ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Ketenangan Jiwa ;:

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran penulis rakamkan pada Allah SWT atas limpahan rahmat dan nikmat IMAN dan ISLAM yang masih kekal dalam hati kita dan selawat salam ke atas Junjungan Besar Baginda SAW, Kekasih Allah yang tidak pernah kenal erti penah lelah dalam Perjungan menegakkan ISLAM sehingga dapat dirasai hingga ke hari ini. BELIAULAH 'Role-Model" penulis..

Alhamdulillah, setelah di beri sedikit mase dan ruang waktu,akhirnya penulis dapat juga mengeluarkan entry ini, " KETENANGAN JIWA" setelah terpakse menangguhkan keluaranya minggu lepas atas masalah2 tertentu . Tajuk tersebut merupakan tajuk Khutbah di Masjid Al Azim pada tarikh 12-2-2010.Berikut adalah ringkasan dan sedikit penambahan penulis untuk same2 kita hayati :) ...Jom layan...

Ketenangan jiwa membawa erti seseorang itu aman dan tenteram, tidak gelisah, tidak runsing, lapang fikiran, tidak diganggui, mantap, stabil, berasa lega, tidak risau dan gundah.

Seorang yang mempunyai jiwa yang tenang ia akan menjadi manusia yang selesa hidupnya, bahkan keadaan dirinya. Tidak runsing apabila hatinya tidak terganggu, ia akan dapat membuat kerja dengan baik dan teratur, samada kerja-kerja itu berbentuk tugasan harian ditempat kerja ataupun kerja-kerja dirumahnya atau amalan ibadat yang dilaksanakan setiap hari.

Ketenangan Jiwa merupakan anugerah Allah hanya pada insan2 pilihanNya. Berbeza dengan perkara seperti rezeki, kekayaan, pangkat, kuasa dan kemasyhuran, Allah memberikan kepada semua manusia, sama ade yang menegakkan ISLAM hatta yang menentang perjuangan ISLAM. Suka untuk penulis menarik perhatian teman2, Mengapa KETENANGAN JIWA hanya dapat dikecapi oleh insan2 tertentu sahaja? Apakah yang dimaksudkan " insan2 pilihanNya"?. Ringkas penulis definisikan maksud " insan pilihanNya" ialah golongan manusia yang mana senantiasa mahu melihat ISLAM sentiasa di junjung, Golongan yang menyokong perjuangan ISLAM serta Pondokong kepada Gerakan ISLAM. Amatlah berbeza jika di amanati betul2 Ketenangan Jiwa yang di capai oleh Manusia di bawah peliharaan Allah dengan Manusia di bawah laknat Allah.


Sebab itulah tidak mustahil dan pelik jika kita mendengar sesetengan golongan INSAN atau PEMIMPIN NEGARA yang sering kali membuat kezaliman, penipuan, menolak perjuangan Gerakan ISLAM dan malah terus menerus mengadakan program2 REALITI TV seperti SURE-HEBOH, KONSERT AKADEMI FANTASIA, MENTOR yang jelas memaparkan Kebejatan Gejala sosial di kalangan Remaja ISLAM, tetapi masih lagi mempunyai KUASA MEMERINTAH, masih lagi mempunyai KEKAYAAN dan masih lagi mempunyai PENGARUH yang ramai. Tetapi, cuba teman2 renungkan, nasib Golongan2 yang sering kali mahu menegakkan Keadilan, Mahu melihat ISLAM sentiasa MEMERINTAH, Pendokong Gerakan ISLAM samada di KAMPUS ataupon NEGARA, sering kali Allah memberi halangan, Cabaran, Kalah dalam Perbicaraan Mahkamah KAMPUS ataupon NEGARA. Adakah Golongan ini yang SALAH sehinggakan Allah tidak memberi KEMENANGAN pada mereka??.jom kita bace dan faham Firman Allah...

"Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, 'Kami percaya', dan tidak akan diuji? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, dan sungguh, Allah mengetahui orang-orang yang berkata benar, dan sungguh, Dia mengetahui pendusta-pendusta." (29:2-3)


Apabila ditimpa dengan ujian tersebut, sepatutnya kita sebagai manusia haruslah bersabar. FirmanNya lagi,


"Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar," (2:155)


FIRAUN.Siapa tidak kenal Firaun, Raja pemerintah semasa zaman Nabi Musa as, juga merupakan seorang manusia yang diberikan KEKAYAAN, KEMASYHURAN, PANGKAT, HARTA KEKAYAAN dan KUASA PEMERINTAHAN yang besar, tetapi adalah Beliau seorang ISLAM?.adakah Beliau tergolong dalam Golongan yang memperjuangan ISLAM?adakah Beliau mengikut ajaran BENAR @ ISLAM yang di bawa oleh Nabi Musa? TIDAK SAMASEKALI.!!! malah Beliaulah penentang kuat Gerakan ISLAM pada zaman itu..tetapi Allah mengurniakn segala2 nya pada Beliau..Maka tidak Mustahil, di Malaysia, dewasa ini, PEMERINTAH yang menolak Gerakan ISLAM tetapi masih lagi mampu senyum lebar dan berkuasa dalam semua perkara.

Dalam Buku Bertajuk " Iman dan Kehidupan" karangan Yusof Al-Qardhawi pernah dikiasahkna untuk mencari KETENAGAN HIDUP perlulah melalui asas KETENANGAN JIWA. Di kisahkan bahawa sewaktu Beliau masih kecil, pernah disenaraikan oleh beliau untuk mencari Ketenangan Hidup, iaitu kemasyhuran dan kekayaan lalu di bawa kepada seorang ahli PEMIKIR pada waktu itu terus Ahli PEMIKIR tersebut menjawab maku tidak akan mencapai KEBAHAGIAAN dan KETENANGAN HIDUP selagi kamu tidak MENCAPAI KETENANGAN JIWA.

Justeru, ayuh teman-teman, kita sama2 memburu KETENANGAN JIWA yang HAKIKI agar walaupon tinggal dalam Pondok Buruk yang kecil pon kita rase seolah2 sebuah ISTANA yang indah. Penulis MENCABAR sesetengah golongan yang mana Memperolehi KUASA MEMERINTAH dengan Penipuan dan kezaliman, adakah mereka benar2 hidup dalam keadaan tenang? adakah mereka mendapat KETENANGAN JIWA yang HAKIKI?. Penulis yakin sudah tentu TIDAK kerana hidup mereka dihimpit dengna perasan gelisah dan masalah kerana tidak boleh MENIPu jiwa mereka sendiri


Ayuh sahabat2 semua, tingkatkan KESABARAN kita dalam PERJUANGAN ini kerana untuk memiliki SYURGA itu bukannya MUDAH kerana perlukan " MAHAR" dan "BEKALAN" yang besar, tetapi untuk memasuki NERAKA itu, tidaklah susah, sekadar hidup mengikut hawa nafsu yang membawa kepada MAKSIAT. Yakinlah dengan ALLAH bahawa di sebalik KESUSAHAN dalam PERJUANGAN ini ade ganjaran KETENANGAN JIWA akhirnya. Biarlah kita dilabelkan sebagai GOLONGAN yang EKSTRIM di mata manusia asalkan mendapat LABEL sebagai Golongan MUJAHID di mata ALLAH kerana KEREDHAAN ALLH yang kita buru, bukan kasihan Manusia.

Orang-orang yang sabar itu adalah yang "apabila mereka ditimpa penderitaan, berkata, 'Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kami kembali.'" (2:156). Apa yang dikatakan itu, dalam bahasa Arab, berbunyi "innaa lillaahi wainnaa ilaihi raaji'uun"

Tidak terlepas daripada ujian Allah adalah orang-orang yang berkata percaya kepada Allah dan Kitab-Nya. Mereka diuji untuk mengetahui siapa yang berkata benar dan siapa yang berdusta. Firman-Nya,

"Dan sungguh, Kami akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang antara kamu yang berjuang dan yang sabar," (47:31)


Jadi, teman2 semua, yakinlah bahawa inilah asas KEMENANGAN ISLAM. Kenapa penulis berkata demikian?? Jelas bahawa, apabila KEZALIMAN terus berkuasa, maka secara tidak langsung akan BANGKIT dengan lebih ramai lagi PEMIMPIN ISLAM pada suatu masa nanti. InsyaAllah, penulis juga mempunyai HARAPAN dan MATLAMAT hidup untuk bergelar seorang PEMIMPIN GERAKAN ISLAM suatu hari nanti.Doakan penulis ye teman2 semua.

Kesimpulannya, Sesungguhnya untuk mencapai ke arah jiwa yang tenang, ia bukan suatu yang mudah dan bukan pula suatu yang mustahil. Untuk mendapatkannya ia perlu diusaha, dilatih bersungguh-sungguh secara berterusan dan aktif setiap hari melalui proses bimbingan dan panduan ke atas diri individu seperti membina sikap positif, sebagai contoh " bertafakur ", Dalam Islam sembahyang lima waktu dan sembahyang sunat boleh melegakan fikiran serta memberi harapan. Wirid, berzikir, membaca Al-Quran boleh membantu menenangkan hati. Selain itu, sentiasalah mengingati mati dan bertemu ulama-ulama yang tersohor untuk menimba ilmu Agama untuk dijadikan Panduan Hidup..

Firman Allah dalam surah Ar-Ra'du ayat 28

Maksudnya : " Orang-orang yang beriman menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu tenteramlah hati "

wassalam..

" Quitter Never Win, Winner Never Quit "



0 comments: