ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Generasi Assabikun Awwalun : Mampukah kita Mencapainya ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua..

Hari ini, tanggal 13 Nov 2009, bertempat di Masjid Al Azim telah terlakar satu sejarah dalam hidup penulis sebagai seorang khalifah Allah sepanjang menghadiri khutbah Jumaat kerana inilah pertama kali penulis menyaksikan seorang khatib (pembaca khutbah Jumaat) sebak dan mengalirkan air mata ketika menyampaikan khutbahnya. Bukan di sebabkan serangga yang memasuki mata beliau, tetapi penghayatan kandungan khutbah yang beliau sendiri sampaikan telah membuktikan segala-galanya kepada penulis. Dengan di sebabkan itu jugalah tanpa penulis sedari, dengan tiba-tiba air mata penulis mengalir menemani air mata khatib tersebut. Sungguh terkesan di hati penulis akan kandungan khutbah yang di sampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad, khatib yang penulis maksudkan. Jadi, suka untuk penulis berkongsi bersama sahabat2 dan teman2 semua tentang kandunga khutbah beliau agar sama2 kita di kurniakan kekuatan untuk terus berjuang menegakkan agama Allah..

Khutbah dimulakan dengan mengingatkan semua jemaah untuk sama-sama meningkatkan keTAQWAan kepada Allah dan memahami konsep sebenar TAQWA tersebut. Ketaqwaan dalam erti yang sebenar dapat penulis ringkaskan di sini ialah kepatuhan terhadap segala macam ketetapan dan peraturan yang telah di syariatkan. Maka, tidak timbullah ketakutan kita kepada mane2 manusia, mahupon yang berjawatan tinggi demi mencari TAQWA Allah.. Kemungkaran dan kebejatan gejalan sosial dalam masyarakt mengisi point ke-2 kandungan khutbah beliau. Realiti yang seharusnya kita terima pada masa kini. Masyarakt kita saban hari semakin jauh dengan ajaran ISLAM yang sebenar seolah2 mahu kembali ke arah zaman jahiliyyah. Ini telah di war-warkan sendiri oleh Rasulullah SAW dalam satu hadith baginda yang bermaksud " Sesiapa yang hidup selepas aku, maka berlakulah segala pergaduhan dan kemungkaran sesama kamu " . Tetapi Baginda juga telah meninggalkan dua solusi kepada jawapan ini iaitu hendaklah kita kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah untuk memperbetulkan kembali kerosakan yang berlaku kerana hanya berbekalkan 2 sumber itu sahajalah mampu menyelamatkan kita hidup di dunia dan akhirat.



Seterusnya, inilah klimaks kepada kandungan khutbah yang di sampaikan dimana Ustaz Zul menyatakan salah satu penyelesaian kepada keruntuhan akhlak dalam masyarakat hari ini ialah dengan mengimbau kembali sejarah sahabat2 nabi terdahulu apakah ramuan dan formula mereka sehingga di iktiraf sebagai "Generasi Assabikun Awwalun" . Apakah yang di maksudkan dengan Generasi Assabikun Awwalun ini? Untuk memahai siapakah mereka, Ustaz Zul telah menceritakan satu kisah yang berlaku pada zaman Khalifah Umar Al Khattab di mana di riwayatkan terdapat seorang pemuda A ( ade 2 orang anak, ttp tiada bersama beliau ) bersama untanya sedang berehat si sebelah kebun kepunyaan seorang lagi pemuda B. Sedang lena si pemuda ini tidur, tanpa disedari untanya telah terlepas dari ikatan dan telah memasuki kebun tanaman kepunyaan pemuda B tadi. Selepas terjaga dari tidonya, si pemuda A ini terkejut apabila melihat untanya sedang memakan hasil tanaman kebun pemuda B. Di waktu yang sama juga, pemuda B ni berada di dalam kebunnya. Setelah melihat tanaman nya di makan oleh unta si A tadi, marah dan sakit hati telah menghantui perasaan beliau sehinggakan pemuda B ini mencapai sebiji batu lalu di baling kearah pemuda A td.

Dengan Kuasa Allah, sebaik terkena saja batu tersebut, pemuda A ini mati.Apabila berita kematian Pemuda ini sampai ke pengetahuan ke-2 anaknya, lalu kedue2 anaknya meminta Saidina Umar menjatukan hukuman Qisas (bunuh di balas bunuh) ke atas pemuda B. Lalu di panggilah pemuda B ini menghadap Umar. Pemuda B ini pon menjelaskan bwh die tidak sengaja membunuh ayah mereka dan meminta spy mereka bebaskan beliau. Ttp kedue2 anak laki tersebut enggan memaafkan kesalahan pemuda B ini dan tetap dengn keputusan mereka. Lalu pemuda B ini terimah lah dengan pasrah akan hukuman ini ttp telah meminta satu syarat sebelum hukuman itu di jalankan iaitu ingin puluang ke kampung untuk bertemu dengan anak2 dan isteri beliau untk bgtau bhwa beliau akan di bunuh.

Saidina Umar setuju dengan permintaan pemuda B ini dan hanya meminta tempoh selama 3 hari utk pulang ke kmpg dan dtg semula ke sini utk terima hukuman. Ttp sebelum melepaskan pemuda B ini pulang ke kmpg, Saidina Umar meminta serang penjamin kepada Pemuda B ini. Di tanyakan kpd seluruh shbt beliau yang hadir pada waktu itu siapa kah yang sanggp menjadi penjamin kepada pemuda B ini. Tiada seorang pon yang sanggp sehinggalah muncul seorang tua, iaitu Abu Zhar menawarkan diri nya sebagai penjamin kepada pemuda ini.


" Wahai Abu Zhar, adakah kamu tidak mengetahui apakah akibatnya jika kamu menjadi penjamin kepada Beliau? Apakah kamu tidak takut dengan apa yang akan bakal kamu hadapi jika penjamin tersebut tidak menunaikan janji nya?Adakah kamu rela dirumu menjadi korban? tanya Umar kpd Abu Zhar. Dengan tenang Abu Zhar memberi jawapan, "Wahai Umar, aku mengetahui akibat menjadi penjamin kepada beliau dan tahu apakah yang akan bakal aku terima jika beliau tidak penuhi janjinya, iaitu diriku akan menggantikan diri nya utk hukuman Qisas itu". Lalu Umar bertanya lagi,

" Apakah yang menyebakan kamu menerima dan menawarkan diri sebgai penjamin kepada pemuda itu? " Lantas Abu Zhar menjawab, " Aku melihat cahaya keimanan terpancar pada wajahnya dan salahkah aku berkorban diriku untuk saudaraku yang aku tahu bahawa dia adalh seorang yang benar2 beriman?" Tatkala saat inilah Ustaz Zul tiba-tiba sahaja menjadi sebak dan suaranya bertukar sambil menitiskan air mata beliau mengenangkan besar dan hebatnya pengorbanan yg cuba di tunjukkan oleh Abu Zhar ini. Terkesan dan terharu dengan intonasi dan gaya penyampaian Ustaz Zul, perasaan sebak dan hiba sehinggakan penulis tidak lagi terdaya menahan air mata yang telah terkumpul di kelopak mata lalu mencurah ke pipi penulis.

Walaupon dalam keadaan sebak, Ustaz Zul meneruskan lagi cerita beliau. " Baiklah Abu Zhar, klu itu jawapan kamu, aku tidah menghalangnya " - Balas Saidina Umar. Selepas itu, berangkatlah pulang pemuda B tadi ke kmpungnya. Selepas yang di janjikan, 3 hari berlalu, masa yang di tunggu telah tiba namun pemuda B tadi tidak lagi muncul. Masa yang di peruntukkan hanyalah sehingga waktu maghrib. Jikalau pemuda B itu tidak muncul, Abu Zhar lah orang yang akn di jatuhkan hukuman Qisas itu. Namun, Abu Zhar ttp tenang dan tiada langsung reaksi gelisah di raut wajanhya.

Semua yang hadir telah takut dan berdebar-debar menanti saat yang di janjikan. Adakah Abu Zhar akan menjadi korban kepada Pemuda B td? adakah pemuda B tadi lari? Itulah persoalan yang timbul di kalangan mereka. Selang beberape minit sebelum masuk waktu maghrib, akhirnya pemuda B tadi muncul. Lantas Saidina Umar menghampiri Pemuda B tadi dan bertanya

" Wahai pemuda, kenapa kamu ke pulang ke mari padahal kamu ade pilihan untuk tidak datang dan lari dari hukumanmu ini? "


Dengan tenang dan sabar pemuda itu menjawab
" Wahai Umar, walaupon aku mampu untuk lari dari hukman ini, tetapi adakah aku mampu lari dari hukuman Allah? Telahku berjanji di depanmu dahulu dan aku mesti mengotakan janji ku di depan Allah. " Sekali lagi Ustaz Zul sebak sebaik sahaja membaca ayat di atas..Allahuakhbar!!!!.. Mendengar jawapan ini, lantas kedue2 anak pemuda A tadi memaafkan pemuda B itu dan menggugurkan hukuman ke atas beliau. THE END...





Jadi teman2 semua, begitulah kisah yang di sampakan oleh Ustaz Zul dalam khutbahnya. Cuba kita tengok apakah pengajaran di sebalik cerita ini. Secara ringkasnya kita dapat saksikan Bagaimana Adilnya Umar sebagai Khalifah atau pemimpin pada waktu itu dalam menjatuhkan Hukuman, Bagaimana mulianya hati Abu Zhar menyanyai saudaranya lebih dari diri die sendiri, Bagaimana sucinya hati Pemuda B tadi dalam mengotakan Janjinya kepada Allah, bukan kpd manusia dan Bagaimana lembutnya hati kedue2 anak pemuda A memaafkan kembali kesalahan pemuda B walaupon ayahnya di bunuh oleh beliau. Inilah yang di katakan " Generasi Assabukin Awwalun". Generasi yang meletakkan kepentingan Allah dan Islam lebih dari segala-galanya. Generasi yang mempunyai TAQWA hanya kepada Allah.

Jadi jika kita kembali renung masyarakat kita hari ini, adakah mungkin kita boleh lahirkan Generasi Assabikun Awwalun ini? Adakah pemimpin negara kita hari ini ADIL dalam menjalankan tugam mereka? Adakah mereka meletakkan ISLAM dalam kepimpinan negara kita? Adakah kita mempunyai pemuda yang berhati mulia seperti Abu Zhar yang melebihkan sahabat dari diri sendri? Adakah kita mempunyai pemuda yang sanggup memaafkan kesalahan orang laen seperti yang di tunjukkan oleh kedue2 anak pemuda A tadi? Dan yang penting adakah kita mempunyai pemuda seperti pemuda B yang mempunyai keyakinan yang tinggi pada Allah?? Moger Allah menganugerahkan kita Generasi ini pada suatu masa nanti dan penulis berdoa agar penulis tergolong dalam Generasi tersebut. Amin....wassalam...

0 comments: