ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Lagi pasal H1n1


H1N1?? Satu perkataan yang sudah menjadi bahan perbualan hangat dalam kalangan penduduk dunia amnya, dan penduduk malaysia khasnya.. Semasa saya menulis artikel ini, jumlah terbaru kematian yang dicatatkan di Malaysia ialah seramai 14 orang.. Sejak ia menjadi perhatian dunia, sehinggalah saat ini, penduduk dunia hidup dengan penuh kerisauan..kalau dulu kita batuk dan demam, mungkin kita anggap itu biasa, ttp tidak lagi sekarang...batuk or demam shj, seribu tanda tanya menghantui fikiran kita....


Hmm...saya pon tidak mahu ulas panjang2 mengenai virus ini kerana sya pasti sahabat2 semua sudah sedia maklum..jom kita dengar sabda Nabi SAW :


Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya,

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi

Semua amaran yang telah disampaikan rasulullah saw telah terjadi pada kita (15 perkara dia atas). Bala yang terkini adalah penyakit selsema babi H1N1 telah menyerang bukan di negara Mexico(sebelum ini) sahaja? Malah seluruh dunia. Setiap negara masih tidak dapat mengelak kemudaratan penyakit yang senang menular dengan cepat. Walaupun dilaporkan terdapat penyembuh yang telah dikaji oleh penyelidik saintis, tetapi ia hanya ura-ura sahaja. MasyaAllah, moga kita dijauhkan dari ujian penyakit tersebut.


Renungkanlah :

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Nahl Ayat 115)


2 comments:

Anonymous said...

~nice entry~congratez...

gym said...

same2 :)