ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Ada apa dengan AidilAdha : Part 1 ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua..

Sempena dengan kehadiran Bulan Zulhijjah ataupon lebih familiar dalam kalangan masyarakat kita "Bulan Haji", penulis ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan teman2 dan sidang pelawat blogger semua beberapa perkara yang sepatutnya di titik beratkan oleh kita untuk di jadikan persediaan awal dalam menyambut hari yang penuh kemuliaan iaitu Hari Raya AildilAdha. Seperti yang kita sedia maklum, bila mana tibanya Hari Raya Aidladha ini, sudah menjadi kebiasaan dan kemestian di surau2 dan masjid2 untuk menceritakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, nabi Ismail as. Masakan tidak, di sinilah terlakarnya suatu sejarah Umat Islam dalam mengenal erti sebuah PENGORBANAN.

Tetapi penulis tidak berhajat untuk mengupas Kisah ini dengan lebih panjang kerana penulis yakin dan percaya teman2 semua banyak kali di dedahkan cerita tersebut, bermula dari kecil lagi sehinggalah sekarang. Cumenya, satu kesimpulan lain yang penulis ingin bawakan ialah di sebalik Pengorbanan yang di tunjukkan oleh kedue2 nabi Allah itu, di sana ada lagi satu perkara yang lebih tinggi di tunjukkan oleh mereka iaitu KEIMANAN yang tinggi pada Allah SWT. Buktinya, bila mana turunnya arahan Allah kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya, tanpa ade sedikit keraguan pon malah disokong lagi oleh anaknya, nabi Ismail untuk patuh dan tunduk dengan arahan yang di terima, mereka akur. Nah, lihatlah teman2 dan sahabat2 semua, cube kita bandingkan tahap KEIMANAN yang ade pada kita hari ini. Kita PERCAYA bahawa kita beriman kepada Allah, tetapi bagaimana pula soal KEYAKINAN kita terhadap keimanan kita kepada Allah?? Memang mudah untuk PERCAYA, tetapi adakah kita YAKIN? satu persoalan untuk kita fikir bersama...


Kembali melihat realiti yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini, sebilangan besar langsung tidak mengambil berat malahan ade yang langsung tidak perasan Ketibaan Hari Raya Aidiladha ini.Mengapa perkara ini boleh berlaku? Kenapa ia tidak sama meriahnya dengan sambutan AidilFitri walhal Aidiladha juga merupakan hari Kebesaran Umat Islam? Ringkas jwpan dari penulis ialah, seperti di awal entry penulis telah sebutkan bahawa kita lebih mengenali "Hari Raya Haji" berbanding "Hari Raya Aidiladha" walaupon pada hakikatnya ia adalah sama. Jadi mungkin di sebabkan inilah kta merasakan bahawa sambutan ini hanya untuk orang2 yang pergi menunaikan Haji sahaja. Sebenarnya ini satu kefahaman yang melencong dari kefahaman sebenar dalam ISLAM.Jadi marilah kita sama hayati apa yang sebenarnya ade pada Zulhijjah ini supaya mampu membuatkan kita merase bersemangat untuk menyambut AidilAdha..

Dalam satu Firman Allah, surah Al fajr, ayat 1-2 yang bermaksud:

" Demi waktu subuh. Demi malam yang sepuluh" .

Kebanyakan Ulama berpendapat bahawa Malam yang sepuluh yang di ceritakan oleh Allah adalah merujuk kepada 10 hari yang awal dalam Zulhijjah, iaitu 1 smp 10 Zulhijjah. Jadi di bahaskan bahawa 10 hari pertama inilah pahala amalan kebaikan kita di lipatkali gandakan oleh Allah. Ibnu Abbas pernah meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda,

" Bila ade hari2 yang deperintahkan untuk melakukan amal soleh, maka lakukanlah pada 10 yg awal dalam bulan Zulhijjah. Bertanya pula sahabat, jika di bandingkan dengan berjihad di jalan Allah, mana pula yang lebih afdal. Baginda menjawab, Jikalau jihad itu bukan jihad yang tidak balik( jihad yg mane di bawa semua harta dan diri nya untuk Allah, mengharap Syahid semata2),maka lebih afdal bagi kamu untuk melakukan amal soleh berbanding pergi berjihad." .

Jelas disini menunjukkan bahawa begitu besarnya ganjaran yang Allah bagi kepada sesiapa yang melakukan amal soleh sepanjang 1 smp 10 Zulhijjah.

Pernah juga dikatekan bahawa jikalau Malam Al-Qadar itu merupakan malam yang lebih baik dari seribu malam, tetapi 10 Zulhijjah, merupakan hari yang lebih baik dalam setahun. Nah, sekali lagi pengiktirafan Allah berikan kepada bulan Zulhijjah ini .Jadi marilah kita same2 menghidupkan "semangat" untuk menyambut Aidiladha ini supaya ia dapat memberikan suatu impact dalam meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Berikut beberapa amalan soleh yang sempat penulis kongsikan unutk sama2 kita beramal di 10 awal Zulhijjah, :
  1. BERZIKIR, iaitu mengingati Allah. Masyarakat kita hari ini lebih kenal zikir itu hanya bersifat ucapan iaitu tahmid, tasbih dan sebagainya. Tetapi, di sana ade lagi zikir yang lebih afdal iaitu ZIKIR IBADAH, iaitu zikir yang di sertai dengan pergerakan, contohnya Solat sunat.
  2. BERPUASA. Mungkin ini satu faktor kenapa sambutan AidilAdha tidak semeriah AidilFitri kerana tiada puasa sebelumnya. Iya, memang puasa sebelum Aidilfitri adalah wajib, ttp jikalau kita berpuasa sunat sebelum Aidiladha penulis yakin, insyaAllah kita akan merasa roh Aidiladha tersebut, Lebih2 lagi pada 9 Zulhijjah iaitu hari Wukuf.
  3. Menyambut AIDILADHA ( pada 10 Zulhijjah). Pernah seorang sahabat bertanya kepada Baginda SAW, bagaimana cara untuk kita menyambut Aidiladha. Lantas baginda menjawab dengan kamu bersolat Sunat Hari Raya Aildiladha sebelah paginya. Jelas menunujukkan kepada kita bukan makanan indikator untuk menyambut hari raye,ttp Solat sunat Hari rayalah indikatornya..
  4. Melaksanakan UDHIYAH @ KORBAN. Yang di maksud Udhiyah disini ialah mendekatkan diri kepada Allah. Jadi, ibadah Korban adalah merupakan salah satu ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah.Tetapi ianya hanya di syariatkan kepada yang berkemampuan shaja.
  5. BERPANTANG. Ini hanya di syaraitkan kepada sesiapa yang ingin melakukan korban, hendaklah die berpantang daripada memotong rambut,kuku atau kulitnya sehinggalah seleasi korbannya. Ini berdasarkan satu Hadith Nabi SAW yang bermaksud " Barangsiapa yang melihat anak bulan Zulhijjah dan ingin melakukan Qurban, maka hendaklah die berpantang".Antara hikmah kenapa di syariatkan berpantang ialah untuk samae2 merasekan seolah2 berada dalam Ihram ketika menunaikan Haji.

Jadi, itulah sedikit perkongsian dari penulis tentang AidilAdha ini. Sebenarnya ini adalah ringkasan daripada Ceramah Qurban oleh Ustz Anuar Ridwan baru-baru ini. Penulis berharap agar entry ini dapat mengembalikan semangat kita untuk same2 menghidupkan kembali suasana sambutan Aidiladha yang semakin malap dalam masyarakt hari ini.

p/s : Untuk entry " Ada apa dengan AidilAdha : Part 2 " , insyaAllah penulis akan kupas apakah erti sebuah PENGORBANAN dalam Islam mengikut Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail..jadi, same2 kita tunggu entry seterusnya dari Saif Al Nidham :)

0 comments: