ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: INSTITUT NEGARAWAN TARBIYYAH ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...




Melihat kepada cabaran baru masa kini, setiap organisasi pasti ingin melahirkan generasi baru yang memenuhi kehendak semasa. Dunia Islam pada masa kini juga sedang melalu fasa yang sangat genting. Kita memerlukan pendakwah yang terkemuka. Agamawan pada hari ini bukan sahaja perlu mengeluarkan pendapatnya dalam isu agama, bahkan isu-isu global semasa juga memerlukan penjernihan daripada pendapat agamawan. Generasi pendakwah sedang menunggu kelahiran Ahmad Deedat yang baru.

GAMIS sebagai sebuah organisasi Islam telah terpanggil untuk membentuk dan melahirkan generasi pemimpin yang benar-benar terpimpin. Sehubungan dengan itu, GAMIS telah melancarkan Institut Negarawan Tarbiyah bagi melahirkan generasi pemimpin ini demi memenuhi kehendak Negara dan organisasi islam. GAMIS dengan penuh sedar meyakini bahawa mahasiswa pada masa kini adalah produk yang perlu diacukan dengan sebaik mungkin.


Bertemakan slogan “Unggul Memimpin Gerakan”, institut yang digerakkan oleh Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional (MTKN) bersama dengan 2 Majlis utama yang lain iaitu Majlis Politik Nasional (MPN) dan Majlis Dakwah dan Kebajikan (MDK) telahpun bersama-sama menyiapkan modul-modul kepimpinan dan juga modul dakwah dan siyasah demi memenuhi kehendak pemimpin yang berkualiti.
Institut ini akan dianggotai oleh mahasiswa-mahasiswi terpilih dari kebanyakan universiti didalam Negara.

Institut ini akan di dahulukan dengan modul kepimpinan bagi fasa pertama, sebelum peserta dalam institut ini diasingkan mengikut 2 lagi Institut kecil dibawahnya iaitu Institut Mus’ab Bin Umair (dakwah) dan Institut Umar al-Khattab (siyasah)


Modul-modul menarik seperti musafir kepimpinan, projek runaway bedah buku dan brainstorming adalah merupakan antara metod yang digunakan bagi memenuhi kehendak Visi Negarawan Tarbiyah.
Institut ini diharapkan dapat membantu kampus-kampus di universiti seterusnya menyediakan produk anak muda dalam kalangan mahasiswa yang berkualiti untuk Negara pada masa akan datang.

Pada masa sekarang pergerakan institut ini sedang berjalan melalui proses pemilihan peserta institut dan pelancaran institut ini akan diadakan dalam masa terdekat.


Sumber : http://mygamis.blogspot.com/


0 comments: