ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Saif Al Nidham : Semoga Berjaya Semua :) ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....

Bersempena dengan musim peperiksaan akhir yang bakal berlangsung untuk Sahabat-sahabat dan Adik-adik 3rd Year (esok), penulis mengambil kesempatan dalam coretan Saif Al Nidham ini untuk mengucapkan selamat menempuh peperiksaan akhir kepada semua.Semoga usaha dan tawakal anda semua akan menghasilkan kejayaan yang bermakna.InsyaAllah.


Kat bawah ni penulis sertakan beberape Doa.Mudah-mudahan dapat membantu kalian...

1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.

3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

5) Doa memohon kejayaan cemerlang :

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

6) Doa ketika menerima kertas soalan :

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”





Ya ALLAH, Ya Tuhan kami, berikanlah kejayaan kepada kami. Kejayaan Kepada umat Islam, kejayaan di dunia dan di akhirat kepada kami.Ya ALLAH, jika kami dikurniakan kejayaan, Engkau lindungilah hati-hati kami dari perasaan takbur dan riak. Dan jika kami dikurniakan kegagalan, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami dengan tanggapan-tanggapan buruk. Sesungguhnya perancangan Engkau itulah sebaik-baik perancangan kepada kami. Engkau tunjukkanlah hikmah-hikmah kebesaran Engkau, Ya ALLAH, ya tuhan kami. Makbulkanlah doa-doa kami ini. Amin



“Orang yang bijak ialah orang yang menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian…”
(Hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah).

0 comments: