ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Transformers : Revenge of the fallen


Ade ape ngan Transformers??...

Jikalau dahulukalanya, cter ini hanya popoular di kalangan kanak2 sahaja,ttp dewasa ini ia telah menjadi ikutan malahan sebutan semua golongan masyarakat..Mungkin anda mempunyai jawapan kepada soalan2 yang aku lontarkan berdasarkan pengalaman menonton episod yg pertama. Secara jujurnya aku pon bley di golongkan dalam golongan yg ala-ala addicted jgk kpd cter Transformers nie..hehe...x tau la naper,tp berdasarkan jalan cternya sedikit sebanyak mengajar aku erti hidup :)



Walaupon secara keseluruhan jalan citernya agak menguji iman kita,namun apa yang aku bley kongsi pada entry kali ini ialah berkenaan watak utama dalam cter ini iaitu Sam. Keberanian dan kesungguhan Sam dalam usaha untuk menghidupkan kembali Optimus Prime terserlah apabila sanggup mengambil pelbagai risiko dan rintangan untk mendapatkan Matrix yang tersembunyi di Mesir. Walaupon die sedar dan akui die hanyalah seorang manusia biasa yang normal jika hendak di bandingkan dengan semua Decepticons(robot), namun semangat juang yang di tunjukkan oleh anak muda ini untuk mempertahankan penduduk bumi drpd pupus dan hilang, mampu untuk menakutkan pihak musuh. Berbekalkan pengalaman yg lepas,yg pernah berhadapan dengan decepticon, pelbagai strategi dan taktik di atur supaya hasratnya utk menghidupkan kembali Optimus Prime dapat di tunaikan... Dipendekkan cerita,akhirnya Sam berjaya mendaptkan Matrix dan berjaya menghidupakn kembali Optimus Prime..

Jadi sekadar untuk berkongsi dengan sidang blogger semua walaupon kita tahu cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan penuh ngan animasi,namun adakah kita, sebagai seorang manusia yang bergelar MUSLIM, mempunyai semangat juang seperti SAm dalam usaha utk mempertahankan kesucian ISLAM yang kita lihat saban hari semakin di kotori dan dihina, malah lebih malang lagi apabila ISlam itu di perlakukan sesuka hati, seolah2 agama mainan..

Masih igtkah lagi kita ttg satu firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya Agama yang diredhai oleh Allah adalah agama ISLAM " Sudah tiba masanya utk kita wahai pemuda-pemudi ISLAM utk bangkit dan berjuang seterunsnya beramal dengan ajran ISLAM. Tidak malukah kalian bila disebut ISLAM itu agama pengganas??? Tidak marahkah kalian bila ISLAm itu dihina dengan sewenang2 nya?? Tidak luka kah hati kalian bila di sebut ISLAM itu agama hipokrit???...

Bangunlah wahai pejuang2 ISLAM semua. Sekarang bukan lagi masa utk kita bercakap kosong dan berteori semata-mata, namun apa yang jauh lebih penting daripada itu ialah kita sanggup bergadai wang,harta even nyawa kita dalam menegakkan kembali ISLAM di bumi ini...Jikalau Sam sanggup bergadai nyawa demi Optimus Prime yang di sygi,apakah kita tidak mampu utk mengikut jejak langkah SAm dalam bergadai nyawa demi agama yg kita sanjungi, ISLAM.. Tepuk dada tnyer iman masing2 sejauh manakah penghayatan hidup anda untuk ISLAM..sama2 kita muhasabah diri. Moger2 dapat diberi kekuatan utk kembali ke pangkal jalan...



p/s : secara keseluruhan,best gler cter nie,,pade sape2 yg x tgk lg,p la tgk cepat2..hehe..aku bley bagi 10/10 :) x sabar nak tgu episod seterusnya sb "this is not over yet"- said one of the decepticon...

0 comments: