ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Ada apa dengan AidilAdha : Part 2 ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

" Saat berderai jatuh titisan air mata dari IBRAHIM, Melihat keteguhan iman anaknya ISMAIL, tatkala itulah bermulanya sejarah Agung, Erti sebuah PENGORBANAN ". Ini adalah ungkapan yang biasa kita dengar di dalam siri kuliah2 agama, mahupon di dalam artikel2 yang menceritakan tentang AIDILADHA. Seperti yang talah di janjikan oleh penulis, insyaAllah dalam entry "Ada apa dengan AidilaAdha : Part 2 " ini penulis akan berusaha untuk mengupas satu tajuk yang luas untuk ditafsirkan tetapi memberi impak yang besar jikalau kita menghayatinya dengan hati yang terbuka iaitu "Erti sebuah PENGORBANAN".



Sebagai pembuka bicara, suke untuk penulis tegaskan satu perkara antara pengajaran terpenting yang terkandung dalam AidilAdha ini adalah KESATUAN UMMAH. Walaupon terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, agama dan budaya, umat islam adalah umat yang SATU. Ini dapat di buktikan apabila kita bersatu menghadap kiblat dan Allah yang satu. Jadi jelas kepada kita Aidiladha membawa mesej sesungguhnya kesatuan UMMAH adalah tunjang kekuatan ISLAM.

Firman Allah Taala di dalam surah As-Saafaat ayat : 102-109

Maksudnya :

“ Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama denganya, Nabi Ibrahim berkata: “ Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu, anaknya menjawab: ‘ Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah, ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar. Setelah keduanya telah berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim A.S. merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tumpuk tanah (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu – telah menjalankan perintah Kami, serta Kami menyerunya, “ Wahai Ibrahim! engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata, dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar”. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. “ Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim”.

Berdasarkan kepada catatan peristiwa tersebut, nyatalah bahawa orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang sanggup melakukan pengorbanan terhadap apa sahaja yang ia miliki kerana Allah Taala, termasuklah berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga fikiran, perasaan dan sebagainya.

Begitulah juga dengan diri kita. Sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi, kita perlulah berusaha dengan gigih tanpa menyerahkan kepada takdir semata-mata kerana kejayaan tidak datang begitu sahaja. Contohnya, tanpa melakukan pengorbanan dalam berbuat sesuatu, biasanya seseorang pelajar akan gagal dalam pembelajarannya, ulama’ akan dipandang sepi, masyarakat dan rumahtangga akan hancur, dan negara akan terus dijajah.


Oleh yang demikian. Marilah kita menghayati erti pengorbanan dengan mengamalkan sikap suka berkorban dalam apa jua bidang bila diperlukan. Sesungguhnya betapa mulianya bila kita membudayakan sikap suka berkorban berdasarkan kemampuan masing-masing terutamanya demi kemaslahatan ummah sejagat seperti :

    1. Pengorbanan ILMU bagi orang yang berilmu dalam usaha membina ketamadunnan ummah.
    1. Pengorbanan AKAL FIKIRAN dalam melahirkan masyarakat yang bijaksana.
    1. Pengorbanan HARTA DAN TENAGA bagi membantu orang yang memerlukan bantuan dan usaha menegakkan Dakwah Islamiyah
    1. Pengorbanan MASA untuk melaksanakan perintah Allah walau dalam apa keadaan sekalipun bagi memelihara hubungan baik dengan Allah Taala.
    1. Pengorbanan JIWA RAGA untuk memastikan kelangsungan syariat ISLAM di tegakkan.

Semua bentuk pengorbanan tersebut sangat dituntut dalam Islam demi kesinambungan hidup dan kesejahteraan ummah di dunia dan di akhirat sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah : ayat 272 :

Maksudnya :

“……… dan apa sahaja harta yang halal yang kamu belanjakan ( pada jalan Allah), maka (faedah dan pahalanya) itu untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidak mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.



Hakikat pengobanan begitu luas untuk ditafsirkan. Lebih-lebih lagi pengorbanan kita terhadap agama. Apakah yang telah kita korbankan? Ramai di antara kita berkorban untuk keluarga, berkorban untuk suami isteri, berkorban untuk organisasi, tetapi jarang kita mendengar di usia dunia sekarang ini kita berkorban untuk AGAMA. Jawapannya hanya pada diri masing-masing kerana kita semua pastinya tahu di mana letaknya kekuatan dan kemahuan kita untuk melakukan pengorbanan demi kepentingan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.


Mudah-mudahan kita semua dapat menyedari dan berusaha mencontohi pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. bersama anaknya. Itulah satu-satunya contoh yang tidak ada tolak bandingnya di dalam sejarah kehidupan manusia di dunia ini. Seseorang ayah sanggup mengorbankan anak kesayangannya demi melaksanakan perintah Allah walaupun perbuatan itu bertentangan dengan jiwa dan kemahuannya. Akan tetapi demi ketaqwaan dan ketaatannya kepada Allah Taala mengatasi segala-galanya, maka ia bersedia melaksanakan perintah tersebut dengan penuh kesabaran dan ketakwaan. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah Taala dan kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur.

Firman Allah Taala dalam surah ِAl-Haj : Ayat – 37

Yang bermaksud :

“ Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas dan berdasarkan takwa dari kamu ”.


0 comments: