ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: DIRIKU YANG HINA ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....

Nukilan pada entry kali ini penulis tujukan khas buat diri penulis sendiri setelah melihat semakin hari semakin penulis hanyut dan leka dengan keseronokan dunia. Moga luahan hati penulis ini mendapat kekuatan dari Allah dalam membantu penulis MENJADI seorang yang lebih baik di mataMU. Kepada teman2 dan sahabat2 penulis, nasihatilah dan bimbinglah penulis andai melihat penulis tersasar dari jalan yang kita telah berjanji bersama2 untuk mendaulatkan Agama ALLAH...



Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini..... agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapakah begitu sukar diri ini........ untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini........ untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..

Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh...... untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….

Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….





3 comments:

Anonymous said...

salam
bukan kamu saja y rasa begitu, malah hamba y hina ini jua dpaat merasakan getaran itu.alhamdulillah, iman telah memanggil kamu,menyedarkan kamu..iman kamu masih hidup!jgn bersedih dgn apa y tlh berlalu, smtiasalah perbaiki kelemahan dri..sama2 doakan y terbaik buat hamba y lain..

saif al nidham said...

Yup....
btol....
Jom Berubah....
Syukron atas sokongan anda...

Anonymous said...

salam

setuju dgn saif al nidham..
saya pn turut rasa cmtu..
mg diri kita sentiasa dlm peliharaan ALLAH s.w.t~

~pinkmuslimahdehearty'10~