ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: KHAS BUATMU INSAN BERGELAR SAHABAT ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...


SAHABATKU,

Indahnya Persahabatan kita andainya

ia berpaksikan hanya untuk mencari keredhaan ALLAH,

Lagi indah andainya,

Dia sudi campakkan ke dalam hati kita,

rasa cintaNya untuk mewarnai Persahabatan kita,

Betapa kerdilnya kita,terpaksa meminta daripadaNYA ,

untuk secebis kasih sayangNYA,

meminjam cintaNYA,

bagi memelihara Persahabatan kita,


SAHABATKU..

aku tak mampu untuk menanggung,

andainya dalam sekelip mata,

Dia mengambil nikmat persahabatan ini,

Aku tak mampu!Aku tak sanggup!

Kerana selama ini,Perhubungan kita,

Tiada paksi tujuan,

Tiada arah kemahuan,

Hinggakan kadang-kala,Aku tertanya-tanya,

Adakah kita bersahabat semua kerana ALLAH??

Ataupun hanya untuk memenuhi kuota kehidupan dan mengikut nafsu kearah maksiat??


SAHABATKU……….

andainya kamu membaca nukilan ini…..

fikir-fikirkanlah tujuan persahabatan kita.

Andainya persahabatan kita bukan kerana mengharapkan keredhaan ALLAH,

aku mohon, agar kita kembali menyulam

Tautan hati Lillahi Yang Maha Penyayang!


Ya Allah..
PadaMu aku memohon..seribu keampunan atas kelalaian hati ini sepanjang berukhwah dengannya..kotor dan hinanya diri ini sehingga sanggup meletakkan cintanya melebihi CINTAMU..

Ya Allah...
Panjangkanlah umur kami..kurniakanlah kepada kami hati yang suci, yang sentiasa mendambakan rindu, cinta dan pancaran imanMu dalam tiap hembusan nafas kami...Tetapkanlah hatinya hanya padaMu..Dekatkanlah hatinya pada kebaikan dan jauhkan hatinya dari kejahatan..


Ya Maha Cinta..
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu..
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..
Jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu..

Ya Allah..
Erat dan kukuhkanlah UKHWAH antara kami...tidak pernah sesekali hati ini meminta ukhwah yang terbina, tetapi aku yakin pada ketentuanMu, Pertemuan kami pasti ade hikmahnya…Hidupkanlah CINTAMU dalam hati kami agar Persahabatan yang terputik hanya untukMu….
AMIINNN..








4 comments:

saif al nidham said...

:)

Tamar Ridzuan said...

tak mampu nak jadi sahabat yang sempurna kepada semua...
tapi tak pernah berhenti berusaha untuk menjadi sahabat yang sempurna kepada semua...

saif al nidham said...

yup....
Sentiasa berusaha utk menjadi yg terbaik disisi Allah...
Banyakkan menjadi daripada mencari...

Anonymous said...

salam...
nice ~!!suke sgt~ mg shbt2 di luar sana dpt menghayati tiap bait kata2 nan indah nukilan saif al nidham..mg bermanfaat buat sume...insyallah!n mg redha ALLAH sntiasa mengiringi perjalanan ukhwahfillah kte sume ~amin...

pinkmuslimahdehearty~