ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: ReUnion kelas AA SMKSS 2000 - 2002 ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

Alhamdulillah, same2 lah kita panjatkan seinfiniti kesyukuran kepada Sang Pencipta Alam atas segala kurniaan nikmat dan rahmat kepada penulis dan teman2 semua sehingg ke hari ini. Syukur juga penulis panjatkan pada Allah SWT kerana memberi peluang dan waktu kepada penulis dan teman2 sekolah SMKSS, kelas AA dari tahun 2000 hingga 2002 untuk mengadakan pertemuan tahunan @ REUNION kami pada cuti yang lepas. Ringkas penulis coretkan entry pada kali ini berkenaan "UKHWAH", sesuai dengan pertemuan kami hanya untuk menggilap kembali UKHWAH yang hampir malap...Jom layann gambar2 skali.. :)

Nie la tempat pertemuan kami, Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Terapung :)

"Dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, tatkala kamu bermusuh-musuhan, lalu ia jinakkan antara hati-hati kamu, lantas dengan nikmat Allah kamu jadi bersaudara."
( Al-Imran :103 )

Secara ringkas, penulis dapat ungkapkan Ukhwah atau persaudaraan dalam ISLAm merupakan nikmat dari kekuatan IMAN dan TAQWA yang melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, rasa saling percaya mempercayai dan hormat-menghormati. Kesinambungan daripada perasaan ini melahirkan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi untuk saling tolong-menolong, berkasih sayang, saling memaafi, setia kawan, dan sikap mulia lainnya. Tidak akan ada ukhwah tanpa iman dan takwa dan begitu juga sebaliknya.


Asas UKHWAH dalam Islam ialah Akidah Islamiyah. Hanya Allah Taala sahaja yang mampu untuk menyatukan jiwa-jiwa manusia. Dengan memahami dan menghayati akidah Islamiyah, umat Islam akan menjadi umat yang bersatu dan cemerlang. Seperti firman Allah Taala :

" Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah ( menjaga dan memberi perlindungan ) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongannya dan dengan ( sokongan ) orang-orang yang beriman Dan Dialah yang menyatupadukan di antara hati mereka ( yang beriman itu ). Kalaulah engkau belanjakan segala ( harta ) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara ( hati ) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana '.
( Al-Anfal : 62 )


Rasulullah S.A.W bersabda :

" Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri ".
( Riwayat : Bukhari & Muslim )


Firman Allah Taala :

"Dan tolong menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan ".
( Al-Maidah : 3 )


Persaudaraan tanpa iman dan takwa tidak akan dapat bertahan dengan baik. Ini disebabkan persaudaraan tanpa iman dan takwa akan dihancurkan oleh kepentingan peribadi atau kepentingan kelompok tertentu, pra-sangka isi hati, hasad dengki dan sebagainya.

Persaudaraan atau ukhwah yang berasaskan kepada faktor persamaan seperti persamaan keturunan, kekluargaan, bangsa, masyarakat, pertubuhan atau organisasi yang mengikat sekelompok manusia berasaskan kepada persamaan seperti persamaan latar belakang professional dan ideologi tidak akan kekal selamanya keran ini semua adalah buatan manusia. Hanya UKHWAH ISLAMIYYAH sahaja yang mampu mengikat hati2 manusia hingga ke akhirnya...

Kesimpulannya, Kepentingan diri merupakan tembok yang paling besar kepada penyatuan ummah. Seringkali manusia kalah apabila berlaku konflik antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Prinsip Islam jelas, bahawa apabila berlaku konflik ini, kepentingan umum adalah mengatasi segalanya. Di sini, kekuatan iman yang melahirkan ukhuwah Islam yang sebenar akan diuji. Hanya Iman dan takwa mampu mengenepikan kepentingan diri demi untuk saudara seislam dan agama Islam umumnya.

P/S : Kepada teman2 penulis, walaupon entry kali ini agak simple, ttp harapan penulis agar teman2 dapat renungi bersama..Ayuh kita sandarkan UKHWAH kita hanya pada ALLAH SWT..

0 comments: