ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Kongress Sistem Pendidikan Islam (Ko-SPIN 09)



Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif Ko-SPIN 09


  • Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

  • Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

  • Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara. Maka, Kongres bermatlamat untuk mendapatkan resolusi diakhir perbincangan dan seterusnya diperingkat atasa akan menyemak semula cadangan dari resolusi yang telah diperolehi di akhir Kongres ini.

Maklumat Ko-SPIN 09

Tarikh : 11 Julai 2009

Tempat : Auditorium D8 Putrajaya

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)
Sekreteriat Ko-SPIN '09, 8-4, The Right Angle, Jalan 14/22, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsa
n
Tel / Faks : 03-79554300

Email : aktivisislam@gmail.com
Website :
http://gamisdaily.com http://kongrespendidikan.blogspot.com




0 comments: