ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: BERILAH AKU PELUANG UNTUK HIDUP ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....

" AWAS..!!!! ENTRY KALI INI BERUNSUR 18SG. JADI TIDAK SESUAI BUAT TATAPAN MEREKA YANG 'LEMBUT JIWANYA "


Sedih, Sebak, Kecewa, Sakit Hati, Geram, Kejam...!!! inilah antara perasaan yang hadir dalam diri penulis sebaik sahaja membaca berita muka depan Akhbar Berita Harian bertarikh 22 Mac 2010 (Klip disini). Pada awalnya, penulis tidak berhasrat untuk mengulas isu Pembuangan Bayi ini kerana beranggapan bahawa sudah banyak kupasan dan ulasan yang diberikan oleh Pihak yang sepatutunya. Tambahan pula, penulis bukanlah orang yang layak bersuara dalam isu2 seperti ini, tetapi setelah melihat muncul lagi kes terbaru mengenai pembuangan manusia yang tidak berdosa, anak kecil yang comel cukup sifatnya, dengan tiba-tiba hati penulis bergetar dan sebak, bagaikan memberi suatu isyarat kepada penulis untuk memberanikan diri melontarkan pandangan agar dapat mendidik masyarakat yang melawat blog penulis.

Bagi penulis, polimik Pembuangan Bayi bukanlah suatu isu yang baru, malah ia telah lama bertapak di Malaysia. Bezanya, jikalau 10-20 tahun yang lepas, mungkin dalam 3 bulan kita hanya mendengar satu ataupun dua kes, tetapi mutakhir ini, hampir tiap-tiap minggu kita di sajikan dengan Bayi2 yang comel berbajukan plastik hitam, bertemankan lalat-lalat dan semut, berselimutkan tandas2 ataupun tong sampah. Inikah yang dikatakan penjagaan Bayi yang betul?

Kebiasaannya golongan yang terlibat adalah REMAJA-REMAJI yang baru sahaja ingin mengenal DUNIA, kononnya. Lingkungan umur belasan tahun sehinggalah awal 30-an. Lebih-lebih lagi, penulis rasakan waktu klimaksnya ialah sewaktu bergelar seorang MAHASISWA di institusi pengajian awam mahupun swasta. Kadang-kadang, pelajar sekolah menengah pun ada.


Kadang2 penulis pelik bila memikirkan Golongan yang lebih bangang dari binatang ini. Apa sebenarnya mereka fikirkan? Melakukan dosa berpakej. Ye lah, mana tidaknya, dosa melakukan persetubuhan tanpa ikatan yang sah sudah mengisi satu tempat kosong, di tambah lagi dengan membunuh bayi yang dilahirkan, terus melengkapkan tempat kosong yang lain. Ini tidak termasuk dengan menipu keluarga, ayah dan mak. Yelah, pasangan mana yang sanggup berkata benar dengan mak ayah untuk keluar bersama "Buayafrend" atau "Gilerfrend" untuk melakukan maksiat kan?

Penulis tidak nafikan, mungkin ada yang insaf dan sedar bila sudah mengandung dek akibat perbuatan haram tu. Tapi, terbantut pulak bila mengenangkan penerimaan keluarga dek kesilapan yang dilakukan. Kerja senang dan mudah, melarikan diri setelah dibuang keluarga, "beranak" ntah di mana-mana. Lepas tu? Buang aje bayi yang malang tu kan? memang kejam..!!.Buktinya, seramai 17303 anak luar nikah di daftar pada tahun 2009 (Klip disini)

Kalau pada zaman jahiliah dahulu, hanya anak perempuan sahaja dibuang dan di tanam hidup-hidup, tetapi pada zaman yang dikatakan moden dan bertamadun ini, tidak kira sama ada bayi perempuan atau lelaki semuanya akan dibuang. Asalkan dapat menutup aib dan malu diri sendiri. Sedangkan binatang yang tidak mempunyai otak dan fikiran pun tahu menjaga dan menyayangi anaknya. Manusia jenis apakah ini ?


Sekiranya bayi-bayi itu boleh bercakap, pasti mereka akan bertanya kepada ibu dan bapa mereka yang zalim, kenapa aku dibuang begini? Apakah kesalahan aku ? Kamu berdua yang melakukan dosa dan maksiat, kenapa aku pula yang di hukum ? Kalau tidak kerana perbuatan kalian berdua, pasti aku tidak wujud di dunia ini. Di manakah tanggungjawab kamu berdua? Ketika melakukan maksiat, bukan main seronok lagi, apabila engkau mengandung dan melahirkan aku, engkau buang aku di merata-rata tempat seperti sampah busuk yang tiada nilainya. Beginilah nasibku seorang bayi luar nikah. BERILAH AKU PELUANG UNTUK HIDUP SEPERTI BAYI-BAYI YANG LAIN.

Penulis yakin dan percaya teman-teman sudah sedia maklum antara faktor peyumbang dan pelengkap kepada Isu Pembunangan Bayi ini . Bermula dengan sikap dan kesedaran pasangan yang cetek agama sehinggalah kepada peranan kerajaan dalam menguatkuasakan akta dan undang2 dalam Negara, hampir 1001 alasan yang biasa kita dengar. Antaranya ialah :- (sekadar ulangan walaupun penulis rasakan teman2 sudah tahu)

1) Tiadanya kesedaran agama di kalangan penzina kerana mereka sudah tidak takut kepada Allah sehingga sanggup melakukan dosa besar iaitu perzinaan. Mereka ini mungkin tidak mempunyai asas agama yang kuat.

2) Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita disebabkan ibu bapa tidak melarang mereka, keluar rumah dan bergaul bebas, kawan-kawan dan masyarakat tidak memberi nasihat dan membiarkan maksiat terus berlaku.

3) Persekitaran yang sudah rosak dengan program-program maksiat/pergaulan bebas seperti konsert, kelab malam, dangdut, disko dan sebagainya. Selain itu gejala berdua-duaan ke sana ke mari sudah menjadi tidak salah di sisi masyarakat dan ibubapa serta undang-undang.

4) Gejala meminum arak dan dadah di kalangan muda-mudi juga sudah menjadi perkara biasa dan bila kepala sudah khayal maka mudah maksiat berlaku.

5) Tiadanya undang-undang yang mampu mencegah perbuatan mungkar yang berlaku sekarang. Undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia yang tidak mampu menggerunkan manusia. Sedangkan Allah sudahpun menurunkan undang-undangNya untuk mencegah perbuatan zina dan maksiat ini. Malangnya kerajaan yang ada sekarang terus berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini.

6) Sistem pendidikan yang ada di negara kita sekarang gagal melahirkan MAHASISWA yang beriman dan berakhlaq kerana apa yang diutamakan ialah pencapaian akademik semata-mata sehingga mengabaikan kesedaran Islam dan kekuatan Iman di kalangan MAHASISWA. Sebab itulah generasi muda hari ini amat rapuh pegangan agamanya sehingga sanggup berzina dan bergaul bebas tanpa rasa berdosa.

7) Program mencegah kemungkaran dibuat sambil lewa sehingga membiarkan tempat-tempat hiburan, rumah pelacuran dan lain-lain dibiarkan beroperasi macam cendawan lepas hujan.

Dan, banyak lagi penulis rasakan faktor penyebabnya. Senarai di atas hanyalah 10% yang paling utama yang penulis rasakan perlu dititikberatkan.



Justeru, sebagai penutup entry kali ini, SATU-SATUNYA langkah yang TERBAIK penulis rasakan untuk menangani Isu Pembuangan Bayi ini ialah kita kembalikan mayarakat kepada AL-QURAN dan SUNNAH RASULULLAH. Kita REALISASIKAN ISLAM itu sebagai CARA HIDUP, bukan Agama semata-mata. Pendengar siaran radio Ikim.FM pernah juga mencatat 100% persetujuan apabila diajukan persoalan tentang bagaimana langkah yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini, tidak lain dan tidak bukan mereka mahukan UNDANG-UNDANG ISLAM di tegakkan di Malaysia kerana itulah sahaja jalan penyelesaian yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana menurut mereka hanya undang-undang Allah sahaja yang ada keberkatan dan pencegahan dari Allah sedangkan undang-undang manusia yang dicipta dari akal mereka sendiri tidak mampu untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah ini.

Ayuh teman2 dan sahabat2 semua, penulis meyeru agar kita sama2 memperhebatkan Gerakan Penyampaian Risalah ISLAM kepada semua. Sedarlah, Masyarakat kita sedang kembali kepada Zaman yang lebih teruk daripada Zaman Jahiliyyah, suatu zaman yang belum pernah ada perangai manusia yang sanggup berperwatakan lebih teruk dari binatang. Tidak salah untuk kita gunakan teknologi yang ada sekarang jikalau ianya membawa ke arah kebaikan. Kepada yang mempunyai Blog atau Facebook, penulis menyeru agar terbitkan seberapa banyak artikel2 peringatan tentang ISLAM. Tidak menjadi kesalahan untuk anda menjadikan blog anda sebagai luahan hati ataupon diari hidup, namun fikirkanlah, disana ada lagi keperluan yang patut di utamakan iaitu MENYAMPAIKAN RISALAH ISLAM PADA SEMUA...wasslam..

"BANGKIT MUJAHID, GEMPUR!!GEMPUR!!GEMPUR!!"

8 comments:

Anonymous said...

trima kasih krana trus memberi input pda sume...terutma golongan yg cetek agamanye sprti sya...

bkannye mudah nk menolak pujukan rayu maksiat/syaitan andainya diri ini terlalu nipis imannye...

tpi kadangkala, secebis iman yg mnkin ada pda dri ini jga yg mnyelamatkan diri ini dri trus membuat dosa besar...mgkin ALLAH tggalkan agar trus beringat...syukur dari lansung tiada..

andainye diri dpat menolak ajakan syaitan itu...itu adalah keputusan pling baik yg prnah dilakukan...byk maksiat..tpi yg sya tegaskan di sini..adalah ZINA...

sya rase menolak seorg lelaki yg mengajak ZINA adalah kputusan plg baik n berharga sya bole buat utk dri sya yg wlupn slama ini telah jauh hanyut dgn dosa..

para gadis perlu ingat bhawa...kerana terlalu syg la perlulenye menolak kerana takut hbgn terlarang itu...bkn menerima sbb syg..
syg hnya kerana nafsu tdak membwa kemana...

terpanggil utk menulis...kerana rase bersyukur dgn mmbca artikel saudara..mgkn diri ini msih dbri pluang utk bertaubat...ALHAMDULILLAH...

tpi msih adakah lelaki baik & ikhlas di luar sana yg snggup menerima diri ini?

saif al nidham said...

Salam kpd Anonymous d atas...
1st, nak ucap mekaceh sebab sudi lawat blog Saif Al Nidham yang x seberape ini.Doakan penulis agar terus istiqomah dalam Arena Blogger ini untuk memberi peringatan khasnya untuk diri penulis sendiri dan seterusnya pada masyarakat...

Allahua'lam..Pertama, suke untuk penulis khabarkan penulis bukanlah orang yang selayaknya bersuara untuk menjawab persoalan saudari, ttp insyaAllah, sekadar melontarkan pandangan untuk di bawa berfikir bersama, penulis ushakan yang terbaik..

Pandangan penulis,pertamanya saudari harus BERSYUKUR kerana Allah masih lagi menghadirkan persaaan BERSALAH dan INSAF dalam diri saudari..Ini menandakan HATI saudari tidak mati dan masih lagi dalam peliharaan ALLAH SWT. Kebanyakan masyarakat sekarang HATInya sudah mati sehingga tiada langsung malah apa yang menyedihkan penulis ialah merasa bangga dengan maksiat yang dilakukan..BerSYUKURLAH anda..

Seterusnya, Memang benar kita tidak boleh lari dari melakukan kesalahan dan dosa. Namun dengan iman yang kuat dan dekatnya diri kita kepada MAHA PENCIPTA, membuatkan kita sering beringat sebelum melakukan sesuatu. Oleh itu gunakanlah akal yang merupakan kurniaan yang amat besar dari Allah sebagai wasilah untuk kita berfikir yang mana baik dan buruk. seterusnya, gunakan IMAN untuk membezakan ianya halal ataupun haram, pahala ataupun dosa..

kadang2, pada suatu saat dan ketika bilamana IMAN kita menurun, kita tidak dapat mengelakkn diri dari melakukan kesalahan, namun ingatlah satu firman Allah dalam surah Al-taubat,ayat 118,

"Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”

Yang terakhirnya, menjawab persoalan terakhir yang dilontarkan " msih adakah lelaki baik & ikhlas di luar sana yg snggup menerima diri ini? ", suka untuk penulis mengajak saudari untuk berfikir dari sudut yang lain. Satu pegangan yang penulis cuba usahakan dalam diri penulis sekarang ini ialah sebelum kita MENCARI seorang manusia, alangkah moleknya kita MENCARI ALLAH dahulu. Dalam erti kate yang lain, serahkan diri kita kepada Allah sepenuhnya dalam mencari CINTA dan kasih sayangNya, dan insyaAllah, penulis yakin akan hadir MANUSIA yang akan mengetuk pintu hati saudari dan seterusnya menerima saudari sepertimana CINTAnya pada Allah.

Seperti yang telah di janjikan oleh ALlah, JODOH pertemuan itu telah ditetapkkan, tetapi tidak bermakna kita tidak berusaha untuk mencari yang terbaik. Seperti yang sering kali diungkapkan oleh Ustaz Hasrizal, MENJADI lah dahulu yang TERBAIK sebelum MENCARI @ MENGHARAPKAN yang terbaik..

sebagai penutup, kepada penulis khasnya dan saudari, teruskan memperbaiki diri kita kearah yang lebih baik kerana Dunia hari ini sangat mencabar persekitarannya. Beruntanglah saudari kerana masih lagi berada dalam Golongan yang dipelihara oleh Allah dari segi akhlak dan pergaulan...Sama2 lah kita berdoa agar diberi kekuatan untuk ISTIQOMah dengan perubahan dalam diri kita..wassalam...

p/s : Mohon maaf andai tidak menjawab persoalan dan situsai saudari...

Hamba ALlah~Ana said...

BismiLlahi Rabbul Ghafuur...
Assalamua'laikum saudariku 'Anonymous' FiLlah...

Merenung sejenak Sabda Nabi S.a.w; ALlah berfirman di dalam 1 hadith QUdsi:'AKU bersama sangkaan hambaKu . AKU berbuat menurut sangkaan hambaKU kepadaKu'

Saudariku FiLlah...ingat firman ALlah di dalam surah al-baqarah ayat 286 yg mafhumnya;'Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupan(kemampuan)nya...'

Saudariku FiLlah...
Urusan qada' & qadar itu rahsia ALlah...tetapi selaku hamba ALlah yg fitrahnya ALlah ciptakan dengan anugerah AKAL & NAFSU...awal penciptaan kite semua di taklifkan sebagai Khalifah di muka bumi...paling2 asas...kite adalah pemimpin ats diri sendri..
jadik segala perbuatan yg telah kita lakukan samada baik atu di sebaliknya, ALlah akn takdirkan sesuai dgn ape yg telah kita tadbir kecuali soal takdir yg telah ade ketetapanNya dcc ALlah spt Mati...

SIlam yg telah saudari lalui, u r not the only one who have been choosen to face it...ramai lagi di luar sane..malah ade yg lebih krg bernasib baik berbanding saudari... bersyukur ats rahmat ALlah semata2...DIA yg mememlihara insan2 yg DIA nak...mudah2an kite termasuk golongan yg di pelihara ALlah, ameen...

'Dan jiwa serta penyempurnaannya. maka DIA(ALLAH) mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan & ketawqwaan.Sesungguhnya amat beruntunglah bagi mereka yg menyucikan jiwa itu.dan amat rugilah bagi jiwa yang mengotorinya' As-syams ayat 7-10

Pilihan utk mengemudi akal & nafsu telah pun ALlah beri sama rata kepada setiap antara kite..malah bagi jiwa yg telah di beri kurniaan yg tiada taranya iaitu ISLAM & IMAN..jauh lebih beruntung lagi...
Oleh sbb itu ALlah takdirkan NABI s.a.w sbg Khatimul ANbiya'...nabi penutup segala nabi...sbg pemberi peringatan kpd semua hamba DIA bahwa DIA akn 'ambil' kembali hak milik DIA iaitu diri kite n dunia ini...
jadi berwaspadalah setiap jiwa dlm mengemudi diri sndri...'beruntung bagi mereka yg menyucikannya'..jalan menuju ALlah memang bukan mudah..tp sedari kecil kan kite telah dididik ibu bapa kite utk beriman kepda 6 perkaran tu? di usia yg matang inilah..medan ALlah menguji ats kefahaman yg kte pernah dpt mase kat skolah dlu...
Jangan memberi alasan ilmu kita x setinggi mane dlm agama~ ALLah murka dengan hamba DIA yg cepat putus asa...selagi ruang utk jiwa bernafas di bumi ini, ayuh kita berhijrah ke arah syaksiah muslim yg lebih baik...ALlah amat2 mengalukan langkah hamba yg ingin kembali kepadaNya...

PEringatan ini ke atsku, dirimu jua diri yg membacanya...ingat kembali..saban 5 waktu kita ikrarkan kepada ALlah..'sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku & matiku hanyalah kerana ALlah...' betul x? same2 kite buktikan ikrar itu~ moga bermakna ibadah sbg a'mal soleh dcc Allah ameen~

AKhirul kalam...saudariku fiLlah..
selangkah hamba kepadaNya...seribu langkah DIA kepada kite..jangan putus asa dgn rahmat DIA...soal jodoh yg baik??? It starts frum u my dearie....ALlah da janji utk beri insan soleh kpd insan solehah kan...itu janji DIA...oleh itu...same2 kita berusaha mendidik diri menjadi INSAN SOLEHAH sblm meminta insan SOLEH sbg pemimpin agama & jiwa kita...

ALlahua'lam..ana pun hanya musafir kerdil lagi hina mcm antuma jgk...
mhn maaf ats kata2 yg menguris hati..ALlahu Ghaayaatuna! ALlah matlamat kami~

Ana doakan ALlah pelihara saudari didalam agama ini sentiasa...

Salam sayang kerana ALlah~

Anonymous said...

alhamdulillah...terima kasih byk2 kpada saudara pnulis & jga hamba allah krana sudi memberi pndangan msg2 dlam mnjwb persoalan saya...

sya mmg perlukan pndagn n kata2 semngat dri sume bg memastikan diri ini terus kuat untuk berhjrah dri perkara yg buruk kpda yg baik... & jga istiqamah dlm perjalanan sya menuju ke arah kebaikan...

trima ksih skali lgi ats pndgn di ats...insyallah dgn pndgn2 itu akn membuat sya sdar & sntiasa beringat...strusnye akan mnjdikan sya lebih kuat...

sya jga berhrap agar sntisa trus dberi peringatan agar tdak lalai n lupa...

buat saudara penulis, truskan berkarya selagi diberi kesempatan...
insyaallah...sya akan menjdi pengikut saudara yg setia slagi mane ilmu yg dbri bermanfaat buat diri ini & sume...

alhamdulillah..kerana adanye blog, blog jga boleh mnjdi 1 medan untuk kesedaran & pendidikan selagi mane cara yg btul n bermanfaat dgunakan... kerana bkannye mudah untuk berdepan dgn org n meluahkan segalanye...

saif al nidham said...

Salam kembali...

Alhamdulillah, Moga kite terus di beri kekuatan mendepani arus jahiliyyah moden ini..

Terima kasih atas doa saudari, Moga Allah juga beri kekuatan pada penulis untuk terus BERKHIDMAT pada ISLAM melalui arena bloggers ini....

" DiPimpin untuk Memimpin..KE arah Mukmim Professional "

Hamba ALlah~Ana said...

Jom kite same2 hayati lirik lagu HIjjaz ni...mesti saudari pernah dengar kan? Cube dengar dengan jiwa yang menghayati...semoga da'wah yg cube di sampaikan bisa membuka lebih banyak pintu Hidayah ALlah buat kite semua...

Berkorban demi cinta
-Hijjaz

Allah3x...denganMU segala...

bermula gemilang cahaya
petunjuk pimpinan yg ESA
penentu jalan hidup di dunia
cabaran yg silih berganti
dugaan mematangkn diri
mengajar erti hidup ini...

berjuang berkorban demi cinta
suka & duka suratanNya
mengenal jalan bahagia...
masa yang silih berlalu
semakin hampir saat itu...
Ya tuhan tunjukkan moga selamat bersamaMu..

biarpun bersama kekurangn
namun bersyukur kurniaan TUhan...
mujur di hati sabar menjadi pemujuk diri...
dengan-Mu ku punyai segala...
takkan beruntung seisi dunia
Tuhan kurniakan petunjuk bantuan
tempuh hari yg mendatang...
semoga...
sesah hidup ini
takkan terbuang lagi...
stp detik masa dlm amalan jua..
jgn di pisahkan dgn-Mu kebahagiaan
semoga dgn ini jmbtn menemui cinta yg sejati
itu yg abadi...

berjuang mencari Iman Taqwa
perisai menempuh pancaroba
penentu tempat rahmat bahagia
Seisi teman & saudara pimpinan tauladan Baginda
Ya Tuhan bantulah moga selamat selamanya...

Ana teringat detik waktu ketika Bilal bin Rabah di seksa oleh pemiliknya dengan seksaan batu besar di hempap ats dadanya di tengah2 terik padang pasir...yasser & keluarganya turut sama di seksa sehingga syahid semata mempertahankan ISLAM & IMAN dlm jiwa...lemahnya kita umat akhir zaman ni kan...? kite da sedia ISLAM bila di lahirkan...x perlu susah2 pertahankan sehingga ke hjg nyawa mcm saudara2 terdahulu yg susah payah mengenal ISLAM..spttnya..siapa yg perlu lebih bersyukur? AstaghfiruLlah...

Salam Muhasabah Iman & a'mal buat saudariku 'Anonymous' Fillah, diriku jua diri mereka yg membacanya...mhn maaf ats salah tutur bicara...

ALlahu'alam...Salam Ukhuwwah kerana ALlah~ = )

saif al nidham said...

Salam...

Syukron pada Hamba Allah~Ana yang sudi bagi pandangan dan lontaran idea :):)...

smoger perkongsian Ilmiah seumpama ini terus di kekalkan demi kebaikan bersama....

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH...

trima kasih pada hamba allah-ana yg skali lagi trus mmberi input buat dri ini..jga pada saudara pnulis blog..