ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Diriku yang lemah ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....


Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk dan hidayah kepada penulis dan teman2 semua, yang telah mencurahkan nikmat-nikmat agung tanpa henti setiap hari malah setiap saat untuk kita, yang tidak pernah merungut dan menghantar halilintar atas dosa-dosa dan kelalaian kita, yang tanpa penat atau lelah terus menerus mendokong awan nan biru di puncak langit tanpa sedetik pun ia jatuh ke bumi. Mungkin teman2 agak pelik dengan kewujudan entry pada kali ini.

Ya, penulis akui, memang entry pada kali ini berbeza dengan entry sebelum2 ini kerana pada entry kali ini penulis akan cuba untuk membawa satu kelainan iaitu muhasabah untuk kita bersama kerana penulis rasekan inilah yang terjadi pada diri penulis sehinggakan beberapa kali tersungkur dalam perjuangan ini.Ini adalah petikan artikel daripada salah seorang saudara penulis dengan sedikit perubahan yang di buat oleh penulis sendiri..moge sama2 dapat manfaatnya...


Ya Allah....
Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang!
Tuhan Yang Maha Pengampun, Maha Mengasihani!

Apabila jiwa yang kotor kian hanyut dalam noda-noda kealpaan, lalai dengan keseronokan dunia,siapakah yang mampu untuk mengembalikan kekuatan diri ini...
Apabila diri merasa betapa tidak layaknya kaki berpijak di bumi Tuhan, apabila hati meronta-ronta untuk melepaskan diri dari cengkaman zulumat jahiliyah dunia, siapakah yang mampu untuk mengembalikan kekuatan diri ini...
Namun kekuatan itu seolah-olah satu perkara asing yang terlalu sukar untuk digapai, apabila roh terasa bagai kehilangan hakikat keimanan.apabila jasad terasa seolah-olah sudah tidak bernyawa....

Aduhai Ya Allah,inginku sekali berlari pulang kepangkuan Sang KekasihMu. Inginku sekali merasakan diri dalam dakapanNya, erat yang mampu meleraikan segala kekusutan jiwa yang melanda sehingga sering kali melupakan siapakah sebenarnya diri ini .

Tapi.. layakkah Aku? Mahukah Engkau ya Allah berbicara denganku?

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
Semangat tenggelam,
Lemah daya,
Haruskah aku mengalah,
Namun jiwaku berbisik,
Inilah dugaan.


Dan seketika, segerombolan panglima-panglima iblis seolah-olah bersorak keriangan kerana berjaya melunturkan semangat seorang pejuang barisan mujahid AgamaMU dalam menyampaikan risalah kekasihMU...

Namun, dikala hati merindukan belaian kasihMu, Aku menguatkan langkahku untuk sekali-kali tidak tunduk dengan godaan iblis ini....

Sesungguhnya, Allah adalah Rabb sekalian alam dan tiada kuasa yang dapat menandingi kuasaNya. Tiada kehendak yang mampu melawan kehendakNya. Maka, tewaslah iblis-iblis tersebut buat kesekalian kalinya.

Allah…
Pimpinlah diriku,
Tuk bangkit semula,
Meneruskan langkah,
Perjuangan ini,
Cekalkan hati dan semangatku,
Kurniakan ketabahan,
Agar mimpi jadi nyata,
PadaMu ku meminta.





Kalau bukan padaNya, pada siapa lagi hati ini harus merintih meraih kekuatan dan kasih sayangMu?

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.


"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, 'Sungguh, aku termasuk dalam orang-orang Muslim (yang berserah diri)'. Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar, dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar."
Al-Fushshilat (41:33-35)

0 comments: