ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: SEKILAS KISAH KEKASIH YANG DIRINDUI : PART 1 ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

“Those who forget the lessons of history will be condemned to repeat their mistakes over and over again” - George Santayana, ahli falsafah Amerika Syarikat

ORANG cerdik pandai selalu berkata, sejarah adalah guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah adalah kebijaksanaan silam yang boleh dimanfaatkan untuk menongkah masa depan.Tetapi, dewasa ini, berani penulis mengatakan bahawa tidak ramai yang hanya memandang sejarah itu hanya pada pada tarikh2 peristiwa tanpa mengambil ibrah(pengajaran) di sebalik kejadian itu.Sama2 kita renungkan..

" 12 Rabiulawal, seorang bayi di lahirkan, Abdullah bapanya, Siti Aminah ibunya.... " Masihkah teman2 ingat lagi pada senikata nasyid ini? Penulis yakin dan percaya mungkin ada yang ingat lagi. Hanya tinggal beberapa hari lagi, kita, Umat ISLAM di seluruh Dunia bakal menyambut salah satu peristiwa paling bersejarah dalam kalendar ISLAM yang berlaku dalam bulan Rabiulawal, iaitu HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD SAW.

Berikut merupakan sedikit perkongsian dari penulis mengenai serba ringkas riwayat hidup Nabi Muhammad SAW. Penulis tahu, walaupon kebanyakan daripada kita sudah mengetahuinya, tetapi teman2 jangan terkejut jika terdapat lagi manusia yang tidak kenal Siapakah MUHAMMAD BIN ABDULLAH ini.


Peristiwa ini pernah penulis saksikan dengan kedua2 belah mata dan telinga penulis sendiri. Sedih dan pilu hati ini apatah lagi mereka itu juga adalah MUSLIM. Bagi penulis,sesuatu yang tidak boleh diterima jikalau kita, yang pernah mengucap "LAILAHAILALLAH, MUHAMMADURRASULLULLAH", tetapi jika di tanyakan, Bilakah MUHAMMAD BIN ABDULLAH ini wafat, masih ragu2 uttuk menjawab, penulis rasakan lebih baik teman2 tengok semula apakah maksud UCAPAN SYAHADAH yang kita lafazkan itu...Moga perkongsian ini memberi manfaat bersama...

"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam." ( Al-ahzaab : 21)


MUHAMMAD BIN ABDULLAH a.k.a NABI MUHAMMAD SAW, merupakan Nabi terakhir yang diutuskan oleh ALLAH kepada umat manusia untuk menyampaikan Kebenaran. BELIAU juga dikenali sebagai KEKASIH ALLAH yang dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masihi ( walaupon terdapat perbezaan pandangan mengenai kelahiran sebenar Baginda, ttp pandangan Muktabar adalah seperti penulis nyatakan). Kenapa dinamakan Tahun Gajah?

Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman. Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud;

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah?

Sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi;

"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar. Maka jadilah mereka seperti daun2 yan dimakan (ulat)."

Begitu menakjubkan jikalau kita menyusuri kisah kelahiran Rasul Mulia Muhammad SAW ini. Antara peristiwa yang dapat penulis senaraikan disini ialah selepas Kelahiran Baginda tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arah ibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu.Bukan itu sahaja, beraneka pohon berbuah, seolah-olah menyambut kehadiran PEMIMPIN DUNIA PENYELAMAT UMMAH, berhala-berhala yang ada disekitar ka’bah bergegar, seolah-olah ketakutan dengan cahaya Muhammad SAW.


Perkara2 pelik yang berlaku merupakan mukjizat kenabian yang ALLAH tunjukkan bagi tujuan supaya masyarakat Arab dan Dunia memberi perhatian dan kenal dengan Kelahiran PEMIMPIN PENYELAMAT UMMAH. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan dan tuduhan para orientalis Barat yg ingin merosakkan Nama baik dan Peribadi nabi seperti beberapa kes yang berlaku, contohnya karikatur Nabi dan yang terbaru Gambar LOGO.

Beliau dilahirkan dalam keadaan yatim kerana Ayahanda beliau Abdullah bin Abdul Muthalib, meninggal dunia sejak beliau berada dalam kandungan usia 7 bulan. Beliau telah diasuh oleh ibunnya Aminah binti wahhab, dan disusui oleh seorang wanita dari bani Sa’ad Halimah yang pada Awalnya tidak mahu menyusi seorang anak yatim, tetapi sungguh tanda kenabian beliau Allah tampakkan kepada Halimatun Sa'adiah yang senang dengan hadirnya Muhammad SAW sebgai anak susuannya, Allah melimpahkan Rezeki kepadanya, kambing2 ternaknya semakin banyak menghasilkan air susu. Nah, satu lagi bukti menunjukkan bahawa Baginda telah dipelihara oleh Allah sejak dari lahir lagi..

Pada usia dua tahun dalam asuhan Siti Halimatun sa’diah, suatu hari saat Muhammad SAW bermain dengan anak-anak Halimah, beliau didatangi dua orang pemuda yang berbaju putih yang tak lain adalah dua malaikat utusan Allah, salah seorangnya JIBRIL yang ditugaskan untuk membedah dada Nabi Muhammad SAW untuk membersihkan hatinya dari sifat mazmumah dan menanamkan sifat-sifat mahmudah . Hal itu tidak diketahui oleh Halimah melainkan anak-anak Halimah yang melaporkan. kerana bimbang dan sayangnya Halimah kepada beliau, Halimah segera memeriksa keadaan Muhammad SAW, tapi Halimah tidak mendapatkan suatu kejanggalan pada diri beliau.

Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun.Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang semula ke Makkah. Semasa perjalanan Muhammad bersama Ibunya, Siti Aminah ke Makkah, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga. Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan Abdul Mutallib yang dicintainya.

“Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk” (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)


Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.


Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.


Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah.



Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu “Al-Amin”.


Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.



Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira’ dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan” (Al-’Alaq, 96: 1)


Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku. Bermula dari peristiwa inilah, bermulanya DAKWAH ISLAMIYYAH untuk menyampaikan ISLAM pada seluruh Umat Manusia.


Bersambung.......




0 comments: