ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Apa erti sebuah kemerdekaan


Salam merdeka pada semua....

Alhamdulillah, genap pada hari ini, 31 Ogos 2009 negara kita, Malaysia menyambut Kemerdekaan yang ke-52. Bertemakan Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Terang lagi tersuluh, kepimpinan baru Negara mahukan satu anjakan paradigma yang menyeluruh, yang tidak hanya sekadar indah pada slogan semata-mata ttp apa yang lebih bermakna ialah penghayatan yang sebenar.

Atas kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke 52 buat rakyat Malaysia. Jadikanlah kemerdekaan ini sebagai kemerdekaan hakiki. Bukan sekadar melaungkan "merdeka! merdeka! merdeka! ", tetapi penghayatan yang menyeluruh dalam diri bergelar muslim.

Sambutan kemerdekaan pada kali ini berbeza pada tahun2 sebelumnya kerana sambutan kemerdekaan yg ke-52 ini di sambut dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak yang dinantikan oleh umat islam sekaligus memberi impak yang sebenar kepada kita yang bergelar muslim untuk bebas dari segala aspek..

Namun, masyarakt Malaysia khususnya golongan anak2 muda hari ini jelas menunjukkan bahawa mereka sebenarnya masih lagi "di jajah". Jadi apakah erti sebenar Kemerdekaan yang di kecapi selama 52 tahun ini??

Bagi saya, Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam terkandung di dalam kata-kata Rub'ie bin A'mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة:

Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.


Merdeka dari perhambaan selain Allah SWT. Merdeka dari kesempitan dunia ini kepada keluasan Akhirat. Merdeka dari kezaliman kepada keadilan yang dianjurkan oleh Islam. Itulah antara intipati ungkapan tersebut.

Saya percaya bahawa, apabila kita berjaya menyentuh makna merdeka yang disebut oleh Rib’i bin Amir ini, dalam kehidupan kita, nescaya kita akan berjaya memerdekakan diri kita dari semua anasir yang merosakkan kehidupan kita, yang menyekat kemajuan kita, dan yang membantutkan potensi kita.

Taat dengan manusia, ada kalanya satu kemuliaan, dan ada kalanya satu kehinaan. Namun, taat kepada Allah, sentiasa merupakan satu kemuliaan. Sesaat pun tiada kehinaan. Susah kita dibayar, penat kita dibalas. Menahan nafsu pun mendapat pahala, apatah lagi berbuat amal kebaikan dalam kehidupan kita. Semuanya ada ganjaran. Walau sebesar zarah.

Dengan memepunyai kemerdekaan yang hakiki ini, barulah kita mampu melepaskan diri dari ‘penjajahan yang lebih besar’.

Apakah penjajahan yang lebih besar?

Bukannya penjajahan sesebuah negara, tetapi penjajahan minda dan aqidah.

Negara kita, sudah 52 tahun merdeka. Namun anasir-anasir luar masih pekat dalam kehidupan masyarakat. Agama rasmi kita adalah Islam, namun tiada perkembangan dalam mempraktikkannya dalam perundangan secara menyeluruh. Kita masih mengambil produk-produk barat. Kita masih tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Masih ada unsur perpecahan dan sebagainya.

Kenapa? Kenapa masih begitu? Kerana kita dijajah dari dalam. Dari minda. Dari dalam hati. Penjajahan fizikal, mungkin kita boleh tentang dengan fizikal juga. Namun, dijajah oleh minda, hanya yang tersedar sahaja yang mampu menentangnya.

Kadang-kadang, ada manusia tidak mahu membincangkan hal kemerdekaan yang sebenar ini. Dia takut. Takut untuk menyedari bahawa dia sebenarnya belum merdeka. Dia lebih rela, untuk duduk dalam mimpinya.

“Saya merdeka, saya merdeka” Tapi pakaiannya pakaian penjajah, hidupnya hidup penjajah. Dan ketahuilah bahawa, penjajahan itu masih berjalan, berjalan dan terus berjalan, merayap mempengaruhi kehidupan kita, keluarga kita dan masyarakat kita.

Manusia yang tidak memahami tuntutan Allah SWT kepada-Nya, dan tidak faham pula akan perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabatnya, tidak akan mampu untuk melepaskan dirinya dari penjajahan.

Kita sebagai orang Islam, hidup dengan matlamat untuk mendapat redha Allah, pada mata kita, segala apa yang terkeluar dari perintah Allah SWT, dan termasuk dalam larangan-Nya, adalah satu penjajahan pada kita.

Banggakah kita dengan kemerdekaan dan pembangunan mencakar langit, tetapi wahyu Allah swt dan sunnah RasulNya saw tidak mendapat tempat selayaknya ?

Gembirakah kita dengan kemerdekaan dan kemajuan Negara sedang berlaku peningkatan indeks jenayah dipelbagai kategori yang begitu menggerunkan ?

Apalah erti kemerdekaan ini , tatkala ummah masih terbelenggu dalam system hidup penjajah yang akhirnya meletakkan masa depan yang sangat buruk bagi budaya , akhlak dan aqidah mereka ?

Sepatutnya rakyat dididik dengan semangat perjuangan yang tinggi untuk mempertahankan agama dan Negara . Malang , bukan sahaja mereka tidak dididik dengan semangat juang yang tinggi , mereka terus dilekakan dan dibuai dalam hiburan yang tidak bertepi .

Saya percaya , anak – anak muda hari ini tidak mampu menghayati erti kemerdekaan . Malah mereka tidak berupaya mewarisi semangat juang kental untuk pertahankan agama dan Negara.

Anak – anak muda hari ini , lebih mesra dengan lumba motor , dadah , lepak , hiburan , pesta dan sebagainya. Mereka tidak memiliki semangat patriot dan tidak mungkin memilikinya dengan hanya sekadar dikerah mengibarkan jalur gemilang dan menyaksikan letupan bunga api ke angkasa tanpa mereka diberi kefahaman dan dididik dengan roh perjuangan yang tulen .

Kalaulah Negara kita diserang musuh sebagaimana yang dialami oleh Iraq , Afghanistan , Palestin dan Lubnan , saya tidak boleh menaruh harapan kepada anak – anak muda atau mereka yang hanya mengibar jalur gemilang dan bersimpuh dihadapan artis pujaan untuk membela dan mempertahankan agama dan nusa .

Saya cukup bimbang melihat sebuah Negara yang merdeka dalam skima penjajah .Namun apakan daya , itulah tanahairku .




Dunia ini ibarat Pentas lakonan.


Dunia ini ibarat pentas lakonan
Manusia itulah pelakon dan pengarah utamanya
Al-Quran dan As Sunnah itulah skripnya
Malaikat itulah jurugambarnya
Islam itu jalan ceritanya
Kiamat itulah kesudahan pengambarannya
Padang Masyar tempat penganugerahannya
Rasulullah SAW adalah penerima anugerah terbaiknya
Allah SWT adalah Hakimnya
Syurga atau neraka adalah trofinya

Salam ukhuwwah untuk semua.

Berbicara mengenai kehidupan DUNIA, tidak dapat tidak kita mesti behadapan dengan pelbagai konflik dalaman dan luaran. Perasaan yang menganggap inilah kehidupan abadi kita sering kali menghantui hati kecil manusia. Tetapi ingatlah wahai sahabat2 semua kehidupan di dunia hanya sementara, malah dianggap permainan dan hiburan yang tidak berkekalan seperti dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud:

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah al-An'am, ayat 32)

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (al-Hadiid: 20)


Semoga dengan entry yang ringkas pada kali ini dapat kita sama2 mengambil manfaat untuk membuat "check and balance" dalam diri kita dalam erti kata adakah kita sudah bersedia bertemu Pencipta kita jikalau sudah di 'panggil' ?

Salam muhasabah.....


keunikan 1 Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua :)

Walaupon saat artikel ini di tulis pada hari ke-6 Ramadhan, namun saya tetap cekalkan semangat dan kuatkan jari-jemari utk berkongsi dengan sahabat2 semua tentang pengalaman dan kenangan saya menyambut 1 Ramadhan pada tahun ini yang mana agak berbeza dengan tahun2 sebelumnya..hehe :) Nak tahu apa yg menariknya??..Jom layan coretan di bawah...... :) Bersama coretan tersebut saya lampirkan skali bukti2 kejadian berdasarkan cerita ini..hehe ( cam CSI la pulak)



Dikala hati tengah berduka lara melihat sahabat2 pulang ke kampung bertemu ngan keluarga tersayang untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini, muncullah salah seorang sahabat kesayangan saya iaitu Wan :) menjemput untuk pulang ke rumahnya bagi mengubati luka di hati ini. Tanpa berfikir panjang, saya terus setuju ngan jemputan tersebut. Bersama 2 orang lagi sahabat kesayangan saya, Hadi dan KU saifullah, selepas solat magrib pada malam 1 ramadhan, kami terus bertolak ke Shah alam (umah wan) sebab kami merancang untuk solat isyak dan terawih di Masjid Solahuddin Abdul Aziz ( ala, yang warna biru tu)...

Aduiiii....

Shopping kat PKNS lepas terawih



Nie la Masjid Solahuddin Abdul Aziz ( btol ker name masjid nie)

Alhamdulillah, walaupon agak terlewat tiba di masjid ( sampai2 orang dah solat isyak sb jalan jem,huhu ) kami sempat untuk solat isyak secara berjemaah dan terus solat terawih. satu kenangan baru dapat solat terawih kat masjid shah alam yang agak terkenal nie...


Nie time sahur...cam byk jer makan???heheee.


Di ringkaskan cerita, sepatutnya kami pulang ke HUKM malam tu jugak, tp selpas berehat sebentar kat umah wan lps terawih di masjid, hati kami menjadi berat untuk pulang pada malam tu di tambah pula ngan ketiadaan mak dan ayah wan kat umah menyebabkan kami lebih berani untuk tdo kat umah wan.hehe... so, sahur hari pertama pose tahun nie kat umah wan


Nie la aktiviti kami pada pagi tu...ish, teruk btol!!!,huuu

Nampak x ikan kat blakang tu???

Perancangan seterusnya hendak pulang selepas subuh ari pertama pose, ttp gagal dilaknsakan juga.. Kami pon mengisi hari tersebut dengan pelbagai aktiviti yang saya rasa sangat bersyukur sebab tanpa kami sedar, Ukhuwwah yang di jalinkan semakain erat. Gurau senda, gelak ketawa, teguran dan nasihat pengisi medium pebualan kami sepanjang hari tersebut. Bermula aktiviti di umah wan, seterusnya kami melawat Pusat Aquarium shah alam Di sambung pula ngan lawatan kami ke PKNS shah alam dan penutup perjalanan kami pada hari tersebut ialah bazar ramadhan di stadium shah alam.





Jom kite belajar merentasi masa..hehe

Persoalan untuk pulang ke HUKM terus hangat di bincangkn antara kami. Selepas sahaja bukak pose pada hari pertama ramadhan, cadangan untuk pulang ke HUKM menyusul lagi iaitu selepas terawih..ttp buat kali ke-3 berturut2, cadangan itu hanya tinggal fantasi..Di sebabkan oleh pada malam ke-2 ramadhan ade perlawanan Bola Sepak, kami berkampung lagi di rumah wan untuk malam yang ke-2 ...so sahur lagi la kat umah wan...hehe


Nie time bukak pose..banyak nyer lauk



inilah suasana di Bazar Ramadhan kat Stadium Shah Alam


'posing' baik nyer :)

Akhirnya, pada pagi hari ahad selepas subuh iaitu ari ke-2 pose, kami berjaya pulang ke HUKM. Walaupon hati masih lagi berat untuk plang ttp memikirkan exam yang semakin dekat, kami pasrah ngan keputusan yang di capai.. So, inilah Keunikan yang saya rase sewaktu menyambut ramadhan pada tahun ini. Banyak peristiwa dan kenangan yang dapat kami kongsi bersama... sayang korang semua!!!!!


Driver, magrib dah dekat nie...


Nie lepas solat subuh kat masjid tu.



p/s : kpd wan, thanx sebab berjaya mengubat hati yang luka nie ngan sudi jemput blk umah wan. nt leh jemput lagi tau, tp time parents wan x de la.klu ade x seronok. x bebas..heheeee....

Ramadhan menjelang lagi


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, kita nyatakan rase syukur kita kepada Allah SWT kerana sekali lagi dalam kehidupan sebagai seorang Khalifah kita diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan Al Mubarak ini. Masih segar lagi dalam memori kita pemergian Ustaz Asri, vokalis Rabbani yang merupakan icon nasyid kita telah kembali ke rahmatullah lebih awal tanpa sempat untuk berada pada Ramadhan tahun ini. Masih terkenang lagi kenangan terakhir saya bersama Allahyarham semasa Konsert Antara Benua pada 1 ogos yang lepas..

Kedatangan Bulan Ramadhan menandakan berakhirnya bulan syaaban dan bermulanya ibadah puasa.Apakah kelebihan bulan ini sehingga dinanti-nanti oleh sesetengah umat Islam, khususnya mereka yang ingin meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.?? Persoalan yang sama juga pernah diajukan semasa Forum Pra Ramadhan yang diadakan pada 2 malam lepas di Auditorium, yang mane ahli panelnya terdiri daripada Prof Har dan Ustaz Anuar Ridwan. Mungkin perkongsian pada entry kali ini lebih kepada rumusan yang saya dapat simpulkan semasa forum tersebut agar dapat memberi manfaat pada sahabat2 yang tidak kesempatan untuk hadirdan juga memberi peringatan kepada kita terutamanya kepada saya sendiri.

Jawapan kepada persoalan tersebut ialah seperti yang kita sedia maklum, bulan ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang mempunyai pelbagai kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain. Bulan yang juga dikenali sebagai bulan untuk kita berpesta ibadah, bukan untuk berpesta juadah ( Prof Har)

Bagaimanapun, ia terpulang kepada kita bagaimana untuk kita menghayati kedatangan bulan ini. Ia juga berbalik semula bagaimana dengan persiapan kita dalam menghadapi Ramadhan ini. Adakah cukup sekadar "wait n See" sahaja ataupon kita sudah membuat beberapa persedian awal pada 2 bulan sebelum ini untuk m'familiar' kan keadaan pada bulan Ramadhan nanti.

Bulan Ramadan adalah bulan yang disebut oleh Allah s.w.t dengan jelas sekali di dalam firmannya :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (١٨٥

(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. [ Al-Baqarah: 185]

Di dalam ayat ini bukankah Allah s.w.t dengan jelasnya menyebut tentang bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan Islam lain yang tidak disebut secara nyata oleh Allah s.w.t. Ini adalah sebagai pengiktirafan Allah s.w.t di dalam al-Quran tentang kelebihan bulan ini.

Mungkin kita boleh bercerita sedikit mengenai Al-Quran ini. Seperti yang kita sedia maklum, Al-Quran adalah petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi panduan yang memperjelaskan antara yang benar dan yang batil. Al-Quran adalah sumber untuk mencari ketenangan di dunia dan mencari keredaan Allah s.w.t di akhirat seperti mana maksud firman Allah s.w.t:

Menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (al-Baqarah: 185).

Sebagai bulan yang penuh dengan kerahmatan, maka Allah s.w.t memilih Ramadan sebagai bulan yang diturunkan kitab yang paling mulia ini sebagai panduan kepada manusia.

Bulan Ramadan juga mengandungi satu malam yang lebih baik dari seribu malam. Malam tersebut dikenali sebagai Lailatul Qadr. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr: 1-3)

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah s.w.t menurunkan al-Quran pada malam Lailatul Qadr, dan al-Quran pula jika kita rujuk kepada ayat 185 surah al-Baqarah diturunkan pada bulan Ramadan.

Maka ini juga merupakan satu kelebihan yang dianugerahkan pada bulan Ramadan. Ibadah puasa merupakan ibadah yang diwajibkan kepada umat Islam dan umat terdahulu, perkara ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam firmannya yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).

Sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh baginda s.a.w, ibadah puasa telah difardukan kepada umat sebelumnya. Tetapi cara perlaksanaan tidak sama seperti ibadah puasa umat nabi Muhammad. Sesungguhnya Allah s.w.t telah memilih bulan Ramadan sebagai bulan yang diwajibkan kepada umat Islam untuk berpuasa.

Bulan-bulan Islam lain hanyalah untuk kita berpuasa ganti atau nazar. Ibn Abbas meriwayatkan:

Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadan.

Ini merupakan kurniaan Allah s.a.w kepada umat Islam di bulan Ramadan. Maka sama-sama kita berusaha untuk melaksanakannya dengan sempurna.Pada bulan Ramadan juga umat Islam disunatkan solat tarawih secara berjemaah di masjid. Solat tarawih merupakan ibadah khusus yang disyariatkan oleh Allah s.w.t pada malam bulan Ramadan sahaja.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (riwayat Muslim).

Solat ini kenali sebagai solat tarawih kerana setiap empat rakaat, jemaah akan berehat seketika. Jika kita perhatikan jemaah pada zaman ini, selepas empat rakaat, jemaah akan berselawat ke atas nabi s.a.w. Allah s.w.t juga telah membuka semua pintu-pintu syurga pada bulan Ramadan.

Sabda nabi s.a.w :

“Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga”. Hadis ini membawa kepada maksud yang tersurat dan tersirat.

Seperti yang kita maklum, jika dilihat secara zahirnya, hadis di atas menunjukkan antara tanda apabila datangnya bulan Ramadan, maka Allah s.w.t akan membuka pintu syurga kepada orang- orang yang beriman.

Maksud yang tersirat pula, sesungguhnya pada bulan Ramadan Allah s.w.t memperluaskan keampunannya, di samping melipat gandakan ganjaran kepada hamba-hambanya yang yang melaksanakan ibadahnya dengan sempurna. Selain membuka kesemua pintu syurga, Allah s.w.t juga menutup semua pintu-pintu nerakanya.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi:

Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka. (Riwayat Muslim).

Tujuan Allah s.w.t menutup pintu neraka dan menghentikan seketika azabnya adalah bagi memperlihatkan kepada umat Islam betapa bulan ini dimuliakan oleh Allah s.w.t.

Pada bulan Ramadan juga Allah membelenggu syaitan, seperti mana sabda nabi s.a.w: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (riwayat Muslim).

Syaitan-syaitan ini dibelenggu supaya memudahkan umat Islam melakukan ibadah tanpa ada gangguan. Ketika itu hanya nafsu yang berperanan dalam menentukan hala tuju ibadah kita dan membolehkan kita menilai sejauh mana tahap keimanan diri kita tanpa ada gangguan syaitan.

Maka tidak mustahil mengapa kedatangan bulan Ramadan ini amat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Bersama-masalah kita menyambut kedatangan Ramadan ini dengan mengerjakan sebanyak mungkin ibadah yang dituntut.

Semoga dengan bermula Ramadan kali ini akan memantapkan keimanan kita sehinggalah Ramadan menjelang lagi.


P/s : Semasa penulisan artikel ini, hati tengah sedih melihat sahabat2 yang bergembira menyambut kedatangan Ramadhan bersama Keluarga tersayang :(














Medical Career Carnival

Alhamdulillah, akhirnya Program Medical Career (MeCCa) 2009 berjaya melabuhkan tirai dengan jayanya. Program yang berlangsung selama 2 hari ini (15 dan 16 ogos) merupakan program khas yang diadakan untuk abang2 dan kakak2 final year di samping untuk memberi pendedahan awal kepada organisasi MeCCa berkenaan prospek kerjaya yang ada sebagai seorang pengamal perubatan.. Pengisian berbentuk Talk, sesi interaksi, sidang plano, forum dan job mock interiew telah menghiasi program ini selama 2 hari.


Untuk pengetahuansahabat2 sekalian, Saya merupakan Pengarah untuk program ini. ALhamdulillah, Walaupon pada mulanya agak keberatan untuk menerima jawatan yang ditawarkan, ttp berbekalkan keyakinan dan kepercayaan saya pada satu Firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 286 yang bermaksud :

" Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan sesuai dengan kemampuannya"

saya menerima dengan rela hati. Memang berat apabila menerima suatu amanah, lebih2 lagi jawatan yang paling tinggi dalam sesuatu organisasi. Tetapi itulah hakikat hidup yang harus kita terima bahawa kita tidak selamanya berada pada tempat yang sama. Ada satu masa di mana Allah akan memberi isyarat kepada diri kita untuk berubah dan maju kehadapan. Kita tidak mengetahu apa yang telah disajikan oleh Allah dalam hidup kita, ttp yakin dan percayalah wahai sahabat2 semua bhwa segala caturan Allah dala hidup kita, itulah yang terbaik. Cumanya kita kadang-kala tidak menyedari isyarat yang Allah tunjukkan pada kita menyebabkab kita kadang2 merasakan itu bukan yang terbaik untuk kita.



Di sebalik kejayaan program ini sebenarnya tersimpan 1001 kenangan atau memori indah dan pahit yang terpaksa di telan oleh organisasi MeCCa 209. Sekadar untuk berkongsi satu peristiwa yang berlaku pada diri saya selaku Pengarah Program 3 hari sebelum menjelang hari program. Saya rase cerita ini sudah di ketahui umum oleh kebanyakan sahabat2 yang rapat dengan saya sehingga menyebabkan saya demam..huu



Buat pertama kalinya dalam hidup saya bergelar Pelajar Perubatan di panggil datang ke Pejabat Dekan Dan Pengarah PPUKM untuk bertemu dengan Prof Dato Lokman Saim. Kejadian tersebut berlaku pada hari Selasa, 11 ogos jam 4 ptg dimana tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk berbincang mengenai program MeCCa. Di ringkaskan perbualan kami pada petang itu, Dato Dekan telah "memarahi" saya di atas satu incident yang amat memalukan bagi saya( x perlu kot untuk korng tau apa incident sebenarnya). Saya hanya mampu terdiam kerana saya tahu itu adalah kesalahan yang tidak patut di lakukan. Sehinggalah pada keesokan harinya saya telah di serang Influenza-like fever yang mencecah 38 '.huuu..

Tetapi saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Timbalan saya yang telah mengambil alih tugas saya selama saya di 'rehatkan' atas nasihat Dr. Berkat doa dan dorongan yang diberikan oleh sahabat2, Alhamdulillah sehari sebelum program bermula, kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala.


Jadi sebelum saya tutup celoteh saya berkenaan program MeCCa ini, di kesempata ini saya nak ucapkan Jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada Prof Harlina Halizah bt Hj siraj ( Prof Har) selaku Penasihat program kami yang telah banyak membantu dalam menjayakan progam kami ini. Seterunsya tidak lupe kepada Pemantau saya, Saudara Afiq kerana menurut beliau, untuk pertama kali dalam sejarah pemantau terlibat sama dalam program ini. Hehe..(maaf la apek, bukan aku saje2 buat demam, tp ujian Allah smp pada waktu2 kritikal,huu)

Seterunsya kepada sahabat2 seorganisasi yang telah berkerja keras bermula anda di lantik menjadi organisasi sehinggalah tamat program :) Kerjasama anda amat saya hargai..dan saya rase perlu jugak untuk memberi ucapan khas kepada Mas atas masakan Mee Goreng yang begitu sedap sewakt program ( nt mas bley masak lagi erk,hehehee)




Bagi saya, walaupon pelbagai rintangan dan halangan yang kami hadapi sebelum tibanya hari program, Alhamdulillah saya selaku Pengarah Program MeCCa 2009 dapat menyimpulkan bahawa program ini telah berjaya dilaksanakan dengan mencapai oblektif yang telah di tetapkan.


Sekadar ingatan kita bersama bahawa ingatlah kejayaan yang kita kecapi bukan datang daripada kita, ttpi semuanya datang dari Allah atas usaha yang telah kita berikan..Jom kita hayati sebuah kisah di bawah :

“Boleh tak kalau saya nak jatuhkan botol air ini??”.Tanya seorang guru kepada anak muridnya bagi mengisi masa kelasnya yang berbaki 5 minit sebelum tamat. “Mestilah boleh cikgu,takkan tak boleh,cikgu tolak je botol then dia jatuh la cikgu”.Teriak pelajarnya yang bernama Karim dari bahagian belakang kelas.

“Erm betul jawapan kamu tapi adakah botol itu akan jatuh dengan hanya mendengar teriakan kamu?Tanpa ada sebarang inisiatif atau gerak kerja dari kamu botol ini takkan selama-lamanya akan jatuh.Betul atau tidak kata saya?” Semua terdiam termasuk Karim,betul kata cikgu Salman,bagaimana botol itu mahu jatuh jika tidak ada orang yang mengerakkannya dan menjatuhkannya.

Begitulah serba sedikit idea atau pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita diatas,cerita yang ringkas tapi mempunyai nilai yang cukup besar. Tanpa usaha yang berterusan mana mungkin kita dapat mengecapi kejayaan yang kita inginkan.

Salam sayang buat semua..