ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: OPS SIKAP MASYARAKAT-1H1N ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." Al-A'raf:179



Astarghfirullah...inilah lafaz yang terkeluar dari bibir penulis sebaik sahaja melihat muka depan Akhbar Sinar Harian pada hari ini setelah melihat gambar seorang lagi bayi yang tidak berkesempatan untuk melihat dan menghayati Kebesaran Allah di dunia ini.
(Klip Disini). Sekali lagi Dunia di kejutkan dengan Kes Pembuangan dah Pembunuhan Bayi.


Pada entry kali ini penulis tidak berhajat untuk mengupas dengan lebih panjang isu ini kerana jikalau teman2 perasan, salah satu entry bulan lepas, penulis telah mengupas tentang isu Pembuangan Bayi ini dalam tajuk "
BERILAH AKU PELUANG UNTUK HIDUP (KLIP DISINI) ". Secara ringkas, berani penulis nyatakan bahawa jikalau isu ini hanya dipandang sebelah mata sahaja, tidak mustahil, bulan hadapan akan ada lagi kes yang sama.

Dalam proses kita untuk menunding jari siapakah yang bersalah dalam hal ini, penulis yakin sudah semestinya golongan Wanita yang sering kali mendapat ranking pertama. Penulis tidak nafikan, tetapi perlu diingat bahawa disana ada lagi faktor lain yang secara tidak langsung menyumbang kepada Gejala tidak bermoral ini. Kebinatangn nafsu Lelaki, Kepincangan Institusi Kekeluargaan dan tidak ketinggalan kepada Liberism Sistem Pendidikan dalam Negara juga peyumbang kepada masalah ini. Penulis tidak berhajat untuk mengulas faktor-faktor di atas kerana penulis merasakan ada lagi satu faktor yang perlu kita fokuskan, yang seringkali di "POLITIK" kan iaitu Pihak Kerajaan ataupun pihak-pihak berwajib.


Satu konklusi mudah dapat penulis simpulkan ialah selagi mana Sistem ataupun Undang-undang ISLAM tidak dilaksanakan secara sepenuhnya dalam Negara ini, tidak hanya mengambil sesebahagian sahaja yang releven berdasarkan keadaan semasa, tidak mungkin Gejala Pembuangan Anak ini dapat diselesaikan. Mengapa penulis berkata begitu? Alasanya ialah, hanyalah Undang-undang ISLAM yang berpandukan kepada AL-Quran dan As-sunnah, yang direncanakan oleh Sang Pencipta Agung adalah tempat penyelesaian kepada semua. Sebab itulah, jikalau kita tengok mengapa Gerakan ISLAM begitu inginkan kekuasaan, kerana dengan kekuasaan yang ada, InsyaAllah Undang-undang Islam dapat dilaksanakan.


Tetapi, tidak ramai yang PERCAYA bahawa Undang-undang ISLAM adalah tempat penyelesain kepada semua. Apatah lagi bilangan yang YAKIN dengan undang-undang ISLAM. Sebab itulah tidak mustahil, sesetengah golongan masyarakat menentang, malah apa yang menyedihkan penulis ada juga sesetengah NGO-NGO ISLAM yang bersetuju dengan Undang-undang Ciptaan Manusia dengan berpendapat bahawa Undang-undang Islam adalah ketinggalan Zaman, tidak Up To Date, dan menindas Agama lain. Na'uzubillah....


Justeru, satu cadangan yang penulis terlintas, jikalau pada Musim Perayaan, Kerajaan dan Pihak-pihak berwajib mampu untuk laksanakan Ops Sikap Jalan Raya bagi mencegah kemalangan, Mengapa tidak, untuk Mencegah Isu Pembuangan Bayi ini, Kerajaan, pihak-pihak berwajib, para NGO ISLAM, dan tidak ketinggalan pada Pengerak ISLAM Nasional mahupun Kampus untuk sama-sama kita laksanakan Kempen " OPS SIKAP MASYARAKAT -1H1N (1 Hari, 1Nasihat) agar Misi dan Visi Dakwah dapat dilaksanakan untuk menyebarkan ISLAM secara keseluruhannya dalam Masyarakt. Penulis tidak sanggup lagi menahan Air Mata dari terus membasahi pipi melihat pada Bayi-bayi yang tidak berdosa ini dibuang dan dibunuh.


Agenda Pembangunan Ummah perlu diperkasakan oleh semua. Jangalah kita bergaduh ataupun bermadah dalam soal Gerakan kerana disana Masyarakt semakin jauh dari agama. Sekali lagi dalam entry ini penulis menyeru kepada teman-teman agar sama-samalah kita beringat bahawa Masyarakat pada Abad sekarang ini sedang mengalami masalah Gejala Sosial yang sangat Dasyat. Oleh itu, Ayuh sama-sama kita hidupkan Kempen " OPS SIKAP MASYARAKAT - 1H1N " . Gunakanlah medium yang ada seperti Blog, Facebook, Twitter mahupun tulisan-tulisan pada sebarang artikel sebagai tempat kita Memberitahu kepada semua bahawa ISLAM ADALAH CARA HIDUP YANG TERBAIK. Beramallah dengan ajaran ISLAM dengan sebetulnya, dengan tidak mencapur-adukkan anasir-anasir barat.


Imam Al-Ghazali berkata:


"Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa."

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

P/S : Cukuplah bertengkar dalam masalah-masalah Gerakan. Kita tidak mengetahui Percaturan yang telah diputuskan adalah selari dengan Percaturan yang Allah mahukan ataupun sebaliknya, tetapi yakin dan berlapang dadalah, fikirlah dengan ketinggian ILMU yang ada, insyaAllah, kita sentiasa BERDOA agar ia selari dengan Perancangan Allah. Masyarakat di luar sana semakin hari semakin jauh dari agama, tatapi kita masih lagi sibuk dengan masalah yang tidak sepatutnya. Raikanlah Perbezaan dalam Mencari Persamaan...

1 comments:

Anonymous said...

like the p/s...