ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Amanah...Amanah..Amanah...


Menulis artikel bukanlah satu perkara yang mudah, banyak perkara perlu dipertimbangkan. Sumber,ayat quran, hadis, analogi, kisah-kisah pengajaran, isu semasa dan banyak lagi perkara yang perlu difikirkan dan sememangnya para ahli psikologi mengakui bahawa berfikir adalah satu pekerjaan yang cukup memenatkan. Sebagai contoh,kebiasaannya selepas anda selesai menjawab peperiksaan,anda akan tidur apabila tiba di rumah atau hostel kerana penat memerah otak.

Artikel ini ditulis sekadar untuk berkongsi dengan semua pembaca,bloggers dan juga pendakwah,dan sememangnya tiada niat lain di dalam qalbu yang penuh dengan titik-titik hitam ini melainkan untuk berpesan-pesan supaya kita semua tidak menjadi orang yang rugi.Topik yang aku ingin bincangkan pada entry kali ini ialah berkisarkan tentang AMANAH

Amanah bukanlah perkara kecil walaupun pada mata kasar, amanah itu sebagai satu pemberian.Nabi mengingatkan kita supaya jangan sesekali pecah amanah kerana pecah amanah itu tanda orang munafiq dan orang munafiq tempatnya di neraka yang paling bawah.Terlalu azab sehingga jika ditayangkan nikmat syurga kepada ahli neraka yang paling bawah,mereka tidak terasa apa-apa.Dalam satu firman Allah yg bermaksud:

“Apabila diletakkan al-quran di atas bukit(gunung),maka bergegarlah ia kerana takutkan Allah”

Gunung yang diagung-agungkan semasa penciptaan bumi pun tidak sanggup mengambil al-quran(amanah) tetapi manusia sanggup. Maksudnya, gunung yang tidak berakal,yang tidak mampu berfikir, yang dipijak-pijak,yang ditarah-tarah itupun tahu betapa besarnya nilai sebuah amanah,kita?

Apabila disebut tentang amanah,ramai yang terfikir bahawa amanah itu jawatan.Namun,tahukah anda bahawa amanah itu adalah segala-galanya tentang kita?Makan kita ialah amanah.Tidur kita ialah amanah.Maruah kita ialah amanah.Fikiran kita ialah amanah.Jasad kita ialah amanah. Semuanya ialah amanah!

Amanah dari Allah ini seakan-akan dipermainkan manusia.Allah memberi amanah kepada kaum wanita supaya menutup aurat.Benar,sesetengah memeliharanya namun bagaimana dengan sesetengah yang lain?Yang dedah terus,sudah terang bersuluh berdosa tapi bagaimana pula yang bertudung tetapi singkat?Yang bertudung tetapi nampak batang leher?Yang bertudung tetapi nampak telinga?Bagaimana dengan golongan ini? Adakah mereka menjaga amanah aurat atau amanah maruah yang diberikan oleh Allah kepada mereka?

Wahai sekalian manusia,ingatlah kita adalah golongan yang mulia.Kita semua berketurunan seorang nabi.Jadi,adakah sanggup kita mencemarkan keturunan kita semata-mata demi kepuasan nafsu?Kita adalah sebaik-baik makhluk,memang kita bukan makhluk yang sempurna tetapi kita adalah sebaik-baik makhluk,jadi adakah wajar makhluk yang Allah akui makhluk yang terbaik tidak menjalankan amanah yang diberi?

Semua di antara kita sudah menerima amanah semasa di alam ruh,apabila Allah menyoal, “siapakah Aku?”Semua ruh menjawab, “bahkan kami menyaksikan Kamu adalah Tuhan kami.”Namun,alam dunia bukanlah satu alam yang senang untuk diharungi,ketika kita lahir lagi kita sudah tahu tentang hakikat dunia.Maka apabila kita dilahirkan,kita menangis kerana takut yang diri ini tidak mampu menyempurnakan amanah yang diberikan. Namun,apabila diri ini meningkat dewasa,diri ini lupa tentang amanah yang diberikan.Diri ini dikaburi dengan kabus-kabus dunia sehingga jalan pulang ke syurga tidak bisa kelihatan lagi.Selangkah diri ini ke hadapan, pasti,diri ini akan jatuh ke neraka.

Ingatlah sabda nabi yang berbunyi:

sampaikanlah olehku walaupun satu ayat.

Satu ayat pun Rasulullah suruh sebarkan inikan pula banyak ayat. Di dalam diri kita semua pasti sudah ada kalimah syahadah,apa yang ditunggu lagi?Sebarkan!

Wahai Pendakwah,

Ingatlah dalam berdakwah,jangan sesekali berasa diri anda yang terhebat. Ramai lagi yang hebat di luar sanan dan pasti Allah lagi hebat daripada mereka semua.Janganlah kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat kerana sesungguhnya sangat besar kemurkaan Allah,inilah pesan Allah kepada semua pendakwah dalam surah As-Saf ayat 2 dan 3.

Wahai hamba suruhan Allah,

Jangan sesekali mengaku kalah dalam berjuang.Jika masalah datang melanda,bersyukurlah kerana itu tandanya dakwah anda diterima Allah. Itu tandanya anda melakukan kerja.Hanya orang yang berkerja diuji dengan masalah.

0 comments: