ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: MENEROBOSI SEMPADAN USRAH ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

" Indahnya pautan ukhwah ini, tautan iman dan ikatan hati ini .. bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah "

Alhamdulillah, tepat jam 8.55 pagi tadi, penulis berjaya menamatkan 'Exam Short Case Peads'. Kini hanya DOA sahaja yang mampu penulis mohon pada Allah agar penulis LULUS dengan cemerlang dah seterusnya diberi kekuatan untuk terus bersemangat menanti Kertas Teori dan Osce pada 31 mac 2010. Di harap teman-teman dapat doakan kejayaan penulis untuk same2 naik ke Final Year :) InsyaAllah...

Sekadar untuk mengisi masa terluang yang penulis ada, suka untuk penulis berkongsi dengan teman2 semua sedikit aktiviti yang penulis lakukan pada hari ini. Sudah menjadi kebiasaan pada Mahasiswa Perubatan bila mana tamatnya sesuatu exam, mula la plan untuk keluar melarikan diri dari HUKM ini, kononnya nak rileks kan badan dan minda setelah bertukus lumus sebelum exam. Bagi penulis, tidak menjadi satu kesalahan selagi mana aktiviti itu tidak melampui batas dan tidak terlalu seronok hingga melanggar batas2 syariat yang di tetapkan. Kita adalah manusia, bukan robot yang mampu untuk berkerja 24 jam seharian. Kadang2 perlu juga kita meraikan kemahuan diri sekadar hiburan hati sebelum meneruskan agenda seterusnya :)



Seperti kebiasaan, Bowling sudah semestinya menduduki ranking pertama dalam senarai aktiviti penulis sesudah exam :) hehe.. Alhamdulillah, setelah hampir setahun berusaha, pada game kali ini, penulis telah menemui sentuhan balingan 'strike' penulis..hehe..kalu x caye, tgk la score kat atas tu.. 138 jatuhan pin, satu jumlah yang agak bagus bg penulis (maklumlah, xde la terrer sangat kan) . so, plan selepas ini, penulis nak bawa adik2 usrah penulis pula main bersama penulis. Nanti xde la malu sangat sebab dah terrer..hehe :)



Seterusnya, inilah aktiviti utama penulis hari ini, iaitu DINNER BERSAMA QURANIC TEAM's PENULIS :) Memang sudah dirancang awal2 lagi bersama adik2 usrah penulis ini. Menyahut cabaran sahabat2 penulis bahawa perlunya ada variasi dalam berusrah, tidak hanye tertumpu pada pengajian silibus di dalam surau sahaja, Alhamdulillah usrah penulis pada kali ini berjaya diadakan di Shazana Pau shop and Cafe, kmpg Baru.

Makan malam bersama dan berkongsi masalah2 pembelajaran inilah menjadi tajuk utama perkongsian kami pada malam td. Perasaan rindu penulis pada adik2 usrah penulis akhirnya terbalas setelah melihat gelak ketawa dan senyuman manis mereka. Terima kasih ya Allah kerana memelihara ukhwah kami walaupon penulis akui hampir satu bulan penulis tidak menjenguk mereka. Namun, itulah ukhwah.. Seperti yang biasa kita dengar, ukhwah itu bukan bergantung kepada sebanyak mana pertemuan yang di aturkan, tetapi sejauh mana ingtan dan kasih sayang kita pada mereka. Ya Allah, aku meyanyangi adik2 ku ini sepunuh hatiku...



Suka untuk penulis berkongsi dengan sahabat2 berkenaan dengan USRAH. Ya, penulis yakin dan percaya kebanyakan daripada sahabat2 penulis sudah menjadi naqib kan? Berkisar kepada kisah penulis di atas, penulis cuba mengajak sahabat2 kembali kepada konteks sebenar usrah dari sudut praktikalnya. Usrah bukan semata-mata berjumpa sekali seminggu di surau, kemudian berbincang tentang silibus usrah semata-mata.


Usrah bukan sekadar mengambil tahu sedikit sahaja masalah adik2 atau ahli2 usrah tanpa menziarahi dan bertanya khabar kepada mereka. Dan usrah bukan juga medan untuk membezakan antara naqib dan adik2 dengan meletakkan harapan supaya adik2 dapat hormat kepada ketua mereka.


Maafkan penulis kerana penulis akui penulis bukanlah yang terbaik untuk membincangkan soal usrah. Namun penulis cuba berkongsi dengan sahabat2 agar dapat merenung dan menghayati.



Menurut pendapat seorang ustaz yang faqih dalam bidang ini, terdapat 4 elemen yang perlu diambil perhatian oleh naqib terhadap adik2 usrah, iaitu ROH, AKAL, HATI dan NAFSU. Sekiranya salah satu elemen ini dipandang remeh oleh naqib, adik2 usrah yang dihasilkan menjadi tidak sempurna dari segi tarbiyyahnya.


Ahli usrah mereka perlu diberi pengisian ilmiyyah, kefahaman tentang agama. Mereka juga perlu diberi pengisian terhadap jasadiyyah, keperluan mereka dalam bersukan, berkelah dan sebagainya.


Hati mereka perlu sentiasa disuburkan dengan sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka, samada masalah peribadi, akademik dan sebagainya. Dan nafsu juga seperti makan perlu disediakan sebagai contoh selepas mengadakan usrah. Barulah individu tersebut dapat menjadi individu yang berna-benar berkualiti.


Penulis cuba untuk mendidik adik2 usrah penulis berdasarkan kriteria 4 itu. InsyaAllah, berkat diasuh, disayangi dan dididik dengan baja ukhwah islamiyyah, Kemudian disemai dengan harapan mereka tumbuh dan lahir menjadi seorang da’e yang lebih hebat daripada penulis, InsyaAllah...


Tepat jam 9.30 malam, berakhirlah perkongsian Usrah kami pada malam td. Selepas itu, kami terus menuju ke Masjid Kampung baru untuk solat isyak berjemaah. Berbumbungkan langit ciptaan Allah, kami dengan redha dan rase rendah diri sujud meyembah bumi sebagai tanda syukur atas nikmat ukhwah yang diberikan. Semoga kita bertemu lagi adik2 ku sayang :) wassalam...

P/S : Besok bermulalah secara rasmi kelas Memandu penulis :) Maklumla baru nak ambik lesen kereta..hehe..Nanti boley la bawak adik2 usrah pi jalan2, insyaAllah :)

0 comments: