ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: TERUSKAN BERLARI ::

سم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....

“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Selamat kembali buat teman2 setelah seronok bercuti bersama keluarga yang tercinta. Ayuh teman2 kita teruskan perjuangan untuk Posting baru esok, yang mana penulis akan memasuki posting Surgery. Yang telah berlalu pasti takkan dapat diubah-ubah. Pandang ke hadapan, perbaiki kesilapan, perkemaskan persiapan diri dan senyum-senyum selalu seperti seekor ikan yang cute ini.

Walaupun kelihatan agak hodoh si paus ini (Foto di bawah), tapi mampu tersenyum kerana dia adalah pemangsa yang cukup hebat di dasar laut. Pengajarannya ialah, orang lain mungkin tidak memandang endah terhadap kita kerana mungkin ada kekurangan pada diri sendiri.... Biarkan.... Yang penting, kita sendiri mampu mencapai kejayaan yang memuaskan diri sendiri walaupun tidak diendahkan oleh orang lain.

Tetapi berhati-hati dengan senyuman mereka-mereka yang mahu menghancurkan masa depan kita laksana jerung yang ganas seperti foto di bawah ini. Mereka akan menjerat dengan senyuman yang menawan tetapi sekiranya kita TERSILAP langkah, maka kita akan hancur menjadi makanan si jerung ini.


Fahamilah maksud kata-kata penulis ini. Si jerung ini boleh diumpamakan seperti sikap sambil lewa, maksiat-maksiat yang selalu dilakukan, lalai, bersikap over confident dan 'bodoh sombong'.Justeru teman2 semua, sebagai seorang MUSLIM, sentiasalah meletakkan Allah di dalam apa jua perkara yang kita lakukan kerana hanya Allah sahajalah yang mampu memberi kefahaman dan kejayaan kepada kita..

Ayuh sama2 kita berdoa agar Allah tetapkan IMAN dan ISLAM kita agar teguh dalam mengharungi JIHAD menuju DR MUKMIN PROFESSIONAL...InsyaAllah.....

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

4 comments:

Mizz NaRu said...

InsyaAllah, Allah sentiasa bersama org2 yg mengingatinya akhi.. jom jd muslim wa muslimat professional dunia akhirat... (^__^)

sasf said...

The power of intentions is stronger than you can ever imagine!
Insya Allah pasti diizin Tuhan jika selari dengan kehendakNya.
Apa yg penting…kerjasama..:-) niat yg betul dan ikhlas. Selagi ada sahabat2 yg sentiasa memberi peringatan, dan semangat, insyaAllah, ‘larian’ ini akan smpai ke garisan penamat yg sentiasa dlm jagaan dan redhaNya..:-)

saif al nidham said...
This comment has been removed by a blog administrator.
saif al nidham said...

Noormiey : InsyaAllah...Jom2..!!
sasf : i got u..hee...InsyaAlah, terima kasih sahabt..Ayuh,kita habiskan larian ini bersama2..like dis ayat "The power of intentions is stronger than you can ever imagine!".. .