ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Selamat Bercuti buat semua ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran penulis rakamkan pada Allah SWT atas limpahan Rahmat dan Kurnia yang telah diberikan kepada penulis dan teman2 hingga berjaya LULUS dalam Final Exam yang mana resultnya baru sahaja di tampal lewat jam 6.30 ptg tadi di Pejabat Akademik. Tahniah dan syabas penulis ucapkan kepada teman2 yang secara TEORInya telah bergelar Final Year Medical Student :) kepada yang kurang bernasib baik,kita masih punyai harapan dan peluang. Ayuh teman2, kita same2 kuatkan semangat dan gunakan peluang ke-2 yang ade ini untuk same2 kita buktikan bahawa kita juga mampu untuk bergelar Final Year Medical Student pada sesi yang akan datang. Yakinlah dengan pertolongan Allah.. :)

Sekadar perkongsian penulis dengan teman2 semua. Perjuangan diibaratkan sebuah aliran arus air yang melalui sebatang sungai yang berbatu-batu. Asal kewujudannya dari sebuah mata air yang kecil. Lalu membentuk sungai yang alirannya tidak pernah lekang dari dihalangi batu-batuan sama ada kecil, besar ataupun tajam. Air perlu tetap mengalir walaupun payah. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap terhempas ke batu, dan sekejap terpercik ke udara. Sebelum ia mula membentuk sebatang sungai yang besar dan deras di mana ketika itu semakin berkurang liku-liku perjalanan dan sebelum ia mengalir ke muara lautan yang luas.



Ia juga sama seperti perjuangan kita sebagai mahasiswa/i untuk menuntut segunung ilmu dan mencari secebis pengalaman hidup. Asal kita bukan sesiapa. Tetap bertungkus lumus membentuk diri. Dari kecil kita telah melalui liku-liku perjalanan hidup yang serba mencabar. Setelah dewasa kita perlu juga melalui cabaran, tetapi berbeza dan luas ruang lingkupnya. Seharusnya sebagai seorang yang dewasa, kita lebih bijak memilih, menilai dan membezakan perkara yang baik juga yang buruk. Alam kampus banyak menguji kita dengan pengaruh kawan-kawan dan persekitaran yang berbeza. Terpulang pada diri kita untuk memilih kawan dan kehidupan yang bagaimana.

Begitu juga apabila kita pulang ke rumah dan bercuti panjang sebelum kembali ke kampus untuk sesi pengajian yang seterusnya. Kita yang memililih untuk mengisi cuti dengan perkara berfaedah atau tidak berbuat apa. Proses pembentukan diri perlulah berterusan dan bukan semata-mata di universiti, malah di mana jua. Dan sebagai MAHASISWA, kita adalah cerminan bagi golongan intelektual yang seharusnya menggambarkan seorang yang berkredibiliti tinggi dan jitu. Kita adalah harapan masyarakat masa kini. Ayuh kita buktikan pada semua...


Sebagai penutupnya, suka untuk penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERCUTI pada teman2 yang satu batch ngan penulis. Manfaatkan cuti anda dengan perkara2 yang berfaedah yang dapat membentuk jati diri seorang MAHASISWA ISLAM..wassalam..

p/s : Entry " Ketenagan Jiwa " seperti yang telah di war-warkan oleh penulis pada sebelah petang tadi terpaksa penulis tangguhkan keluarannya atas sebab2 yang tidak dapat di elakkan.InsyaAllah akan menyusul pada entry seterusnya. Maaf atas segala kekurangan..

0 comments: