ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: SUJUD SYUKURKU PADAMU ::


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

Inilah kalimah yang selayaknya penulis lafazkan ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kejayaan kepada penulis dalam Peperiksaan Ulangan Peadiatric baru-baru ini.
Pada sebelah petang tadi, akhirnya waktu dan saat yang ditunggu-tunggu telah tiba dimana Keputusan Peperiksaan Ulangan bakal di umumkan dan di tampal di Pejabat Akademik. " Mohd shaiful Nizam bin Mamat Nasir, anda lulus dan berjaya meneruskan Pengajian ke Tahun 5 " . Hampir penulis mengalirkan air mata kegembiraan dan syukur setelah mendengar dan melihat sendiri nama penulis berada dalam kalangan mereka yang berjaya meneruskan pengajian ke Tahun 5. Aku sayang kamu ya Allah....


Sekadar peringatan, khususnya kepada diri penulis sendiri atas kurniaan Kejayaan ini. Moga-moga kejayaan yang dikecapi dapat mendekatkan diri dan ketaqwaan penulis kepada Yang Maha Esa...

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
I
ngat Allah SWT bersyukurlah padaNya

Ucapkanlah Alhamdulillah

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Penulis tertarik dengan kata-kata salah sebuah blog yang penulis pernah lawati yang berbunyi.....

" Seandainya kegagalan memihak kepadamu janganlah mudah putus asa,mungkin ALLAH ingin menguji setakat mana ketabahan hatimu.Jikalau kejayaan memihak kepadamu janganlah mudah lupa diri mungkin ALLAH ingin menguji setakat mana keegoan dihati kita "

Kadang-kadang penulis agak risau bila diuji dengan segala bentuk kejayaan kerana takut akan membuatkan diri penulis lupa diri dan terus menjauhkan diri pada Allah. Sebab itulah, entry penulis ini khas penulis tujukan pada diri penulis agar tidak leka dengan Kejayaan ini...

Aku selalu bersama hamba-Ku selama ia mengingat-Ku dan kedua bibirnya bergerak menyebut-Ku.” (Riwayat Ibnu Majah).


Ha, kat bawah nie, penulis upload beberapa gambar penulis bersama sahabat-sahabat penulis sewaktu mandi di Taman Rekreasi Sungai Tekala petang tadi. Sebenarnya, penulis tidak la plan sangat untuk pergi, tp bagi meraikan Kegembiraan setelah dapat tahu penulis lulus, dengan penuh bersemangat penulis ajakla beberapa orang sahabat penulis iaitu wan, hadi dan syed ( nie tertangkap waktu solat zohor kat surau..hehe). ape lagi, jom layann.......

Ha, nie waktu baru sampai...memang cantek dan beso tempat nie....

perut dudah berbunyi, apa lagi, masak la.... :) zaman moden, pakai dapur dah....haha

Sedapnyerrrr..........

Ha, batu yang penulis sedang berdiri tu telah melakarkan satu sejarah dalam hidup penulis kerana untuk pengetahuan teman2 semua, di atas batu inilah, berbumbungkan langit, berlantaikan batu besar itu kami MENUNAIKAN SOLAT ASAR secara berjemaah. Inilah kali pertama penulis bersolat tanpa sebarang alas pon, cukup terase hinanya diri ini tatkala muka cium menyembah bumi Allah. Satu pengalaman dan kenangan yang akan penulis abadikan dalam hidup penulis setelah 23 tahun bergelar Manusia...




ha, nie dah masa kami semua bertolak pulang...Nampak tak pemandangan yang cantik di belakang kami? Subhanallah, memang cantek giler...kalau teman2 nak tahu, kat belakang kami ini adalah Empangan Air..tp x tau la ape name empangan nie...

Inilah kami.....Sayang korang semua....Muaaahhhhhhhh..!!!!!!!!!

Akhir kalam, sebelum penulis menamatkan perkongsian kali ini, ingin penulis katakan bahawa Allah SWT itu tak pernah melupakan hamba-hambaNya yang mengingati Dia.

Ya!

Allah SWT itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT.

Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah SWT itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya.

Dan yang paling penting, kejayaan kita itu hakikatnya biarlah menyumbang kepada Islam itu sendiri. Jadikanlah diri kita sebagai hamba-hamba yang bersyukur. Wasslam....

3 comments:

redsugarpaper said...

kain pelikat wan merosakkan pemandangan

saif al nidham said...

Bukan setakat kain pelikat, orangnye pon merosakkan pemandangan...haha...

wan..ok ker?? :)

Anonymous said...

alhamdulillah..teruskan perjuangan shbt :)