ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Kemelut Dalaman Menuntut Penyelesaian ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...


Bagaimana kita mencari jawapan kepada soalan2 ketika berada dalam dewan peperiksaan,begitu jugalah kita berusaha menyelesaikan kemelut dan masalah hidup yang melanda dalam diri kita. Berani penulis nyatakan di sini bahawa setiap manusia pasti dan pasti akan di uji dengan pelbagai macam bentuk masalah dan kemelut samada dalam bentuk luaran mahupon dalaman.Namun, persoalan yang ingin penulis timbulkan ialah adakah kita berjaya menangani masalah yang ada itu dengan bijak? Adakah kita berjaya menyelesaikan masalah yang timbul itu sehinggakan dapat melahirkan ketenangan dalam hati kita? Ya, penulis yakin bahawa bukan susah pon untuk selesaikan kemelut yang ade, ttp tidak kurang juga yang ade dalam kalangan kita yang merasekan bukan senang untuk mencari suatu solusi kepada masalah yang di hadapinya..


" Gym, agak2 ko ape care yang terbaik untuk settlekan masalah yg kita hadapi? " - tanya seorang teman kepada penulis. " Masalah luaran ke dalaman bro? " tnye penulis . Dengan lantas teman penulis itu menjawab" Masalah dalaman aka HATI ".

Aduh, tersentak sejenak penulis kerana soalan ini di
ajukan oleh serang TEMAN penulis, bukan SAHABAT penulis, satu persoalan yang nmpk ringkas ttp memerlukan ilmu dan fakta untuk di jawab. Setelah penulis mendengar masalah die, terus penulis membalas

"klu tgk masalah ko nie, x mampu kot utk aku jwb skrg, nt ko bukak la blog aku, insyaAllah aku jawab kat dalam tu sb ade la jugak mase untuk aku berfikir,bley? . "ok" - tenang ringkas jwpn yang penulis terima dari teman td.

Bagi penulis, dalam menyelesaikan kemelut dalaman aka HATI ni, kita perlu kembali melihat apakah punca dan penyebab kepada masalah
ini timbul. Sebelum melihat kepada diri kawan2 kita, perkara yang lebih utama bg penulis ialah melihat dahulu ke dalam diri kita sendiri. Jom kita hayati kata-kata ini-" Untuk membaiki dunia, baikilah penghuninya iaitu manusia. Dan untuk membaiki manusia,baikilah Hatinya" . Nah, satu kesimpulan awal yang dapat penulis buat, inilah tempat titik permulaan kepada segala macam masalah dalaman yang timbul iaitu HATI.


Dasawarsa ini, dengan kemajuan teknologi dan tidak kurangnya dengan kebejatan gejala sosial dalam kalangan remaja yang semakin meningkat, kadang2 ungkapan " Back to the basic " secara tidak langsung memberi signal kepada kita bahawa inilah " the only way" untuk kita selesaikan kemelut dalaman ini. HATI manusia boleh di katekan Raja kepada segala anggota badan. Seperti dalam satu Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud " Dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan, Jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah daging itu ialah hati " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Tetapi malangnya tidak ramai yang mampu untu
k mencari solusi kepada masalah dalaman ini, termasuklah penulis sendiri yang kadang-kala tertewas dengan masalah ini. Kita lebih suka mencari kesalahan orang lain berbanding kesalahan diri kita sendiri apabila timbulnya sesuatu masalah. Sudah menjadi kebiasaan kepada manusia untuk menganggap diri kita inilahan yang paling sempurna, lebih2 lagi jika kita di kurniakan oleh Allah sedikit "Extra Knowlegde" dalam kehidupan ini.

Kadang2 penulis merase sedih melihat fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita. Sedang kita asyik berbalah sesama sendri yang mane tidak sepatutunya menjadi suatu isu untuk diperbesarkan, sedarlah wahai teman2 semua bahawa musuh kita semakin bertepuk tangan melihat perpecahan kita ini. Penulis tidak nafikan, masalah dalaman ini senantiasa akan timbul sepanjang proses pembesaran kita. Namun, kejujuran dan ketelusan pemikiran dan juga kesediaan hati untuk berlapang dada inilah menjadi faktor dan kekuatan untuk kita terus bersama. Jikalau pada peringkat permulaan lagi kita sudah mempunyai masalah dalaman ini, bagi penulis, menjadi suatu yang mustahil untuk bersama2 Bergerak Seiringan Meminpin Perubahan.

Jadi, secara ringkas penulis dapat simpulkan ialah, suatu masalah yang bersifat dalaman mesti di selesaikan dengan kaedah yang bersifat dalaman juga. Suke untk penulis bagi satu situasi yang berlaku kepada diri penulis yang mana kita serius " basuh" motor berbanding "Basuh" hati penulis sendiri. Sebab itulah penulis sendri pon banyak kali tertewas dengan masalah dalaman aka Hati ini. Jikalau
pakaian kita dicuci, di seterika dan di tambah pula dengan sedikit bauan slbm ke wad, tetapi adakah HATI kita "dicuci, diseterika, dan ditambah bauan" juga tiap-tiap hari???. tepuk dada, tanye iman.


Sebab itulah, tidak hairan sekiranya ramai manusia yang sedang terhincut-hincut dalam perjalanan hidup yang penuh cabaran ini. Kepada TEMAN penulis yang bertanya, di harap dapat menjawab persoalan kamu dan same2lah kita berdoa memohon agar Allah menjaga HATI kita daripada segala macam hasutan Syaitan.Penulis tidak berniat untuk memberi tips bagaimana untuk menjaga hati kerana penulis yakin anda mampu untuk mencarinya sendiri. Cumanya inilah persoalan2 yang ingin penulis lemparkan agar sama2 kita dapat berfikir ke arah yang lebih sempurna.

" Sesungguhnya, masalah yang kita hadapi kini sebenarnya adalah satu "cubitan" kasih Allah untuk menginsafkan kita agar kembali ke pangkal Jalan. InsyaAllah, Tuhan tidak akan mengecewakan kita" ...

0 comments: