ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Kuliah subuh oleh Yb Nizar..




Sebut sahajaYB Mohd Nizar Jamaludin saper yg x kenal dengan sifat keberanian beliau dalam membela nasib rakyat terutamanya rakyat negeri PERAK sejak kemulut rampasan negeri berlaku..

Dengan ketentuan yang telah di tetapkan oleh Allah,Alhamdulillah, buat pertama kali aku dapat melihat beliau dengan jarak lebih kurang 2 meter dr mataku dan juga sempat bersalaman. Pertemuan tersebut bertempat di surau Al-Mustaqimah dimana beliau telah meyampaikan kuliah subuh pada pagi tadi (17 Jun 09)..

'patut la beliau mendapat sokongan rakyat dan sentiasa berani menegakkan keadilan dalam meletakkan perjuangan Islam di ats'-bisik hati kecilku setelah mendengar kuliah subuh yang di sampaikan ngan begitu bersemangat,lantang dan penuh penghayatan...

Kuliah dimulakan dengan menceritakan mengenai kelebihan menunaikan solat sunat sebelum subuh yang mana ganjaran pahalanya jika diletak semua isi kandungan yg berada di alam ini di sebelah timbangan yang mane sebelah timbangan lagi diletakkan pahala solat sunat sebelum subuh, nescaya timbangan yg mengandungi pahala solat sunat sebelum subuh itu lagi berat timbangan nya....maka, jikalau solat sunat sudah begitu besar pahalanya,inikan pula solat fardhu subuh yang dilakukan secara berjemaah..x terhitung besarnya pahala tersebut...

Seterusnya kuliah disambung pulak dimana aku dapat ringkaskan mengenai sejarah kehancuran kaum2 terdahulu yang mengingkari ajaran Islam yang di bawa oleh nabi2 yang diutuskan kpd kaumnya iaitu kaum A'd, yg menolak ajaran yg dibawa oleh Nabi Hud,kaum Thamud,yg menolak ajaran yg dibawa oleh Nabi Soleh dan firuan yang menentang Nabi Alla Musa..

"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana tuhanMu berbuat pada kaum Ad?.iaitu penduduk Iram yg mempunyai bangunan2 yg tinggi.Yg belum pernah dibangun(suatu kota) seperti itu di negeri2 lain.Dan kaum Thamud yg memotong batu2 besar di lembah .Dan kaum firaun yg mempunyai pasak2(tentera yg banyak).Yg berbuat sewenang2 dalam negeri.Lalu mereka berbuat banyk krosakan dalam negeri itu.Kerana mereka itu tuhanMu menimpakan kepada mereka cemeti azab.Sesungguhnya tuhanMu benar2 mengawasi." - Surah Al-Fajr, ayat 6-14

Dibawa pula para jemaah utk melihat kebejatan gejala sosial yg berlaku dalam masyarakat pada hari ini yg tiada jalan penyelesaianya.Jika 10 tahun yg lepas kes2 rogol,zina, keruntuhan akhlak telah bermaharajalela,ttp pada mase sekrng kes2 tersebut masih lagi berleluasa walaupon sudah berpuluh2 juta wang dibelanjakan utk melancarkan pelbagai kempen menangani masalah tersebut..

Ini kerana tidak lain tidak bukan masyarakat hari ini mengangap mereka adalah kaum yang special yg maner berfikiran bahawa kami adalah org melayu islam yang maner pada akhir2 nt kami akan masuk syurga juga..jadi x perlulah utk bersusah payah melakukan amal kebajkan yang banyak2, cukup sekadar untuk diri sendri sahaja..terus disoal kpd para jemaah yg hadir dalam lebh kurang 100 org lebih bhw siapakah yg memberi jaminan sedemikian rupa???..Hari ini masyararakat kiter berbangga dgn kebolehan dan kehebatan yg ada..mereka luper bhwa segala kemewahan dan kehebatan yg dukurniakan itu datang dari Allah...mereka lebih mengagungkan ciptaan manusia daripada ciptaan Allah...mereka lebih mengutamakan perlembagaa manusia drp perlembagaan Allah..mereka ingkar dengan larangan2 Allah disamping bermegah dgn kemaksiatan yg dilakukan..


Jikalau dilihat kisah ttg kaum2 terdahulu mengapa mereka di timpa bencana dan musibah drp Allah..tidak lain dan tidak bukan kerana mereka menganggap bhw diri mereka adalah special..segala kemewahan dan kekayaan yg ada adlah milik mereka..Sebagai contoh,firaun yg mmg kita tahu dgn kekuasaan yg dimiliki sehingga mengaku dirinya tuhan, akhirnya tewas di tgn Allah gara2 tidak mahu menerima ajran Islam yg dibawa oleh Nasi Musa...


Sama juga kes nya yg berlaku di negara kita pada hari ini..mengapa kes2 sosial ini tiada jalan penyelesaianya???...tepuk dada tanya iman sendri...Hari ini hukum Allah di ketepikan..ajaran Islam di tolak habis-habisan..mereka yg mahu membawa perubahan dalam masyarakat spy masyarakat kembali ke jalan Allah di tuduh sebagai pernderhaka dan perampas kuasa...mereka lebih mengutamakan golongan yg tidak meletakkan ajaran Islam sebagai asas dalam prinsip hidup mereka untuk mentadbir negara dan menguruskan rakyat2 nyer....kalau lah keadaan ini terus berlarutan..tunggulah saat dimana pembalasan Allah pasti dan pasti akn menimpa kita,tidak kira siapa pun,samada yg beriman atau tidak...


Jadi penutup drp kuliah subuh yg di sampaikan ole YB Nizar tadi adalah mengajak semua jemaah yg hadr utk same2 mendoakan spy Keadilan terus tertegak di bumi Allah ini khususnya di negeri perak spy ISlam itu diletakkan pada tempat yang paling tinggi dalam perlembagaan negara...

0 comments: