ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Waa...cepatnya masa berlalu

Masihkah kita igt lagi akan gambar ini? comfirm korang semua igt lagi kan? :) Termasuklah aku sebab aku rase akulah orang yang paling bergaya pada saat dan ketika itu.. :) nasib baik x der pertandingan "King of the night" ,klu x,pastinya akulah yang akan menang..haha... Klu x silap aku,waktu ini kita 1st year kan? masih muda lagi dalam arena ataupon dunia perubatan..Kegembiraan dapat mengikuti pengajian Perubatan di UKM masih lagi terasa.. :)

Tetapi, sekarang, insyaAllah tinggal lagi satu tahun untuk menamatkan pengajian sebelum mendapat status 'Dr.' Perasan x sahabat2 semua?? Begitu cepat masa berlalu..pejam celik,sedar x sedar.kita sudah berada di Tahun 4. Ya,betul. Ini memang kenyataan yang harus kita terima. Sudah 4 tahun kita lalui dunia Perubatan ini. Dan sekarang, kita baru sahaja menamatkan posting yang pertama di tahun 4. Selamat bercuti aku ucapakan kepada semua.Manfaatkan cuti anda dengan perkara2 yg berfaedah :)


So, entry pada kali aku nak berkongsi sedikit ttg MASE :) . Seorang tokoh Mujahid pada abad ke-20, As-Syahid Hassan Al-Banna pernah mengungkapkan "MASA ITU KEHIDUPAN". Iya,memang betul. Masa lah yang membolehkan kita melakukan semua perkara di dunia ini. Ada jugak satu pepatah yang menyebut "MASA ITU EMAS". Tp aku agak kurang bersetuju dengan ungkapan ini sebab emas boley dibeli, ttp kehidupan yang telah berlalu tidak akan diperolehi walaupon kita gadaikan seluruh kekayaan yang kita ada. Tp aku bersetuju jika Kehidupan itu diibarat sesuatu yang berharga,yang perlu kita jaga seperti menjaga emas.

Aku selalu berangan agar aku dapat kembali ke zaman kanak-kanak supaya aku dpat manfaatkan setiap peluang dan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya. Tetapi malangnya semua itu mustahil utk berlaku..Seorang hukamak ade menyebut 'umur yang panjang janganlah dipendekkan dengan tidur'. Bayangkan sehari kita tidur 12 jam, jika kita hidup hingga berusia 60 tahun jadi 30 tahun daripadanya kita telah habiskan dengan tidur. Alangkah ruginya....kehidupan di dunia sementara ini yang sepatutnya kita jadikan medan untuk mencari bekalan untuk kehidupan Akhirat yang kekal abadi terabai begitu saja.




Jom kita dengar apa kata Yusuf al Qaradawi mengenai masa. "Sesungguhnya masa itu berlalu begitu pantas walaupun pada saat-saat bahagia kita rasakan seolah-olahnya masa begitu pantas tetapi ketika saat-saat kesedihan masa seolah-olahnya begitu lambat berlalu, pada hakikatnya masa itu terlalu pantas seperti awan yang berlalu" Alangkah ruginya mereka yang mensia-siakan tempoh kehidupan yang seketika ini sedang mereka akan menanggung akibat yang kekal abadi di Akhirat nanti. Bayangkanlah satu hari di Akhirat adalah seperti 100 tahun di dunia. Sanggupkah kita menempuh azab Neraka Allah walau sesaat? YA Allah,jauhkan kami daripada azab api nerakaMU..


Secara peribadi, aku merasakan masa terlalu berharga untuk dibiarkan begitu saja. Mungkin kerana hampir 22 tahun aku hidup tanpa bimbingan Iman hingga terlalu banyak yang perlu aku qadho. Tetapi ini bukanlah persoalannya kerana semua daripada kita akan masuk ke syurga kerana Rahmat Allah bukan kerana banyaknya amalan kita, kerana kita tidak akan mungkin dapat membalas segala nikmat yang dikurniakan Allah hatta sebiji mata pun. Lama atau sekejap tidak menentukan kita akan jadi ahli neraka atau ahli syurga tetapi setakatmana kita telah benar-benar memanfaatkan masa yang kita ada untuk membuktikan kecintaan dan pengharapan kita pada Allah dan KeredhaanNya.

Seorang penyair Arab berkata melalui puisinya "Alaita as Syabab ya'uudul An - Alangkah baiknya kalau hari muda itu datang semula hari ini". Ketika itu dia sudah terlalu tua. Memang inilah fitrahnya manusia, kita sering menangisi masa silam yang suram, namun hari-hari yang sedang kita lalui tidak juga kita hiasi dengan amalan yang akan menjadi bekalan untuk hari esok.

Sebenarnya kehidupan kita hanya ada beberapa hari sahaja. Semalam - ianya terlalu berlalu pergi tidak ada apa-apa yang boleh kita lakukan melainkan penyesalan dan mengambil sebanyak mungkin pengajaran daripadanya. Esok - semuanya belum pasti, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. Hari ini - yang sedang kita hadapi dan merupakan peluang dan kesempatan untuk kita memanfaatkan sebaiknya. Dan khazanah-khazanah untuk kita bina hari esok yang cemerlang berada di tangan kita hari ini iaitu peluang dan kesempatan untuk kita rebut sebaik mungkin. Sekiranya kita mengabaikan peluang dan kesempatan yang ada ini maka kita akan menjadi manusia yang bankrup di esok hari, yang lebih malang lagi kita tidak ada apa-apa untuk hari pertemuan kita dengan Allah SWT. 'Apa-apa' yang dapat menyelamatkan kita dari Azab Allah yang maha pedih.

Ayuh sahabat2 semua, kita mamfaatkan kehidupan yang berlalu.Isikanlah ruang waktu usia kita dengan sebaik-baiknya.Moge Kehidupan Dunia kita menjadi saham dan bekalan kita utk menuju kehidupan Akhirat yang kekal abadi..

0 comments: