ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Gen-Y , Harimau, Buaya, tikus ::

Salam sayang buat semua...

Bertemu lagi kita dalam entry penulis yang seterusnya. Maaf di minta kerana sejak kebelakangan ini blog penulis agak tidak terusik kerana sibuk dengan perkara2 yang sepatutnya..Tetapi insyaAllah untuk permualaan entry selepas entry ISLAM di hina di Malaysia, penulis mahu mengajak teman2 untuk menghayati satu cerita rakyat..jom kita same2 hayati…


Adalah dikisahkan seorang hamba Allah yang bernama Gen-Y, keluar bersiar-siar di tepi
hutan pada suatu petang yang hening. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, Gen-Y ni pun lari untuk menyelamatkan diri sebelum menjadi hidangan makan malam harimau tersebut. Harimau pun turut lari mengejar Gen-Y kerana hamper satu minggu sudah perutnya tidak terisi.


Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar.Gen-Y ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri Gen-Y ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si Gen-Y ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si Gen-Y ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya .


Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang Gen-Y tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba....terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Gen-Y ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Gen-Y tu berkata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau teman2 nak tahu,Gen-Y itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.



Jadi, mesej yang ingin penulis sampaikan di sini ialah marilah kita sama2 muhasabah seketika diri dan amalan kita sepanjang bergelar manusia yang hidup di muka bumi Allah ini. Adakah kita sudah bersedia jika ajal maut datang menjemput kita untuk bertemu dengan Sang Pencipta kita? Bagaimanakah kita habiskan sisa2 hidup kita? Adakah sekadar mengejar cita2 dunia yang hanya bersifat sementara ataupon di tambah juga dengan usaha untuk memiliki kejayaan di akhirat kelak?. Tepuk dada tanya iman masing2..Di harapkan entyr pada kali ini dapat memberi satu perubahan dalam hidup penulis terutamanya dan juga kepada teman2 semua dalam menuju kehidupan yang kekal abadi..




2 comments:

kudamba_temansejati said...

salam...
actually, bukan nk comment on ur article...
but nk comment on da pictures..
mantap ye ukhwah korang..
kagum+suka tengok...susah nk jalin ukhwah yg seerat tuh...
bgs2...truskan usaha korg dlm me'maintain'kan ukhwah tu...bersahabat kerana DIA...

hopefully, we also can make 'ukhwah yg mantop' like u all...ameen...

gym said...

Alhamdulillah...

Semuanya percaturan dariNYA...
Mempunyai misi dan visi tersendri...
Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah..
InsyaAllah....