apa salahKU padamu ...... wahai hambaKU?????
Rizki yang KU limpahkan, kesehatan yang KU berikan,
harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan,
anak-anak yang
KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat
kepadaKU ............ ..!!!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap
berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon
perlindungan KU, bersujud menghadap KU ....... Yang
selalu menyertaimu setiap saat ..........

P/S : Besok penulis akan bertolak pulang ke Terengganu..yeaa..!! :) Nak tahu kenapa? Sebab entry sebelum nie la..x tau? bace je la kat bawah tu...Kepada teman2, semoga anda berbahagia dan menikmati keindahan dan kemakmuran Negeri Terengganu Darul Iman.. :)

:: SELAMAT PENGANTIN BARU EHSAN & JEDA ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam sayang buat semua...


"Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, ia diambil orang." Begitulah, antara lain, senikata lagu "Jangan Tunggu Lama-lama" nyanyian kumpulan Alleycats yang popular pada tahun 80an suatu ketika dahulu. Lagu ini menasihatkan para lelaki yang sudah mempunyai kekasih supaya cepat-cepat berkahwin agar kekasihnya itu tidak jatuh ke tangan orang lain. Dalam Islam, perkahwinan perlu dicepatkan bukan kerana bimbang kekasih jatuh ke tangan orang lain, tetapi kerana itulah yang dituntut oleh agama kerana dipercayai perkahwinan dapat menjauhkan manusia dari maksiat. Tetapi ini terjatuh hukumnya hanya kepada orang-orang tertentu sahaja...adakah penulis pon termasuk dalam golongan itu?? Allahua'lam :) heehe....

Sesuai dengan tajuknya, jadi Entry pada kali ini penulis tujukan khas kepada sahabat penulis iaitu ZAIDATUL AKMAL BT OTHMAN dan bakal suaminya tersayang, EHSAN SYUKRI B ZAININ yang bakal diijabkabulkan secara sah pada hari Sabtu ini, 17 Jamadil Awal bersamaan 1 Mei 2010. Wah, seronoknya hati penulis bila dapat tahu sahabat penulis ini akhirnya bernekad untuk bersama sehidup semati sebagai PASANGAN SUAMI-ISTERI yang sah. Secara peribadinya, penulis respect giler ar kat korang berdua kerana mengambil satu keputusan yang jauh lebih berani daripada penulis untuk BERKAHWIN sewaktu belajar. Mungkin inilah sunnatullah yang telah ditetapkan untuk anda berdua. Tahniah buat kalian :)


Dalam Islam, Perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab. Sebab itulah penulis respact terhadap anda berdua kerana penulis yakin, kalian berdua sudah memahami apakah yang bakal menanti anda bila bergelar SUAMI-ISTERI nanti dan penulis tidak berhasrat untuk mengupasnya.

Perkahwinan juga merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Penulis yakin anda mampu melahirkan Generasi tersebut.. Amin..

Sabda Nabi S.A.W :

“Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, ia bukan dari aku (yakni bukan dari umatku). Berkahwin adalah sunnah kerana itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksanakan sunnahku.” (Riwayat Ahmad bin Hanbal)

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sahKejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia. Allah S.WT. berfirman:

'Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... ' (An-Nisa':1)

Firman Allah S.W.T.

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.' (Yaasin: 36)

Baginda menegaskan lagi..

“Seorang hamba Allah yang telah beristeri ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi.” (Riwayat al Baihaqi)

‘Abdullah ibni ‘Abbas pernah mengatakan

“Hendaklah kamu beristeri, kerana sehari hidup beristeri lebih baik daripada seribu tahun beribadah.”

Dan dalam keadaan sakit yang tenat ‘Abdullah ibni Mas’ud berkata

“Kahwinilah aku, kerana aku tidak ingin menghadap Allah dalam keadaan membujang.”

Ingatlah Rasulullah SAW juga telah bersabda

“Hendaklah kamu berkahwin agar dapat melahirkan keturunan. Pada hari kiamat kelak aku berbangga jika kamu menjadi umat yang banyak daripada umat-umat yang lain.” (Riwayat al Baihaqi)

Tetapi sebelum itu,usah terpedaya dengan nafsu dunia kerana Rasulullah bersabda

Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kecantikkannya, kerana kebaikan akhlaknya dan kerana agamanya. Kahwinilah dengan wanita yang baik penghayatan agamanya, engkau akan mendapat ketenteraman.”


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

"Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya."

Jadi, itulah secara ringkas dalil2 dan hadith2 berkenaan dengan perkahwinan ini. Suka untuk penulis mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan teman2 semua berkenaan dengan HUKUM BERKAHWIN kerana sejak akhir2 ini, ramai yang seronok bila berbicara mengenai BAITUL MUSLIM, termasuk la penulis sendiri :) hehe..jom layann...
  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Ha, itulah antara hukum nya..so, pandai-pandailah teman2 masukkan diri teman2 kat mane sapatutnya anda berada..Penulis? rasenye SUNAT kot, xde la sampai WAJIB lagi...hehe... :) So, kepada EHSAN dan JEDA, semoga anda berbahagai hingga ke anak cucu. Moge2 Perkahwinan ini mampu menjadi wasilah untuk kalian berdue agar terus bersama Gerakan Islam Memimpin Perubahan. Last but not least, terimalah Doa dari penulis :

Ya Allah,
Kekadang terasa belaian cinta-Mu
Bersama kurnia sekalung hidayah... See More
Tapi kekadang terasa bahang murka-Mu
Seiring patahnya sebuah mujahadah
kamu berdua…

Ya Allah,
Walau apa pun kami masih terus di sini …
Mengemis di tepian janji-Mu yang pasti
Di sini kami masih mendamba cinta
Kerna yakin cinta-Mu tak pernah sirna…
selama-lamanya!
… buat kamu berdua

Kau dekat terlalu
tanpa senyum
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua!
Dalam doa…
kamu berdua!


" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: CINTA DAN TEMAN BARU KAMI ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan dalam hati orang-orang mu'min supaya keimanan bertambah di samping keimanan yang telah ada. Dan kepunyaan Allah lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Al-Fath : 4

" Cam best jer bela ikan dalam akuarium nie ", kate penulis sebaik sahaja melangkah masuk ke umah Ehsan, Amir dan Hanz. Melihat kepada kecomelan dan ke'cute'tan ikan2 yang berada dalam akuarium mereka menyebabkan secara tiba-tiba penulis Jatuh Hati untuk memiliki juga sebuah akuarium dan ikan-ikan yang cantik dalam umah penulis. Mungkin ramai yang tidak mempercayai jika secara jujurnya penulis katakan bahawa, di saat dan ketika itulah Minat @ Hobi baru penulis mula mekar, hehe :) Serius, memang sebelum ini tiada langsung perasaan, apatah lagi terlintas dalam fikiran penulis untuk membela ikan walaupon di rumah penulis sendiri( kat Ktrg la) telah mempunyai akuarium dan kolam ikan kepunyaan abang penulis sendiri, tetapi Allah itu hebat kan?

Itulah serba ringkas bagaimana secara tiba-tiba penulis boleh" Join the Club Bela ikan "( bak kate seorang sahabt penulis) hehe..Jadi, keesokan harinya( semalam) , sebaik sahaja pulang dari menghadiri Papisma Youth Convention 2010, penulis bersama-sama sahabat2 kesayangan dan seperjuangan iaitu Wan, Hadi dan Gpang terus menuju ke Pudu (berdekatan ngan Balai Bomba), tempat dimana penulis difahamkan ada menjual Akuarium dan ikan2 comel. Kepada teman2 yang nak pergi, tempat nie bukan la kedai ikan pon, ttp lebih kepada pasar ikan sebab mereka jual kat tepi2 jalan jer.Memang banyak giler pilihan yang ade..murah pulak tu..hehe :)

Ha, kat bawah nie gambar2 kami semasa di tempat kami beli Akuarium dan ikan2 kami kat Pudu tu...Jom layann.....


" Ai, orang dok sibuk pilih ikan, die sempat lagi posing utk bergambar?? "


" Kurang ckit la bang...kami student lagi, lgpon nie 1st time nak bele ikan nie..seringgit je la erk? bley la..klu x, kami x beli..."


" Bang, mane satu Jantan dan betina nie? kami nak yg due-due ade, nanti dpt tambah zuriat2 yang sihat :) "

" Hadi, tangkap yang besar ckit...yang betina tu ambik yang cantik2 ckit, baru la jantan senang nak datang :) "

Alhamdulillah, setelah hampir 1 jam kami ber " Shopping" kat cini, inilah hasilnya...Berat tau Akuarium kami tu. :)

Next, gambar kat umah KTDI pulak....nak tau rupa sebenar Akuarium kami? Jom layannn......

Ha, inilah Akuarium Kami( penulis + Hadi), cantik kan? Harganya murah je.. RM 70.00, siap dengan pum, filter, lampu..kire satu set la.x perlu la lagi penulis nak cari alat2 tu...Lebarnya lebih kurang satu hasta dan tinggi pon lebih kurang satu hasta..kire beso la jgk...hehe

Nie pandangan dari atas. Akuarium kami nie Kaca-based. So, sliding door kat atas pon kaca jugak. Yang uniknya, memang die dah seperate awal2, tempat letak lampu, tempat filter air.kire cantek la :) hehe..

So, inilah rupa Akuarium kami setelah ikan-ikan comel kami di masukkan ke dalam..Wah, memang cantek la...hahaha :) Ha, klu teman2 nak tau, sebanyak 25 ekor kesemuanya ikan2 dalam akuarium kami nie yang terdiri daripada 4 jenis, iaitu Garpy, Neon, DBKL, ngan satu lagi nie mmg penulis x tau jenis ape.. x sempat nak tnyer tuan kedai..sorie :)


Nampak x jambatan gantung kami tu? hehe...Itulah beberapa accessori Akuarium kami..Batu warna-warni tu... :)


Itulah CINTA dan TEMAN BARU KAMI..hehe :) Salah seorang Akak seperjuangan penulis, mungkin ade sahabt2 penulis yang knal iaitu akak b pernak bgtau kat penulis, bela ikan nie bagus sebab ikan2 nie akan menghalang daripada bende2 yang "tak baik" masuk umah kite sb ikan2 nie hidup..Allahua'lam...

Ok lah, Kami ( penulis + hadi ) berharap agar dengan kehadiran 'teman-teman' baru kat umah nie dapat menaikkan semangat kami untuk Stduy Hard and Smart lagi dan yang paling penting dapat menjadikan kami terus mendekatkan diri kepadaNya dengan menghayati Kebesaran Makhluk2 ciptaanNya :) InsyaAllah...Kami alu-alukan kepada mane2 teman2 yang mahu melawat umah dan ikan2 kami..haha :)


"Dan Allah jadikan bagi kamu padanya (bumi)
sebagai lapangan kehidupan."
Al-A'raf : 10

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: ADILNYA ALLAH KEPADA KITA ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....


Alhamdulillah, setelah hampir satu minggu blog SAIF AL NIDHAM ini tidak terusik, di hening petang yang indah ini penulis diberi kekuatan untuk terus menerbitkan entry-entry peringatan untuk penulis khasnya dan seterusnya untuk teman semua. Maaf di pinta atas ketidakaktifan blog ini kerana penulis terpaksa mengaturkan jadual hidup yang baru setelah memasuki Tahun 5 ini, di tambah pula dengan konflik dalaman (a.k.a masalah hati) yang sentiasa menghantui diri penulis.

Sering kali berlegar di fikiran penulis adakah AMANAH yang telah diberikan, penulis berjaya melaksanakan sebaik-baiknya ataupon sekadar melepaskan batuk di tangga. Lebih2 lagi AMANAH yang dipikul sangatlah berat yang mana memerlukan ketabahan hati oleh semua Pejuang Gerakan Islam bilamana mengetahui natijah yang besar jika tidak dilaksanakan dengan sebetulnya. Jika di timbal balik, amatlah banyak dosa penulis terhadap amanah yang telah diberikan, namun penulis hanya mampu memohon ampun dari Allah kerana penulis juga manusia yang masih dalah proses untuk ditarbiyyah.


Tetapi, pada entry kali ini penulis tidak berhasrat untuk mengupasnya kerana belum tiba waktu yang sesuai. InsyaAllah, entry ringkas pada kali ini penulis ingin berkongsi dengan teman semua sebuah cerita yang penulis dapat ketika menghadiri satu kuliah Agama. Ringaks sahaja ceritanya tetapi amatlah mendalam maksudnya...Jom layannnn........


Al kisah, seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturanmajlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.


Semoga beroleh manfaat daripadanya....Aiyoo, dah azan, jom solat.....

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: GAMIS BANTAH PENDIRIAN NAJIB ISU AFGHANISTAN ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...




Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) memandang serius keputusan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menghantar bantuan ke Afghanistan setelah mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

GAMIS menandang isu ini perlu diberi perhatian, tindakan tersebut agak terburu-buru memandangkan isu Afghanistan yang belum selesai sehingga hari ini. Amerika dilihat seolah-olah terdesak mahukan Malaysia bersama terlibat setelah banyak negara menarik balik tentera pengaman mereka keluar dari Afghanistan. Malaysia seolah-olah akan menjadi mangsa keadaan di samping akan dilihat sebagai boneka Amerika dalam isu ini setelah krisis di Afghanistan masih tidak dapat diselesaikan.

Menurut Presiden GAMIS, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, Dato' Seri Najib tidak boleh terburu-buru dalam isu ini. Walaupun atas nama kemanusiaan sekalipun, dunia akan melihat Malaysia seolah-olah ingin ditarik oleh Amerika dalam kes yang mereka sendiri cipta, ini kerana isu ini masih menemui jalan buntu untuk menyelesaikannya. Malaysia juga perlu mengambil berat aspek keselamatan negara serta wakil yang akan dihantar memandangkan ancaman dari al-Qaeda sebelum ini yang telah mengisytiharkan perang terhadap mana-mana negara yang mahu bersengkongkol dengan Amerika walaupun atas alasan bantuan kemanusiaan dan latihan.

"Amerika dilihat begitu tedesak dalam isu Afghanistan ini. Dalam keadaan negara-negara seperti Perancis, Kanada, Korea Selatan dan lain-lainnya menarik balik tentera pengaman di Afghanistan setelah mendapat tekanan dari masyarakat dunia yang mengutuk tindakan tersebut, tiba-tiba Perdana Menteri Malaysia telah membuat keputusan yang seolah-olah ingin menarik Malaysia untuk terlibat dalam isu yang dimulai oleh kezaliman dan kerakusan Amerika itu" berkata Idris lagi.

GAMIS berharap Perdana Menteri mempertimbangkan dalam aspek keselamatan wakil yang akan dihantar ke sana memandangkan masyarakat dunia pada hari ini dapat melihat ancaman yang diterima di sana. Jumlah askar negara luar yg maut atas alasan untuk tujuan pembangunan dan latihan adalah tinggi. Hal demikian termasuklah dari Australia seramai 11 orang, Britain 270,Kanada 140,Denmark 31,Belanda 43,Perancis 41,Jerman 43, Itali 22,Romania 12,Spannyol 17,Turki 3,Amerika Syarikat 951 dan ramai lagi yang tidak dinyatakan jumlahnya di sini.Manakala yang cedera dan cacat pula melebihi 5000 orang. Ini merupakan angka yang tinggi dan perlu dimaklumkan kepada umum.

Mengikut kajian oleh Pew Global Attitudes, menyatakan daripada 47 negara, hanya 2 negara yang rakyatnya menyokong peperang di Afghanistan melebihi 50% iaitu Israel 59% dan Kenya 60%. Yang lain semua majoriti rakyatnya tidak menyokong penuh. GAMIS juga yakin rakyat Malaysia juga tidak menyokong sama sekali.

GAMIS turut mengutuk pendirian bersama Perdana Menteri Malaysia serta Presiden Amerika Syarikat di Washington dalam isu pembangunan Nuklear Iran kerana Malaysia seolah-olah dilihat hanya mengangguk atas beberapa pendirian Amerika. Pendirian Amerika dalam isu nuklear ini dilihat tidak adil kerana seolah-olah memejam mata dalam isu yang melibatkan sekutunya termasuklah Israel.Begitu juga keadaannya isu APCO di Malaysia yang sedang hangat diperkatakan kerana bersangkut paut dengan agen Yahudi , perkara ini juga tiada jawapan yang jelas dari Perdana Menteri, pendirian-pendirian Perdana Menteri di Washington seolah-olah menambahkan lagi barah kepada rakyat Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan masih berada di Washington untuk menyertai Presiden Barack Obama dan pemimpin dunia lain pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear.




KENYATAAN MEDIA PRESIDEN GABUNGAN ISLAM SE-MALAYSIA

:: OPS SIKAP MASYARAKAT-1H1N ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." Al-A'raf:179



Astarghfirullah...inilah lafaz yang terkeluar dari bibir penulis sebaik sahaja melihat muka depan Akhbar Sinar Harian pada hari ini setelah melihat gambar seorang lagi bayi yang tidak berkesempatan untuk melihat dan menghayati Kebesaran Allah di dunia ini.
(Klip Disini). Sekali lagi Dunia di kejutkan dengan Kes Pembuangan dah Pembunuhan Bayi.


Pada entry kali ini penulis tidak berhajat untuk mengupas dengan lebih panjang isu ini kerana jikalau teman2 perasan, salah satu entry bulan lepas, penulis telah mengupas tentang isu Pembuangan Bayi ini dalam tajuk "
BERILAH AKU PELUANG UNTUK HIDUP (KLIP DISINI) ". Secara ringkas, berani penulis nyatakan bahawa jikalau isu ini hanya dipandang sebelah mata sahaja, tidak mustahil, bulan hadapan akan ada lagi kes yang sama.

Dalam proses kita untuk menunding jari siapakah yang bersalah dalam hal ini, penulis yakin sudah semestinya golongan Wanita yang sering kali mendapat ranking pertama. Penulis tidak nafikan, tetapi perlu diingat bahawa disana ada lagi faktor lain yang secara tidak langsung menyumbang kepada Gejala tidak bermoral ini. Kebinatangn nafsu Lelaki, Kepincangan Institusi Kekeluargaan dan tidak ketinggalan kepada Liberism Sistem Pendidikan dalam Negara juga peyumbang kepada masalah ini. Penulis tidak berhajat untuk mengulas faktor-faktor di atas kerana penulis merasakan ada lagi satu faktor yang perlu kita fokuskan, yang seringkali di "POLITIK" kan iaitu Pihak Kerajaan ataupun pihak-pihak berwajib.


Satu konklusi mudah dapat penulis simpulkan ialah selagi mana Sistem ataupun Undang-undang ISLAM tidak dilaksanakan secara sepenuhnya dalam Negara ini, tidak hanya mengambil sesebahagian sahaja yang releven berdasarkan keadaan semasa, tidak mungkin Gejala Pembuangan Anak ini dapat diselesaikan. Mengapa penulis berkata begitu? Alasanya ialah, hanyalah Undang-undang ISLAM yang berpandukan kepada AL-Quran dan As-sunnah, yang direncanakan oleh Sang Pencipta Agung adalah tempat penyelesaian kepada semua. Sebab itulah, jikalau kita tengok mengapa Gerakan ISLAM begitu inginkan kekuasaan, kerana dengan kekuasaan yang ada, InsyaAllah Undang-undang Islam dapat dilaksanakan.


Tetapi, tidak ramai yang PERCAYA bahawa Undang-undang ISLAM adalah tempat penyelesain kepada semua. Apatah lagi bilangan yang YAKIN dengan undang-undang ISLAM. Sebab itulah tidak mustahil, sesetengah golongan masyarakat menentang, malah apa yang menyedihkan penulis ada juga sesetengah NGO-NGO ISLAM yang bersetuju dengan Undang-undang Ciptaan Manusia dengan berpendapat bahawa Undang-undang Islam adalah ketinggalan Zaman, tidak Up To Date, dan menindas Agama lain. Na'uzubillah....


Justeru, satu cadangan yang penulis terlintas, jikalau pada Musim Perayaan, Kerajaan dan Pihak-pihak berwajib mampu untuk laksanakan Ops Sikap Jalan Raya bagi mencegah kemalangan, Mengapa tidak, untuk Mencegah Isu Pembuangan Bayi ini, Kerajaan, pihak-pihak berwajib, para NGO ISLAM, dan tidak ketinggalan pada Pengerak ISLAM Nasional mahupun Kampus untuk sama-sama kita laksanakan Kempen " OPS SIKAP MASYARAKAT -1H1N (1 Hari, 1Nasihat) agar Misi dan Visi Dakwah dapat dilaksanakan untuk menyebarkan ISLAM secara keseluruhannya dalam Masyarakt. Penulis tidak sanggup lagi menahan Air Mata dari terus membasahi pipi melihat pada Bayi-bayi yang tidak berdosa ini dibuang dan dibunuh.


Agenda Pembangunan Ummah perlu diperkasakan oleh semua. Jangalah kita bergaduh ataupun bermadah dalam soal Gerakan kerana disana Masyarakt semakin jauh dari agama. Sekali lagi dalam entry ini penulis menyeru kepada teman-teman agar sama-samalah kita beringat bahawa Masyarakat pada Abad sekarang ini sedang mengalami masalah Gejala Sosial yang sangat Dasyat. Oleh itu, Ayuh sama-sama kita hidupkan Kempen " OPS SIKAP MASYARAKAT - 1H1N " . Gunakanlah medium yang ada seperti Blog, Facebook, Twitter mahupun tulisan-tulisan pada sebarang artikel sebagai tempat kita Memberitahu kepada semua bahawa ISLAM ADALAH CARA HIDUP YANG TERBAIK. Beramallah dengan ajaran ISLAM dengan sebetulnya, dengan tidak mencapur-adukkan anasir-anasir barat.


Imam Al-Ghazali berkata:


"Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa."

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

P/S : Cukuplah bertengkar dalam masalah-masalah Gerakan. Kita tidak mengetahui Percaturan yang telah diputuskan adalah selari dengan Percaturan yang Allah mahukan ataupun sebaliknya, tetapi yakin dan berlapang dadalah, fikirlah dengan ketinggian ILMU yang ada, insyaAllah, kita sentiasa BERDOA agar ia selari dengan Perancangan Allah. Masyarakat di luar sana semakin hari semakin jauh dari agama, tatapi kita masih lagi sibuk dengan masalah yang tidak sepatutnya. Raikanlah Perbezaan dalam Mencari Persamaan...

:: SUJUD SYUKURKU PADAMU ::


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

Inilah kalimah yang selayaknya penulis lafazkan ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kejayaan kepada penulis dalam Peperiksaan Ulangan Peadiatric baru-baru ini.
Pada sebelah petang tadi, akhirnya waktu dan saat yang ditunggu-tunggu telah tiba dimana Keputusan Peperiksaan Ulangan bakal di umumkan dan di tampal di Pejabat Akademik. " Mohd shaiful Nizam bin Mamat Nasir, anda lulus dan berjaya meneruskan Pengajian ke Tahun 5 " . Hampir penulis mengalirkan air mata kegembiraan dan syukur setelah mendengar dan melihat sendiri nama penulis berada dalam kalangan mereka yang berjaya meneruskan pengajian ke Tahun 5. Aku sayang kamu ya Allah....


Sekadar peringatan, khususnya kepada diri penulis sendiri atas kurniaan Kejayaan ini. Moga-moga kejayaan yang dikecapi dapat mendekatkan diri dan ketaqwaan penulis kepada Yang Maha Esa...

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
I
ngat Allah SWT bersyukurlah padaNya

Ucapkanlah Alhamdulillah

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Penulis tertarik dengan kata-kata salah sebuah blog yang penulis pernah lawati yang berbunyi.....

" Seandainya kegagalan memihak kepadamu janganlah mudah putus asa,mungkin ALLAH ingin menguji setakat mana ketabahan hatimu.Jikalau kejayaan memihak kepadamu janganlah mudah lupa diri mungkin ALLAH ingin menguji setakat mana keegoan dihati kita "

Kadang-kadang penulis agak risau bila diuji dengan segala bentuk kejayaan kerana takut akan membuatkan diri penulis lupa diri dan terus menjauhkan diri pada Allah. Sebab itulah, entry penulis ini khas penulis tujukan pada diri penulis agar tidak leka dengan Kejayaan ini...

Aku selalu bersama hamba-Ku selama ia mengingat-Ku dan kedua bibirnya bergerak menyebut-Ku.” (Riwayat Ibnu Majah).


Ha, kat bawah nie, penulis upload beberapa gambar penulis bersama sahabat-sahabat penulis sewaktu mandi di Taman Rekreasi Sungai Tekala petang tadi. Sebenarnya, penulis tidak la plan sangat untuk pergi, tp bagi meraikan Kegembiraan setelah dapat tahu penulis lulus, dengan penuh bersemangat penulis ajakla beberapa orang sahabat penulis iaitu wan, hadi dan syed ( nie tertangkap waktu solat zohor kat surau..hehe). ape lagi, jom layann.......

Ha, nie waktu baru sampai...memang cantek dan beso tempat nie....

perut dudah berbunyi, apa lagi, masak la.... :) zaman moden, pakai dapur dah....haha

Sedapnyerrrr..........

Ha, batu yang penulis sedang berdiri tu telah melakarkan satu sejarah dalam hidup penulis kerana untuk pengetahuan teman2 semua, di atas batu inilah, berbumbungkan langit, berlantaikan batu besar itu kami MENUNAIKAN SOLAT ASAR secara berjemaah. Inilah kali pertama penulis bersolat tanpa sebarang alas pon, cukup terase hinanya diri ini tatkala muka cium menyembah bumi Allah. Satu pengalaman dan kenangan yang akan penulis abadikan dalam hidup penulis setelah 23 tahun bergelar Manusia...




ha, nie dah masa kami semua bertolak pulang...Nampak tak pemandangan yang cantik di belakang kami? Subhanallah, memang cantek giler...kalau teman2 nak tahu, kat belakang kami ini adalah Empangan Air..tp x tau la ape name empangan nie...

Inilah kami.....Sayang korang semua....Muaaahhhhhhhh..!!!!!!!!!

Akhir kalam, sebelum penulis menamatkan perkongsian kali ini, ingin penulis katakan bahawa Allah SWT itu tak pernah melupakan hamba-hambaNya yang mengingati Dia.

Ya!

Allah SWT itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT.

Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah SWT itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya.

Dan yang paling penting, kejayaan kita itu hakikatnya biarlah menyumbang kepada Islam itu sendiri. Jadikanlah diri kita sebagai hamba-hamba yang bersyukur. Wasslam....

:: BERJABAT TANGAN DENGAN TUAN GURU ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....

Alhamdulillah, sekali lagi, sewaktu penulis berada di kampung baru-baru ini, penulis diberi peluang oleh Allah untuk bersalam dan mencium tangan seorang Pemimpin Gerakan Islam yang penulis hormati dan kagumi, yang menjadi idola penulis setelah bergelar Ahli Gerakan Islam iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seorang Ulama moden merangkap Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS).


Seperti yang penulis pernah war-warkan pada salah satu entry penulis tahun lepas, jika sebelum penulis berhijrah ke KL ini, hampir tiap-tiap minggu penulis berpeluang berjumpa dengan Beliau kerana menghadiri siri Kuliah Mingguan beliau yang diadakan pada tiap-tiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, namun setelah hampir 4 tahun penulis berada di KL ini, amatlah jarang sekali penulis dapat berjumpa dengan Beliau.

Pada 1 April 2010 yang lepas, penulis selamat sampai ke kampung halaman penulis. Keesokan harinya, iaitu hari Jumaat, jikalau mengikut perancangan asal, kami sekeluarga sepatutnya berlepas ke Kuantan untuk " Family Hours :) " , tetapi plan tersebut terpaksa di batalkan oleh sebab2 tertentu. Hikmah pembatalan plan tersebut inilah yang memberi peluang kepada penulis untuk bertemu dengan Tuan Guru Presiden. Dengan ketentuan Allah, pada pagi Jumaat itu, kami sekeluarga terus menuju ke Masjid Rusila untuk mendengar Siri Kuliah Mingguan Beliau. Berani penulis katakan bahawa ini juga merupakan salah satu rutin mingguan kami sekeluarga jikalau tiada apa2 yang menghalang kami untuk menghadiri Kuliah Mingguan Tuan Guru Presiden. Alhamdulillah, betapa seronoknya penulis di saat dan ketika itu. Mungkin sudah lame hati penulis tidak di sajikan dengan santapan rohani seperti ini.


Mane buktinya penulis bersalam dengan Tuan Guru? hehe..sebenarnya, penulis tidak berpeluang pon untuk bersalam dengan Tuan Guru setelah selesai kuliah beliau. Ye lah, mane tidaknya, dah la ramai manusia, lgpon tidak pernah lagi penulis sempat bersalam dengan Tuan Guru setelah selesai kuliah hari Jumaat nie. Habis tu...bila pulak penulis dapat bersalam dengan Tuan Guru?..sabar-sabar..jom sambung lagi cerita penulis pada hari Jumaat yang Mulia ini.. :)

Pada awalnya, ingin penulis Solat Jumaat di Masjid Rusila sebab memang lama sangat dah penulis tidak mendengar Khutbah Jumaat yang di sampaikan oleh Tuan Guru, apatah lagi Ceramah Umum Beliau. Tetapi, di sebabkan penulis agak leka menonton Movie sebelum pergi Solat Jumaat, hehe :) akhirnya, hasrat penulis tidak kesampaian.

Penulis dan abang penulis hanya Solat Jumaat di Masjid Kampung penulis sahaja. Tetapi, alangkah terkejut dan terkedunya penulis apabila sampai sahaja di Masjid, penulis terpandang Pajero bernombor pendaftaran(no plate) PAS 12. Memang sah, inilah kenderan Pacuan 4 roda yang dipandu oleh Tuan Guru Presiden. Tidak dapat penulis gambarkan betapa syukurnya perasaan penulis pada ketika itu tetapi agak sangsi juga kerana belum lagi mendengar Khutbah yang di sampaikan. Ye la, mana lah tau kot2 Orang lain yang datang, tapi meminjam kenderaan Tuan Presiden.



Akhirnya, apabila mendengar dan melihat sendiri Khatib yang menyampaikan Khutbah pada waktu itu ialah Tuan Guru Presiden, terjawab sudah persoalan penulis tadi. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana telah memberi peluang kepada penulis untuk mendengar Khutbah yang di sampaikan oleh Tuan Guru Presiden. Setelah selesai mengerjakan Solat Jumaat, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua Jemaah yang hadir pada hari itu iaitu BERSALAM dengan Seorang Pemimpin Gerakan Islam yang terkenal seantero Dunia Islam, teremasuklah penulis. Jadi, dapatlah penulis bersalam dan mencium tangan Tuan Guru Presiden sebelum pulang ke rumah. Itulah Al kisahnya... :) Best x? hehe...


Sebelum penulis mengakhiri entry pada kali ini,atas pertanyaan salah seorang sahabat penulis, suka untuk penulis memperkenalkan kepada teman2 semua salah seorang Ustaz yang yang memang terkenal di Negeri-negeri Pantai Timur ( TRG-KELATE-PHG) iaitu Ustaz Azhar Idrus. Siapakah Beliau?Ringkas penulis ceritakan, buat pengetahun teman2, Ustaz Azhar idrus ini merupakan seorang pendakwah Bebas setelah tamat belajar di Mesir. Sekarang nie, Beliau aktif dalam menyampaikan kuliah2 Agama, khususnya berkaitan dengan hukum-hakam Islam, terutamanya di Neger-negeri Pantai timur kerana Loghat yang digunakan adalah Loghat Negeri penulis iaitu loghat Terengganu.

Jujur penulis katakan, Penulis banyak mempelajari hukum-hakam tentang Agama dan persoalan-persoalan yang sering kali timbul dalam permasalahan Umat pada masa kini. Jikalau penulis tidak berkesempatan untuk menghadiri mana2 kuliah agama yang di anjurkan oleh surau-surau atau masjid-masjid sekitar PPUKM ini, Kuliah Beliaulah memenuhi waktu2 lapang penulis. Memang best giler kerana pengisian yang dibawa olehnya begitu santai malah mudah untuk difahami di tambah pulak dengan lawak2 yang mencuit hati..hehe...

Masalahnya ialah, memang sukar dah payah untuk penulis menghadiri Kuliah Bulanan Ustaz Azhar. Maklumlah, hanya sebulan sekali sahaja Beliau akan hadir ke Masjid Kmpg penulis, klu kene timing yang btol, dapatlah penulis berjumpa dengannya. Utaz Azhar memang kelakar abis. Buktinya teman2 boleh play video yang penulis upload kat blog penulis atas tu. Pada asalnya penulis ingin letakkan bersama2 entry ini, ttp entah apa masalah, penulis tidak dapat upload video dalam entry ini.Mungkin kene sabotaj kot..haha

Tp mungkin satu masalah yang timbul ialah ade teman2 yang tidak faham tentang pengisiian kuliahnya sebab seperti yang penulis bagitau, loghat yang digunakan ialah loghat Terengganu.. So, solusi utk masalah tu, teman2 bolehlah belajar ngan penulis untuk memahami Bahasa Unik Terengganu ini..hehe...Semoga beroleh manfaat bersama..Sekadar untuk berkongsi. Selebihnya, teman2 boleh dengar kat U-TUBE...taip je Ustaz Azhar Idrus.ok? Selamat Mendengar.... :)